soft copy dalam bahasa melayu | Khidmat nasihat bahasa menyediakan khidmat penyemakan tetapi terhad kepada 100 patah perkataan. Khidmat yang melebihi jumlah perkataan tersebut boleh dibuat oleh pegawai DBP tetapi di luar waktu pejabat. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.11.2014 |
Khidmat nasihat DBP menjelaskan bahawa perkataan "merbahaya" tidak wujud sebab tiada imbuhan "mer". Tetapi perkataan "merbahaya" masih banyak digunakan di bawah seksyen istilah DBP seperti hazardous material ialah "bahan merbahaya" dan sebagainya. Mohon jelaskan. Terima kasih | Perkataan merbahaya pernah digunakan pada waktu dahulu. Sekarang tidak lagi digunakan. Perkataan yang betul ialah marabahaya yang bermaksud bermacam-macam bencana atau bahaya. 1. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memang ada merakamkan istilah merbahaya tetapi ditulis sebagai merbahaya -> marabahaya. Untuk makluman saudara, tanda anak panah (->) bererti lihat. Oleh itu perkataan yang betul ialah marabahaya. | Istilah | 21.07.2014 |
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remaja | Soalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain. Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita. Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita. | Lain-lain | 02.05.2014 |
Salam Sejahtera. Terima Kasih atas khidmat pengesahan bahasa. Disini, saya sertakan lampiran bagi tujuan khidmat pengesahan bahasa. Sekian. Terima kasih. Yang benar, Akhbar Abdullah | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 30.09.2014 |
Mohon cek ejaan. Terima Kasih. | Sila lihat lampiran dan buat pembetulan. Kemudian hantar melalui "Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa ) untuk mendapatkan sijil pengesahan. Layari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. | Lain-lain | 30.12.2014 |
street bunting | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) | Lain-lain | 10.02.2015 |
PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 02.02.2015 |
DE MARSHAL STEAMBOAT & CAFE | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 10.08.2014 |
Festival Usahawan Merdeka 2014 | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/perlu perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 20.07.2014 |
pls check & approve. tqsm | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 27.04.2014 |