Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA INGIN MENDAPATKAN BIO-BIBLIOGRAFI DARAMATIS HATTA AZAD kHAN Terima KasihBio - Bibliografi Hatta Azad Khan : 6.Hatta Azad Khan dan teater kontemporari di Malaysia Krishen Jit Dewan Sastera 15/03/1982 . 7. Berkisarnya legenda Jebat dalam drama Hatta Azad Khan. olehSafri Ali .Berita Harian 03/05/1987 . 8. Hatta Azad Khan oleh Wan Ahmad Ismail Bacaria 04/09/1991. 9. Hatta Azad Khan arah Tun Perak Mingguan Malaysia 19/03/2000. 10. Hatta Azad Khan persiakan karya Usman Awang: percubaan yang tidak kena pada tempatnya oleh Abdullah Ngah Berita Harian 30/12/1982. 11. Istana Budaya: Hatta Azad Khan perlu lebih rasional oleh Zamri Pilus Utusan Malaysia (Sastera dan Budaya) 27/03/2002. 12. UKM kehilangan Hatta Azad Khan oleh Ibrahim Shah Mingguan Malaysia 19/12/1993.Lain-lain08.06.2007
Assalamualaikum,saya asrab khan dari kl ingin menyertai kembara bahasa 2013.sebelum ini saya ada menyertai tahun 2000.sebelum ini saya ada mohon menyertai tetapi tidak ada sebarang jawapan. saya benar-benar berminat menyertai program kembara bahasa 2013Untuk makluman tuan urus setia Kembara Bahasa 2012 ialah Bhg. Promosi dan Pengiktirafan, DBP. Urus setia pada tahun hadapan akan diputuskan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, apabila hebahan mengenainya disiarkan segeralah tuan hubungi urus setia Kembara bahasa.Lain-lain05.12.2012
Saudara, Apakah istilah-istilah berikut dalam Bahasa Malaysia? 1. tranferable skill 2. classroom management 3. progression & differentiation 4. sequencing 5. computer control Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SANIstilah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. kemahiran boleh pindah milik 2. pengurusan bilik darjah 3. pergerakan dan pembezaan. 4. penderetan/penjujukan 5. kawalan komputer.Istilah19.11.2009
Saudara, Soalan 1) Apakah bezanya 'analisa' denagn 'analisis'? Sila berikan contoh penggunaannya. Soalan 2) Yang manakah yang betul : a] koperasi' atau 'kooperasi', b] 'soalan post', 'soalan post' atau 'soalan pasca'? Sekian. Terima kasih. Salam hormat, Lim Khan SanPerkataan yang betul ialah analisis (daripada perkataan analysis) dan koperasi. Pasca ialah awalan asing dan tidak boleh berdiri sendiri. Lazimnya perkataan yang terbentuk ialah pascasiswazah, pascamoden dan pascasoalan.Tatabahasa29.03.2012
Saudara, Adakah kata terbitan tergolong dalam Kata Nama Am? Sebagai contoh: Apakah kata-kata nama am dalam ayat berikut? Setiap hari, penjual pisang goreng itu telah memperoleh keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Sekian, terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

1. Kata terbitan dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Kata terbitan wujud dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif.  

2. Contoh kata nama am yang terdapat dalam ayat yang saudara kemukakan ialah hari, penjual pisang goreng, keuntungan, dan perniagaan

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 67. Terima kasih.

Tatabahasa12.01.2009
Saudara, Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Kalau tidak, apakah kesalahannya? 1. Adalah menjadi kesalahan sekiranya menjual rokok kepada kanak-kanak. 2. Mak Temah terkejut dan pengsan apabila terdengar bunyi letupan. 3. Razak membawa hatinya ikut suka ke mana sahaja. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

Encik Lim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Ayat ini (1) adalah ayat kenyataan/pemakluman jadi ayat tersebut betul walaupun ayat ini menggunakan perkataan adalah pada permulaan ayat. Ayat kedua perkataan dan seharusnya diganti dengan perkataan lalu. Manakala ayat ketiga sepatutnya ditulis. Razak membawa diri mengikut kata hatinya.

Terima kasih.

Tatabahasa17.01.2010
Saudara, Menurut sesetengah 'pakar bahasa', terdapat perbezaan antara kata sendi nama "sejak" dengan "semenjak". Namun, apabila saya merujuk kepada Tatabahasa Dewan, saya tidak dapat mengesan apa-apa perbezaannya. Malah, kedua-dua kata sendi nama itu ditakrifkan sebagai pembawa maksud penanda waktu atau masa. Contoh-contoh ayat : 342 hingga 346. Harap mendapat penjelasan daripada saudara. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SANSejak dan semenjak membawa maksud bermula dari, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama.Tatabahasa26.02.2009
Cara mengenalpasti dan mengatasi kesalahan huruf besar pada awal ayat dan kata mana khas.Perkataan bagi permulaan ayat hendaklah sentiasa ditulis menggunakan huruf besar, tidak kira perkataan itu kata nama khas atau sebaliknya. Kata nama khas merujuk kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan(institusi), undang-undang, bahasa, pangkat dan sebagainya. Huruf pertama ejaan kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar. Contoh:
Manusia: Hang Tuah, Profesor Dr. Hatta Azad Khan, Barak Obama
Bukan Manusia: Jibrail, Imperata cylindrica (lalang), Bujang Senang.
Tatabahasa29.03.2013
Saudara, Saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak saudara tentang ucapan salam yang sering kita gunakan. Contohnya Selamat pagi, Selamat tengah hari dan Selamat petang dan Selamt malam. Yang mengelirukan saya ialah ucapan salam dalam bahasa Malaysia untuk 'Good evening'. Adakah kita menggunakan Selamat petang, Selamat senja atau Selamat malam? Dari pukul berapakah kita boleh menggunakan 'Good evening' di Malaysia? Atau, sehingga pukul berapakah kita boleh menggunakn Selamat petang? Sekian, terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SANUcapan selamat malam ialah padanan bagi ucapan good evening dalam bahasa Inggeris dan biasanya digunakan dari pukul 7.00 malam hingga pukul 12.59 malam. Waktu petang adalah dari pukul 2.00 petang  hingga 6.59 petang.Lain-lain09.11.2008
Salam sejahtera, tuan/puan. Saya bekerja dalam industri kopi/kafe. Kami sentiasa menggunakan terma 'specialty/speciality coffee'; ia merujuk kepada jenis kopi arabika yang berkualiti tinggi, ditanam dan diproses secara khas dan datang daripada sesebuah negara pengeluar kopi secara khusus. Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'specialty/speciality coffee'? Untuk definisi lengkap 'specialty/speciality coffee', tuan/puan boleh rujuk laman web Specialty Coffee Association of America: http://scaa.org/?page=RicArtp1 Kami berharap pihak DBP dapat membantu kami. Terima kasih. AFIQ AMMAR KHAN Barista Guild Asia afiq@bga.com.my

Salam sejahtera,

Untuk frasa 'specialty/speciality coffee', kami mencadangkan supaya diterjemahkan kepada kopi istimewa kerana merujuk kepada jenis kopi, cara penanaman dan pemprosesannya yang dibuat secara khas, di samping didatangkan daripada pengeluar kopi yang khusus.

Penyemakan dan penterjemahan01.06.2017
12

Kembali ke atas