Nur Dhabitah Nov 6th, 7:39pm salam. saya nak bertanya, mana yg betul, Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-1 @ Majlis Khatam Al-Quran Kali Pertama? | Bentuk penulisan yang betul ialah "Majlis Khatam Al-Quran", lazimnya majlis yang julung-julung kali diadakan tidak diberikan nombor, melainkan majlis yang berikutnya seperti "Majlis Khatam Al-Quran ke-2". | Tatabahasa | 06.11.2015 |
apa maksud khatam | Untuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik". | Makna | 02.08.2016 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya kepada tuan tentang penggunaan istilah 'geng'..saya sudah menyemak di dalam kamus dewan yang membawa erti kumpulan pekerja atau kumpulan penjahat. Saya ingin kepastian samada istilah tersebut sesuai atau tidak untuk digunakan di sekolah saya memandangkan kami akan memberikan badge kepada murid yang sudah khatam Al-quran dengan melabelkan pada bedge tersebut dengan GENG KHATAM.. Cadangan ini berikutan fenomena pihak media tv yang menggunakan istilah tersebut seperti rancangan geng bas sekolah dan geng surau di ASTRO.. sekian, harap dapat penjelasan dari tuan... terima kasih. | Kata geng lazimnya dikaitkan dengan konotasi negatif, iaitu yang dilakukan bersama-sama untuk pekerjaan jahat. Kata geng jika dikaitkan dengan pekerjaan yang baik seperti 'Geng Khatam' dan 'Geng Surau' sememangnya tidak sesuai dari segi makna kata tersebut. Oleh itu, kami cadangkan nama ini ditukar kepada nama lain yang membawa maksud yang baik dan tidak dikaitkan dengan konotasi negatif sesuai dengan konsep rancangan tersebut seperti 'Rakan Khatam' dan 'Rakan Surau'. | Tatabahasa | 05.04.2011 |
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'bunga telur' yang biasa disediakan semasa majlis perkahwinan atau khatam Al-Quran? | Terdapat dalam beberapa penulisan menggunakan 'secucuk' sebagai padanan penjodoh bilangan 'bunga telur'. Selain daripada itu 'sepahar' (banyak) juga digunakan untuk 'bunga telur'. | Tatabahasa | 29.09.2009 |
Salam sejahtera dan selamat malam. Apakah perbezaan antara mengaji dengan mengkaji? Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar, mengaji ditakrifkan sebagai membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. Manakala mengkaji ialah menyelidik dan memeriksa sesuatu dengan teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~hal angkasa, bintang, dan planet. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
apakah perbezaan antara“mengajak”dengan “menjemput” “sofian menjemput Ali pergi ke perpustakaan ”ayat ini betul tak?ribuan terima kasih | Mengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi. Menjemput pula menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn mengambil seseorang utk dijadikan menantu: Dari segi makna, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. | Makna | 14.06.2016 |