Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.za.nah] | خزانه

Definisi : Ar 1. barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu: ia tetap berguna dlm memperkaya ~ sastera tanah air; 2. tempat menyimpan harta benda (kitab-kitab dll): habislah harta yg dlm ~ patik, patik sekalian sedekahkan kpd segala fakir miskin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.za.nah] | خزانه

Definisi : 1 tempat menyimpan harta benda; perbendaharaan. 2 harta benda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khazanah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan barang-barang kepunyaan, arkib, harta benda, kumpulan, himpunan, mal, perbendaharaan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud hutan kita khazanah kita?Menurut Kamus Dewan, hutan bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) atau rimba. Khazanah pula beerti barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan atau himpunan. (Erti khazanah - Melihat kepada konteks penggunaan ayat). Hutan kita khazanah kita bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar yang merupakan simpanan atau menjadi kepunyaan atau perlindungan kita (kerajaan, negara dan lain-lain). Contohnya hutan simpan atau hutan dara. Bagi memahami penggunaan kata hutan kita khazanah kita dengan lebih jelas, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain09.02.2007
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan satu tagline untuk Khazanah Nasional ke Bahasa Melayu: - Building True Value. Bagi pihak Khazanah, saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP.Salam Saudara. Perkataan "true" boleh bermaksud sama ada benar, betul, tulen, asli, jati, setia, tepat atau sebenar. Setelah menyemak slogan "Building True Value" yang digunakan oleh pihak Khazanah dalam laporan tahunan dan sambutan ulang tahun ke-20 (1994-2014), maka antara cadangan terjemahan slogan tersebut termasuklah "Membina Nilai Kesetiaan" dan "Membina Nilai Kejatian".Penyemakan dan penterjemahan11.06.2014
'khazanah sejarah 35 tahun DBKL ini akan memberi informasi dan bahan rujukan yang berguna...' sy nak buat ayat diatas yang lebih elok dan formal.

Cadangan kami ialah 'sejarah dan khazanah 35 tahun DBKL  memberikan informasi yang berguna selain dijadikan bahan rujukan.

Tatabahasa23.12.2008
6Filem arahan sutradara terkenal itu __________ persoalan tentang kepentinganmemelihara khazanah alam. Amenjelaskan Bmerakamkan Cmelakarkan Dmenyampaikan munsyi, saya syak dengan jawaban yang tepat, haraplah munsyi memberikan sedikit penerangan. TKFilem arahan sutradara terkenal itu menjelaskan persoalan tentang kepentinganmemelihara khazanah alam. Lihat melihat makna menjelaskan layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menjelaskan.Tatabahasa05.04.2012
Mohon bertanya. Apakah "Khazanah negara" merupakan padanan yang sesuai bagi ungkapan, "National treasure"?Ya, betul. Pandangan itu sesuai. Tuan/puan boleh kemukakan kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat.Penyemakan dan penterjemahan08.07.2014
Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak 2) syampu 3) syabas 4) syarahan 5) syiling 6) syarikat 7) syer 8) khabar 9) khazanah 10) ghairah 11) klinikApakaha pemenggalan suku kata perkataan:
1) syak - 1 suku kata  (tiada pemenggalan)
2) syampu - 2 suku kata [syam + pu]    
3) syabas  - 2 suku kata [sya + bas]
4) syarahan - 3 suku kata [sya + rah +an]
5) syiling - 2 suku kata [syi + ling]
 6) syarikat  - 3 suku kata [sya + ri +kat]
7) syer  - 1 suku kata (tiada pemenggalan)
8) khabar  - 2 suku kata [kha + bar]
9) khazanah - 3 suku kata [kha + za + nah]
 10) ghairah - 2 suka kata [ghai + rah]
11) klinik - 2 suku kata [kli + nik]
Tatabahasa07.06.2017
selamat malam.boleh berikan contoh-contoh perbendaharaan kata?Perbendaharaan kata ialah khazanah kata dalam sesuatu bahasa atau sesuatu bidang (leksikon). Antara contohnya ialah nama tubuh badan seperti bahu, kepala, muka dan rupa; barang perdagagan seperti neraca, laba, dan kedai; alat perkakas seperti jala, bajan, dan pili; tumbuh-tumbuhan seperti cempaka, cendana dan delima.Makna06.03.2008
Apakah terjemahan bagi frasa "sovereign wealth fund", iaitu dana pelaburan sebuah negara, seperti Khazanah Nasional. Padanan "sovereign wealth fund" dalam bahasa Melayu ialah "dana kekayaan negara".Makna06.05.2020
Adakah perkataan mengimarahkan relevan dengan ayat seperti yang berikut: "Memperkasa dan memupuk kecintaan khazanah warisan 1Malaysia melalui pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan mengimarahkan warisan negara sehingga terserlah di persada dunia." Persoalan ini saya ajukan kerana di dalam ruangan carian, takrif yang ada hanya merujuk kepada amalan di masjid atau surau sahaja. Mohon penjelasan lebih lanjut.Mengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, dan kebiasanya berbentuk keagamaan. Sehingga kini belum ada lagi peluasan makna untuk perkataan imarah/mengimarahkan yang merujuk kegiatan bukan berbentuk keagamaan. Oleh itu, perkataan mengimarahkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.12.2009
Sejahtera dan selamat pagi! saya ingin mengajukan soalan. Pertama, kenapa saya tak boleh menyumbang khazanah persuratan melayu di "Celik Kata" dalam "Gerbang Kata" DBP? setiap kali saya ingin menyumbangnya maka pada masa itu juga terjadinya ralat. Kedua, adakah bilangan perkataan diterhadkan dlm setiap penyumbangan kata dlm portal "Gerbang Kata" DBP? harapan saya semoga ahli DBP dapat menambahbaikkan sistem portal "Gerbang Kata" DBP. Sekian, terima kasih!Aduan tuan telah kami salurkan untuk tindakan bahagian berkenaan, iaitu Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung terus dengan bahagian berkenaan melalui pegawainya Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479000 atau e-mel abu@dbp.gov.my.Lain-lain13.02.2017
12345

Kembali ke atas