SifuHerbs Resources KHA 9.56 PAGI SifuHerbs Resources salam,saya ada hantar emel untuk pengesahan banner,berapa lama ye ambil masa untuk respon? | Untuk makluman tuan yang budiman, Khidmat Pengesahan Bahasa secara dalam talian diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah transaksi bayaran selesai. Walau bagaimanapun pihak kami berusaha mempercepatkan permohonan sekadar kemampuan petugas Bahagian Penguatkuasaan demi keperluan pengguna dari seluruh negara. | Lain-lain | 12.10.2017 |
Ahmad Suyuti KHA 6.30 PTG selamat sore, saya mahu bertanya terkait padanan istilah. sudah adakah senarai istilah semasa (padanan istilah baharu Inggeris-Melayu)? semacam swafoto untuk "selfie" dan semacamnya. adakah senarai yang bisa saya rujuk? mohon informasinya. terima kasih. | Tuan, istilah semasa DBP disebarkan dalam pelbagai medium termasuklah majalah keluaran DBP, Facebook DBP dan media elektronik seperti radio dan televisyen. | Istilah | 14.09.2017 |
Areb Rahim KHA 9.15 PTG As salam Sy nk kongsi sikit Berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan dipintu masuk/checkpoint tanjung kupang johor dari second link Dimana terdapat penggunaan tulisan cina Disetiap tiang masuk untuk motorbike ke malaysia dan ke singapura. Sy rasa kecewa kerana tulisan tersebut tidak menonjolkan sebuah negara malysia yg cintakan bahasa kebangsaan Lagipula itu ada pintu masuk ke ngara malysia | Salam, Terima kasih atas makluman dan keprihatinan tuan. Pihak kami akan membuat pemantauan dan memberikan teguran kepada pihak berkenaan sekiranya tiada paparan awam yang menggunakan bahasa kebangsaan. Perkara ini akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. | Lain-lain | 24.08.2017 |
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)? | Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara: a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber. Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama). | Tatabahasa | 03.09.2014 |
Saya ingin mendapat penjelasan terhadap bunyi perkataan yand mengandungi hurub 'KHA', adakah ia berbunyi 'KA' atau 'HA'? Contoh, 'KHASIAT', betulkah bunyinya 'KASIAT" atau 'HASIAT'? | kata khasiat disebut hasiat (tetapi ditebalkan sedikit sebutan suku kata ha tersebut),begitu juga dengan sebutan suku kata "kha" yang lain. | Lain-lain | 17.04.2008 |
MakDe CheSu Wawa KHA 1.36 PTG Assalamualaikum wbt, saya nurul salwa ingin bertanya.dengan siapa saya boleh berhubung berkenaan dengan royalti? | Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan hal tersebut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh melalui talian 03-21479523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my | Lain-lain | 19.10.2017 |
Nefi de Marioz KHA 10.58 PAGI Nefi de Marioz As Salam. Boleh saya tahu untuk proses pengesahan bahasa online, berapa lama pihak dewan bahasa akan proses permohonan | Untuk makluman tuan yang budiman, Khidmat Pengesahan Bahasa secara dalam talian diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah transaksi bayaran selesai.Walau bagaimanapun pihak kami berusaha mempercepatkan permohonan sekadar kemampuan petugas Bahagian Penguatkuasaan demi keperluan pengguna dari seluruh negara. | Lain-lain | 12.10.2017 |
Mohd Haniff Kifly KHA 5.56 PTG Mohd Haniff Kifly assalamualaikum saya nak tanya apa erti bingkisan? terima kasih | Wslm. Pihak tuan boleh menggunakan perkhidmatan http://prpm.dbp.gov.my secara percuma untuk menyelesaikan persoalan tersebut. Pada laman tersebut tuan bolek klik pada pautan Kamus Bahasa Melayu, Istilah Malaysia, Bahasa Sukuan v2.0, Kamus Sains , Ensiklopedia, Khidmat Nasihat, Pengesahan Bahasa dan Majalah. Moga ini membantu menyelesaikan masalah tuan. | Makna | 07.09.2017 |
Chances To Learn KHA 7.02 PTG Salam.. Encik nak tanya. Pengunaan ayat yg betul A. Atas talian B. Dalam talian | Frasa yang betul ialah dalam talian. | Istilah | 24.08.2017 |
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "PUSAT PERKHIDMATAN TAYAR" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | فوست فرخدمتن تاير - pa (titik tiga) wau sin ta , pa (titik tiga) ro kha dal mim ta nun , ta alif ya ro | Ejaan | 05.09.2012 |