Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wu.ju.dan] | کوجودن

Definisi : perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wu.ju.dan] | کوجودن

Definisi : keadaan atau hal wujudnya sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wujud (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ada, sedia ada, hadir, boleh didapati, boleh diperolehi, boleh dipegang, boleh dilihat, nyata, benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya;,
Kata Terbitan : berwujud, terwujud, kewujudan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. penggunaan yang man adalah betul? 1. pengikat kata Responden telah mengetahui kewujudan opsyen “Lepas Dengan Amaran” bagi tindakan saringan pengimportan pada tab “Pintu Masuk” dalam sistem. atau 2. italicise Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Atau 3. penggunaan huruf besar sahaja Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Sebagai maklumat tambahan, perkataan “Lepas Dengan Amaran”dan “Pintu Masuk” adalah perkataan yang perlu diklik/dipilih dalam tab di webpage. Terima kasih.Pilihan perkataan yang dinyatakan boleh ditulis dengan:
1. tulisan tebal (bold)
Lepas dengan Amaran, Pintu Masuk

atau

2. menggunakan tanda petik "..."
"Lepas dengan Amaran", "Pintu Masuk"
Tatabahasa27.03.2023
Adakah ayat di bawah betul? Kewujudan teknologi yang canggih menyebabkan seseorang memilih untuk bertafakur di hadapan skrin komputer di rumah daripada menjalankan aktiviti riadah yang dianggap meletihkan.Kewujudan teknologi yang canggih menyebabkan seseorang memilih untuk berada di hadapan skrin komputer di rumah daripada menjalankan aktiviti riadah yang dianggap meletihkan.Tatabahasa10.04.2015
Adakah kesalahan dalam perenggan ini. Sejak hari-hari ini,kewujudan pusat tuisyen semakin banyak bagai cendawan selepas hujan.Hal ini menyebabkan banyak ibu bapa cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen.Hal ini menyebabkan banyak pelajar mengambil kesempatan dan terlibat dalam gejala sosial.Sebenarnya,apakah tujuan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen?Beberapa kesalahan dapat dikesan dalam ayat ini terutamanya penggunaan perkataan yan penanda wacana yang kurang tepat dengan konteks ayat. Contohnya dalam ayat pertama, hendaklah dimulakan dengan perkataan "kewujudan pusat tuisyen...". Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.Tatabahasa29.09.2015
Adakah kesalahan dalam perenggan ini. Sejak hari-hari ini,kewujudan pusat tuisyen semakin banyak bagai cendawan selepas hujan.Hal ini menyebabkan banyak ibu bapa cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen.Hal ini menyebabkan banyak pelajar mengambil kesempatan dan terlibat dalam gejala sosial.Sebenarnya,apakah tujuan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen?Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.Tatabahasa29.09.2015
Adakah bentuk kata "perlanjutan" wujud dalam Bahasa Melayu? Saya berasa ragu dengan kewujudan kata "perlanjutan" kerana kata "perlanjuan" mewujud dalam Kamus Dewan, tetapi tidak mewujud dalam Kamus Pelajar. Adakah kata "perlanjutan" berasal daripada kata kerja "berlanjutan"? Bukankah kata berapitan peR-...-an hanya berasal daripada kata kerja berawalan ber-? Adakah kata nama peR-...-an berasal daripada kata kerja yang berapitan ber-...-an?Kamus Dewan mengambil data daripada korpus. Hal ini bermakna data yang dirakamkan ditemukan dalam wacana bahasa Melayu. Kata Perlanjutan wujud dalam bahasa Melayu, namun sebagai pelajar rujuklah Kamus Pelajar untuk penggunaan yang betul. Kamus Dewan penting dalam mengungkapkan makna kata, namun andainya ada kekeliruan dalam data kedua-dua kamus, sila rujuk editor Kamus Pelajar melalui e-mel aziah@dbp.gov.my dan editor Kamus Dewan melalui e-mel salmah@dbp.gov.my.Tatabahasa01.01.2015
biodiversity meaning'Biodiversity' dalam bahasa Melayu di eja 'Biodiversiti'. Mengikut kamus Dewan Edisi keempat, maksud 'Biodiversiti' ialah kewujudan berbagai-bagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi mereka. Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan. Walau bagaimanapun, dalam istilah perhutanan, 'biodiversiti' merujuk kepada kepelbagaian hayat. Harap maklum.Makna28.12.2006
Pertama, adakah ayat ini betul, " Apakah perkara yang anda katakan benar?" Kedua, adakah Kamus Dewan Edisi Keempat sumber utama kewujudan kata terbitan?( mempertingkat, mempertingkatkan) Ketiga, sudah wujudkah rancangan untuk mengeluarkan Kamus Dewan Edisi Kelima?Kamus Dewan Edisi Keempat bukan rujukan utama kata terbitan kerana beberapa buku lain boleh dirujuk. Antaranya ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa15.08.2010
Apakah istilah bahasa melayu bagi pre-existing? terima kasihPadanan yang sesuai untuk pre-existing ialah prawujud atau sebelum kewujudan bergantung pada konteks ayat.Istilah22.12.2016
Assalamualaikum wbt Saya merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dari Universiti Sains Islam Malaysia. Saya ingin bertanya mengenai kewujudan peluang untuk menjalani fasa latihan industri di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kerjasama dan pihak tuan sangat dihargai.Untuk pertanyaan mengenai latihan Industri di Dewan Bahasa dan Pustaka, tuan/puan boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui talian 03-21479337 (En. Iskandar bin Dhalan). Sekian terima kasih Lain-lain23.10.2016
Assalamualaikum, Mohon penjelasan penggunaan pada dan kepada yang terdapat dalam ayat berikut: Allah menampakkan sedikit kesempurnaan-Nya yang tidak terhingga itu pada@kepada kewujudan insan kamil. Kepada @Pada insan kamil ini, Allah memperlihatkan ciptaan-Nya dan membahagikan kasih sayang-Nya.

Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276.

Tatabahasa28.10.2011
12345

Kembali ke atas