Fathul Khair Mohd Dahlan Assalamualaikum. Tuan, mengapa borang pencalonan Asean Young Writers Award tidak boleh dicapai di laman sesawang DBP? | Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan anugerah ini, tuan boleh menghubungi Sekretariat Tetap S.E.A. Write Award (Malaysia), Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau melalui talian03-21479123 atau melalui e-mel: seawriteawards@dbp.gov.my | Lain-lain | 03.07.2014 |
Saya ingin bertanya dengan ketepatan tajuk dan terjemahan bagi buku yang saya akan terbitan insya-ALlah. Fiha Khair (dalam bahasa arab) Ada Kebaikan Dalam Kehidupan Isi kandungan buku berkisar catatan pengalaman sebagai seorang atase pendidikan di luar negara. Buku ini mengandungi kisah inspirasi, dalil Quran dan hadis, tip praktikal serta melihat setiap cabaran sebagai peluang ke arah yang lebih baik. Buku ini khusus sebagai panduan kepada mahasiswa yang belajar di luar negara khususnya di Timur Tengah. Terima kasih atas respon. | Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN).
| Lain-lain | 10.05.2025 |