Tuan / Puan, Adakah simpulan bahasa / frasa berikut betul selepas digandakan: 1. khabar angin --> khabar angin-khabar angin atau khabar-khabar angin ? 2. tali pinggang keledar .--> tali pinggang keledar-tali pinggang keledar atau tali-tali pinggang keledar? Terima kasih. | Khabar angin boleh membawa makna satu atau jamak bergantung pada kesesuaian penggunaan dalam ayat. Oleh yang demikian, simpulan bahasa khabar angin tidak perlu digandakan. Tali pinggang keledar merupakan kata nama majmuk yang dieja terpisah (tali pinggang + keledar) dan hanya bahagian awal kata sahaja digandakan. Oleh itu, frasa yang betul ialah tali pinggang-tali pinggang keledar. | Tatabahasa | 09.05.2024 |
1. Bolehkah frasa "selamat pagi". "selamat tengah hari", "selamat petang", "selamat malam" dikategorikan sebagai "ucapan tatasusila"? 2. Adakah frasa "selamat tinggal", "terima kasih", "sama-sama", "maafkan saya", "apa khabar?", "khabar baik" dikategorikan sebagai "ucapan sopan" atau "ucapan tatasusila"? Terima kasih | Tidak ada kategori tertentu yang dikhaskan untuk mendefinisikan ucapan selamat mahupun ucapan yang lain. Terima kasih. | Makna | 20.10.2017 |
Dalam penulisan, bagaimanakah kita menjawab soalan, "Apa khabar?" - Adakah jawapan yang gramatis, "Saya khabar baik" atau, "Khabar saya baik"? - Cukupkah sekadar menjawab, "Khabar baik"? Misalnya dalam menjawab e-mel seorang rakan. | Jika untuk penggunaan lazim seperti dalam e-mel, jawapan "Khabar baik" sudah memadai. Jika untuk tujuan peperiksaan mohon rujuk kepada guru bahasa Melayu. | Tatabahasa | 19.02.2018 |
1. Hai, apa khabar? 2. Hai, apa khabar! Yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Hai, apa khabar?" | Lain-lain | 30.09.2022 |
Apakah khabar ? | Untuk maksud perkataan khabar sila layari khabar">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=khabar+. | Makna | 07.04.2015 |
Buku dan surat khabar ada ruang untuk mengisi teks, justeru itu, kata sendi manakah yang sesuai. a) Di dalam buku b) Dalam buku a) Di dalam surat khabar b) Dalam surat khabar | Berdasarkan konsep buang di dalam ruang yang jelas fizikalnya seperti gelas dan kelas, penggunaan yang gramatis ialah dalam buku namun frasa di dalam buku juga banyak digunakan. | Tatabahasa | 19.12.2011 |
Pilihan yang manakah betul? a) bertanya khabar b) bertanyakan khabar | Mohon, pihak tuan kemukakan ayat untuk melihat konteks penggunaanya. | Tatabahasa | 17.04.2015 |
Dalam penulisan, adakah ungkapan “apa khabar” perlu ditukar menjadi “apakah khabar”? | Tidak perlu ditukar kerana "apa khabar?" juga merupakan cara sapaan atau teguran. | Lain-lain | 11.10.2006 |
1. bandar raya ataupun bandaraya? 2. Apakah perbezaaan - dari semasa ke semasa - dari masa ke masa 3. Manakah yang benar dan mengapa? - Apakah benar khabar itu? - Adakah benar khabar itu? TERIMA KASIH. | 1. Ejaan yang betul ialah bandar raya. 2. Penggunaan dari semasa ke semasa dan dari masa ke masa sama sahaja. 3. Ungkapan yang betul ialah "Adakah benar khabar itu?" - bertanyakan tentang kebenaran khabar yang diterima. | Tatabahasa | 02.10.2009 |
Adakah huruf T pada 'tuan' perlu dalam huruf besar atau huruf kecil? Contoh: "Apa khabar tuan Ismail?" atau "Apa khabar Tuan Ismail?" | Jawapan yang betul ialah Apa khabar Tuan Ismail?. | Tatabahasa | 24.03.2010 |