Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. saya ada 2 soalan. 1. adakah persoalan seperti perpaduan, kecemerlangan, kemiskinan dan kepincangan sosial dalam sajak boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan? kerana dalam kajian perbandingan terdapat peraturan2 tertentu untuk mengklasifasikan persoalan2 dalam sajak. 2. untuk menggunakan teori semiotik, boleh tak guna untuk gaya bahasa lain selain lambang? | Walaikummussalam, Saudara, 1. Persoalan sedemikian boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan kerana karya sastera bukan hanya berkaitan ilham atau khayalan semata-mata malah sebagai cerminan realiti kehidupan masyarakat dan persekitarannya dalam pelbagai sudut dan tafsiran. Sasterawan melalui mekanisme seninya mampu mengangkat pelbagai permasalahan tentang kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Namun jika dalan kajian tersebut memerlukan peraturan tertentu maka kebijaksanaan saudaralah menentukannya berdasarkan kehendak kajian. 2. Saudara disarankan mendalami dan memahami dengan merujuk buku-buku berkaitan teori semantik. sekian, terima kasih. | Sastera | 26.01.2011 |
Bolehkah "mimpi" didefinasikan sebagai cita-cita ataupun sesuatu yang ingin dicapai dalam hidup masa depan ? | Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, mimpi ditakrifkan sebagai 1. sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. | Makna | 26.10.2010 |
1. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana. Penggunaan perkataan fata morgana betul dalam konteks ayat tersebut? Yang mana betul ? 2. a. dalam era globalisasi atau b. pada era globalisasi 3. a. dalam mendepani arus globalisasi atau b. dalam menghadapi arus globalisasi | Sdr. Ming Hui, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. mengikut kamus dewan fata morgana ialah sesuatu yg bersifat khayalan . Jadi dalam ayat yang diberikan adalah lebih baik dijelaskan maknanya daripada membiarkan orng yang membacanya tercari-cari akan maknanya. Ayat yang diberikan ini lebih baik ditulis begini. (Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana). Kita hendaklah mengamalkan sikap suka membaca supaya masyarakat kita menjadi masyarakat yang berilmu dan tidak selalu suka berkhayal sahaja. | Makna | 24.02.2009 |
Selamat Satu Malaysia, tolong jawab 1) sama ada sesuai kata 'roh' dalam ayat di bawah atau tidak? 'Walaupaun Rusia telah menyambut seribu tahun sejak pembabtisan , namun roh tahayul dan pagancy masih terasa' 2) tidak kah lebih sesuai menggunakan 'bau tahyul' daripada 'roh'? Terima kasih Tatiana | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, roh bermakna 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam manakala tahayul pula bermakna 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Pagan pula orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi. Merujuk Kamus Dewan, ketiga-tiga perkataan ini berlainan makna. | Tatabahasa | 24.02.2010 |
Terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar tentang penggunaan perkataan fata morgana. Jika saya membetulkan konteks ayat kepada ayat demikian. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca. Dengan ini, matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana | Untuk makluman sdri Hui, ejaan fatamorgana dirapatkan bukan dijarakkan menjadi dua perkataan. Fatamorgana bermaksud sesuatu yang bersifat khayalan. Sdri Hui telah membina dua ayat tunggal. Walau bagaimanapun, dalam tatabahasa bahasa Melayu, pembentukan ayat sdri boleh digabungkan dengan memasukkan kata hubung " supaya" menjadi ayat majmuk keterangan(rujuk Buku Tatabahasa Dewan hlm 514-515) ayat sdri boleh ditulis seperti yang berikut: (1) Kita mesti mengamalkan budaya suka membaca supaya matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi fatamorgana semata-mata. atau (2) Kita mesti mengamalkan budaya suka membaca supaya matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi khalayan semata-mata. Untuk makluman sdri Hui, penambahan kata supaya merupakan kata keterangan harapan, yang berfungsi menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati atau diharapkan. | Tatabahasa | 25.02.2009 |