sistem ejaan singkatan, seperti 5 kilometer, ditulis sebagai 5km atau 5 km (ditulis rapat atau jarak). 75kg atau 70 kg | Ditulis jarak 5 km 10 kg | Ejaan | 08.08.2012 |
Apakah singkatan bagi ukuran gram yang sebenarnya? gm atau g? Bagaimana pula halnya dengan singkatan untuk kilogram dan miligram? | Singkatan bagi ukuran gram ialah gm, kilogram ialah kg dan miligram ialah mg. | Lain-lain | 24.02.2007 |
Manakah satu yang betul? "Rukun Tetangga" atau " Rukun tetangga"?? Perlukah 'T" ditulis dengan huruf besar? | 'rukun tetangga' sekiranya dalam ayat. Sekiranya sebagai kata nama khs hendaklah dieja dengan huruf besar. Contohnya Rukun Tetangga Kg. Baru. | Tatabahasa | 06.10.2009 |
Adakah penggunaan perkataan yang disingkatkan ejaannya seperti dgn, dll, skg diterima pakai sebagai penggunaan yang betul dalam satu-satu pembinaan ayat. Jika dibenarkan berapa banyak perkataan singkatan yang diiktiraf oleh DBP. Terima kasih | Tidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan jln. untuk jalan. | Tatabahasa | 17.09.2010 |
Dari segi penggunaan dalam penulisan Pentadbiran Pejabat {apakah perkataan singkatan} yang boleh diguna pakai bagi perkataan ( Pengurusan ) dan ( Pembangunan ). 1. Adakah Pengurusan bagi singkatan (Pg) atau (P) Atau 2. Adakah Pembangunan bagi (P) atau (Pg) Apakah singkatan perkataan yang betul bagi dua-dua perkataan di atas? Sekian, terima kasih. t.t. (Rusli b. Kamaruddin) PA. YB. Dato | Tidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan jln. untuk jalan. Kata seperti pengurusan dan pembangunan tidak dikenali singakatannya sebab jarang-jarang digunakan, walau bagaimanapun tidak salah untuk pihak tuan mengadakan singkatan bagi perkataan tersebut asalkan boleh difahami oleh khalayak. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Salam tuan, Saya ingin membuat kependekan bagi perkataan berikut: 1. halaman: hal. atau hlm. Yg mana lebih tepat? 2. tanpa tarikh: t.t. atau ..... Mohon cadangan? 3. tanpa penerbit: t.p. atau ..... Mohon cadangan? 4. tanpa tempat penerbit: t.t.p. atau ..... Mohon cadangan? 5. tanpa pengarang: ??? Mohon cadangan? Terima kasih dan salam. Sibly | Tidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya merujuk perkataan yang biasa digunakan dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan hlm. untuk halaman. Walau bagaimanapun untuk perkataan yang jarang digunakan atau penggunaannya terhad dalam konteks tertentu perlulah dieja penuh bagi mengelakkan kekeliruan seperti ungkapan 'tanpa tarikh' dan 'tanpa penerbit'. | Tatabahasa | 07.03.2011 |
Saya bimbang mengenai signboard2 jalan yang dipasang oleh pihak PBT tanpa membuat semakan dengan pihak DBP terlebih dahulu sebelum dipasang oleh pihak kontraktor. Siapa harus bertanggungjawab jika ada sigboard yang dipasang tidak mengikut bahasa atau perkataan yg tepat. Senarai nama jalan seperti berikut:- 1. Di Lebuhraya Persekutuan KL ke Kelang saya melihat banyak signboard2 berbeza. Contoh. Signboard > J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar. 2. Di Jalan Maharajela ke Petaling Jaya saya melihat Signboard > Jln. Tun Sambanthan > Jln. Tun Sambhantan. 3. Dari Jalan Pudu ke Jalan Cheras > Signboard > Jln. Changkat Thamby Dollah > Jln. Changkat Tambhy > Jln. Changkat Tambi Dollah. 4. Dari bulatan Kg. Pandan ke Time Square Signboard > Ke Jalan Sultan Ismail > Ke Jalan Sultan Ismali. 