Saya ingin bertanya bagaimana saya nak mendapatkan buku " Kaedah dan teknik pengajaran menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi". Buku ini terbitan DBP. | Salam tuan, Buku " Kaedah dan teknik pengajaran menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi" merupakan buku terbitan DBP tahun 1994, dan tiada cetak ulang di kedai buku DBP. Namun tuan boleh mendapatkan buku tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Dewan Bahasa dan Pustaka: buku tersebut boleh dicari melalui sistem http://pustaxa.dbp.gov.my/ bersama-sama ini dilampirkan hasil carian buku tersebut untuk makluman pihak tuan selanjutnya. Terima kasih. | Lain-lain | 18.05.2019 |
ERTI BAGI PERKATAAN BIROKRASI . SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORO SOSIAL | Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 Birokrasi bermaksud:- 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan; Saudara boleh merujuk sumber rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau di Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORI SOSIAL. | Makna | 01.11.2008 |
saya hendak membeli buku Mukadimah Ibnu Khaldun terbitan DBP...namun telah kehabisan stok di kedai-kedai buku yang telah dikunjungi...Bagaimana caranya? | Puan boleh cuba menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP melalui talian 03-2147 9677 atau 03-2147 9678 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 13.07.2016 |
Assalamualaikum wbt. Saya berminat untuk mendapatkan buku terbitan DBP bertajuk Mukadimah Ibn Khaldun, ISBN 983-62-3952-9. Pohon bantuan pihak DBP. Wassalam, terima kasih. | Sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 26.03.2015 |
Nazira Nazir 2:29PM Nazira Nazir Nazira salam DBP...saya ingin membeli buku Mukaddimah Ibnu Khaldun terbitan DBP...bagaimana caranya? | Tuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia | Lain-lain | 23.06.2016 |
Assalamulakum, wr.wb., bisakah saya mendapatkan copy pdf dari buku Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Karena saya sudah mencarinya di perpusatakaan nasional Indonesia di Jakarta tidak menemukannya. Atas kerjasama dan bantuannya, kami haturkan terima kasih. wassalam adipramono | Waalaikummussalam wr. wb., Dukacita dimaklumkan, atas sebab-sebab tertentu pihak kami tidak dapat mengeluarkan salinan PDF kepada orang perseorangan. | Lain-lain | 27.03.2011 |