Assalamualaikum tuan/puan. Apakah terjemahan untuk 'high' yang selalu digunakan untuk merujuk kepada pengaruh rangsangan setelah mengambil dadah. | Terjemahan bahasa Melayu bagi high yang merujuk pengambil dadah ialah khayal. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.11.2021 |
perkataan “asyik” - bolehkah ia digunakan sebagai contoh ayat Bahasa Melayu seperti ini “Ali, kamu sangat asyik!” untuk memberi makna Ali itu seseorang yang menyeronokkan? | Perkataan “asyik” kurang sesuai digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Asyik bermaksud menaruh berahi atau perasaan cinta yang amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan) dan sedang sibuk, leka (dengan sesuatu), khayal (melakukan sesuatu). Perkataan yang lebih sesuai ialah menghiburkan, menggirangkan dan menggembirakan. | Lain-lain | 24.02.2021 |