Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang banyak, umum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang ramai, orang banyak, umum: ia berasa sangat malu kerana dihina di depan ~ ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang banyak; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khalayak (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan makhluk, manusia, orang ramai.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
cara meningkatkan penggunaan bahasa di khalayak ramaiAntara caranya ialah banyakkan membaca bahan terbitan yang bermutu dari segi bahasanya contohnya produk terbitan DBP, agar apabila kita berhadapan dengan khalayak kita dapat mengungkapkan kata-kata dengan bahasa yang baik dan betul.Lain-lain30.07.2008
apakah beza pidato dan syarahan?Syarahan sama maksudnya dengan pidato dan ceramah, iaitu ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai.Makna12.08.2011
INGIN MAKLUMAT TERPERINCI MENGENAI FORMAT PENGUMUMAN DI KHALAYAK.Format pemakluman di khalayak ramai ada pelbagai jenis yang bergantung pada bentuk pemakluman yang hendak disampaikan. Sila fokuskan bahan pemakluman yang dikemukakan agar pihak kami dapat memberikan panduan yang sesuai.Lain-lain18.02.2008
Makna KarismaMakna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna23.09.2008
apakah tugas pemidato?Pemidato ialah orang yang berpidato. Pidato bermaksud ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai; ceramah yang membicarakan sesuatu perkara. Jadi tugas pemidato ialah menyampaikan ucapan kepada khalayak berkenaan dengan sesuatu perkara.Lain-lain08.07.2008
saya posaimah sedang belajar bahasa melayu dasar,ingin bertanya,apakah pidato dalam bahasa melayuMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, pidato bermaksud ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai; ceramah yang membicarakan sesuatu perkara.Makna24.10.2013
apa bezanya antara 'pidato' dan 'ucapan'? bolehkah saya kata 'pidato sambutan'?

 

 .Pidato ialah  ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato.

Ucapan pula bermaksud  -  apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan;

Melihat kepada keterangan yang diberikan kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Cuma tajuk yang diperkatakan sahaja yang dapat memberikan gamabaran sama ada ia berbentuk syarahan atau berpidato.

Makna19.02.2010
(a) Berpandukan Kamus Dewa, "juteru" membawa maksud (i) kebetulan, tepat, kenar benar (ii) malahan, bahkan. Persoalannya, mengapakah kata "justeru" digunakan sebagai penanda wacana untuk mengungkapkan maksud "oleh itu" dalam penulisan? (b) Frasa sendi "di kalangan pelajar" sepatutnya "dalam kalangan pelajar". Persoalannya, frasa sendi yang mana betul sama ada "di khalayak ramai" atau "dalam khalayak ramai"? Sekian, terima kasih.a)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata justeru digunakan untuk membawa maksud i. kebetulan,tepat,kena benar ii. malahan,bahkan. Kata justeru tidak digunakan sebagai penanda wacana untuk membawa maksud oleh itu.b)Frasa yang betul ialah dalam kalangan dan dalam khalayak.  Tatabahasa01.07.2008
apakah maksud karisma? tolong jelaskanMakna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai.Makna02.01.2013
maksud dataran dan maksud orang ramai.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dataran bermaksud kawasan(tempat,tanah) yang datar. Maksud orang ramai ialah khalayak ramai, orang banyak,umum.   Makna25.07.2008
12

Kembali ke atas