Mohon untuk menterjemahkan dalam bahasa Melayu: Religiosity, Ethical Leadership, Good Governance, Ethical Climate, Ethical Behavior...terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: Religiosity - Kewarakan/Kesalihan Ethical Leadership - Kepemimpinan Beretika Good Governance - Tadbir Urus Baik Ethical Climate - Suasana Beretika Ethical Behavior - Tingkah Laku Beretika | Istilah | 17.09.2016 |
Salam sejahtera, Saya mohon dapatkan perkataan dalam bahasa melayu bagi perkataan inggeris berikut: 1) animosity, 2) perceived egregiousness, 3) perceived efficacy, 4) religiosity, 5) susceptibility to interpersonal influence. Kesemua perkataan tersebut digunakan dalam konteks penyelidikan berkaitan boikot. Terima kasih. | 1) animosity - kemarahan 2) perceived egregiousness - memperbesarkan anggapan 3) perceived efficacy - keberkesanan anggapan 4) religiosity - kewarakan 5) susceptibility to interpersonal influence - perasaan sensitif terhadap pengaruh hubungan sesame manusia Untuk makna yang lebih tepat, mohon tuan untuk merujuk kamus atau agensi penterjemahan seperti Persatuan Penterjemahan Malaysia dan ITBM berkaitan perkara ini. | Makna | 21.11.2018 |
Saya sedang membuat Ph.D bertajuk `Peranan Religiositi dan Persekitaran Sosial Terhadap Resiliensi di Tempat Kerja' dalam Bahasa Melayu. Disemak tidak wujud istilah religiositi dan resiliensi dalam carian online DBP. Beberapa bacaan dalam penulisan akademik di Malaysia dan Indonesia, ada digunakan istilah `religiositi' dan `resiliensi'. Mohon pengesahan tuan/puan mengenai penggunaan istilah berkenaan, apakah boleh digunakan dengan kekalkan italic? | Kami mencadangkan tajuk PHD tersebut “Peranan Ketakwaan dan Persekitaran Sosial terhadap Daya Tahan di Tempat Kerja”. Untuk makluman, “religiousity” juga membawa maksud kewarakan atau kesalihan (bidang Sosiologi), manakala “resiliency” juga bermaksud daya pemulihan atau semangat yang tidak mudah luntur. (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan) | Istilah | 19.05.2020 |