6. Yang lebih menyedihkan signboard di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Semua signboard diseluruh sekitar kawasan ini ditulis dengan Jln T.A. Rahman. Pada pandangan saya nama jalan TAR adalah nama istimewa sempena nama YDP Agong Pertama. Jadi kenapa pihak PBT (DBKL) tidak mengambil perhatian/peka keatas perkara ini dan pihak kontaraktor pulak mengambil kerja cepat sambil lewa menyiapkan tender2 signborad. Saya syorkan Jln. T.A Rahman di perbetulkan semula ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (ayat penuh). Sebagai orangawam saya amat malu dan kesal atas perkara ini. Sebagai bukti saya akan poskan kepada pihak tuan iaitu aduan bergambar untuk tindakan yang segera. Sekian. Tajuddin Hassan | Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. | Lain-lain | 18.11.2010 |
Salam tuan, Mohon diperjelaskan cara menggunakan angka/huruf yang betul bagi pasangan ayat di bawah. 1.Saya membeli dua buah buku untuk bapa. 2.Saya membeli 2 buah buku untuk bapa. 3.Sudah dua kali saya pergi meminang dia. 4.Sudah 2 kali saya pergi meminang dia. 5.Anaknya belajar di kelas tahun 1. 6.Anaknya belajar di kelas Tahun 1. 7.Dia berjalan 3 kilometer setiap hari. 8.Dia berjalan tiga kilometer setiap hari. 9.Emak membeli 6 kilogram baja asli. 10.Emak membeli enam kilogram baja asli. | Huruf 1-9 hendaklah dieja dalam ayat, melainkan huruf tersebut diikuti dengan ukuran tertentu atau singkatan misalnya 1 kg atau 2 km. Walau bagaimanapun, ukuran tersebut boleh juga ditulis penuh seperti enam kilogram. Bagi kata nama khas, huruf boleh digunakan, contohnya pelajar murid Tahun 1 Cekal. | Tatabahasa | 18.10.2009 |
Saya ingin merujuk kepada pertanyaan saya sebelum ini. Lampiran yang diberikan melalui emel pada 30 Jun 2011 tidak dapat dibuka. Mohon pihak tuan/puan mengirimkan sekali lagi jawapan tersebut. Soalan : Saya inginkan pengesahan tentang penggunaan singkatan YAB, YB, YBhg (selepas Bhg ada titik atau tiada?) dan ada surat arahan ke tidak yang menyatakan tidak memerlikan titik selepas penggunaan kata gelaran tersebut. Jika ada macam mana untuk mendapatkannya kerana saya ingin membuat edaran ke JPBD untuk menulis surat atau artikel dengan betul. Boleh tolong semak contoh surat yang dikemukakan. Bantuan tuan/Puan dihargai dan diucapkan terima kasih. Jawapan : Seperti Lampiran. (Lampiran tidak dapar di buka) Kerjasama pihak tuan/puan diucapkan terima kasih. | Kamus Dewan menyelaraskan ejaan YAB dan YB (tanpa titik) dengan kependekan ejaan darjah kebesaran dalam buku Protokol di Malaysia. Yang menimbulkan sedikit kekeliruan ialah ejaan YBhg. (dengan titik) kerana YBhg. ialah kependekan kepada yang (Y) + bahagia (Bhg. - diwakili tiga huruf), sama seperti kependekan perkataan contohnya kampung (kg.) dan jalan (jln.) yang dibubuh tanda titik. Walau bagaimanapun ada yang menyelaraskan ejaan YBhg sama seperti YAB dan YB (tanpa titik) dalam penulisan mereka. Hal ini kami anggap sebagai gaya penulisan dan gaya ini mestilah tekal (sama) dalam keseluruhan penulisan. Jika YBhg. (dengan titik) dalam penggunaan pertama, maka dalam penggunaan seterusnya juga dengan titik dan begitulah sebaliknya. | Tatabahasa | 11.07.2011 |
Apakah berbezaan antara akronim dan singkatan? adakah kedua duanya membawa maksud yang seerti atau kedua duanya mempunyai fungsi yang berlainan. melalui pembacaan, saya dapati maksud kedua dua akronim dan singkatan adalah hampir sama. harap pihak tuan dapat memberikan saya penerangan lanjut berkaitan hal ini. sekian terima kasih ana | Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain). | Tatabahasa | 26.04.2010 |