1)Apakah khidmat nasihat bahasa? | Secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
| Lain-lain | 18.07.2012 |
1. macam mana nak guna khidmat kamus DBP dan 2. khidmat penterjemahan bahasa malaysia ke Bahasa Inggeris Terima kasih | Kamus DBP boleh digunakan dengan membuka laman web DBP. Bagi mendapatkan khidmat terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03-41497210. | Lain-lain | 08.08.2008 |
1. Apakah kata dasar bagi perkataan "Permohonan" Pohon atau Mohon. 2. Untuk membentuk ayat bagi tajuk surat yang betul, yang mana saya sesuai dan betul penulisannya. Sama ada i) POHON KHIDMAT KAUNSELING ii) MEMOHON KHIDMAT KAUNSELING atau iii) PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING 3) Untuk membentuk ayat yang betul, yang mana saya betul sam ada, i) Dipohon kerjasama tuan atau ii) Dimohon kerjasama tuan. mohon mendapat penjelasan secepat mungkin. terima kasih. t.t. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker merangkap Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. | 1. Kata dasar permohonan ialah mohon. 2. Ayat yang paling tepat untuk tajuk surat ialah "PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING" | Tatabahasa | 18.07.2011 |
Cikgu, bentuk yang terdapat di bawah yang manakah betul? 1. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa" lalu mendaftarkan satu akaun di sana. 2. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa lalu daftarkan satu akaun di sana. (Perlukah perkataan "daftar" memakai imbuhan? Jika ya, kenapa? Jika tak perlu, kenapa?) | Dalam ayat suruhan kata kerja menerima akhiran -kan seperti daftarkan dan bersihkan. | Tatabahasa | 11.05.2014 |
Tuan, 1. Mohon khidmat nasihat tuan berhubung nama kawasan pemajuan yang sesuai, iaitu sama ada: i. Pusat Komersil Intan Sentral; atau ii. Pusat Komersil Sentral Intan. 2. Jabatan saya akan menyediakan sebuah papan penceritaan (Storyboard) berkenaan sejarah Bangunan Mahkamah Lama Teluk Intan, setelah merujuk kepada Jabatan Warisan Negara, pihak kami diminta berhubung dengan pihak DBP berhubung penterjemahan versi Bahasa Inggeris. Nasihat tuan berhubung perkara ini. Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "pusat" dan "sentral" mempunyai maksud yang sama dan tidak boleh diletakkan dalam satu frasa yang sama. Oleh itu, nama yang dicadangkan ialah PUSAT KOMERSIAL INTAN | Tatabahasa | 10.09.2014 |
Untuk mendapat pengesahan pengunaan bahasa bagi visual iklan | 1. Sila dapatkan khidmat pengesahan bahasa melalui laman web www.dbpsahbahasa.my atau hadir ke kaunter khidmat pengesahan iklan di Aras 25 Menara DBP. 2. Ayat yang tepat ialah PEMBEKAL PAM DAN PERALATAN SISTEM VAKUM 3. Busch (Malaysia) Sdn. Bhd. (Sdn. Bhd. - letak titik untuk singkatan) | Lain-lain | 18.09.2017 |
1.Saya pernah memohon khidmat nasihat tentang penulisan singkatan Yang Berbahagia yang betul. Jawapan yang diberikan ialah YBhg sedangkan dalam kamus dewan dinyatakan sebagai YBhg., begitu juga dengan khidmat nasihat yang pernah diberikan dalam PRPM iaitu YBhg. (ada nokhtah). Oleh itu, saya memohon sekali lagi kepastian cara penulisan ringkas Yang Berbahagia. 2. Penggunaan atas dan ke atas. Bukankah ke atas itu menunjukkan arah ke atas, misalnya 18 tahun ke atas. Frasa mana yang betul: memberi kesan ke atas masyarakat atau memberi kesan atas masyarakat atau memberi kesan kepada masyarakat Sekian, terima ksih | 1. Merujuk satu sumber sahaja, iaitu Kamus Dewan, ejaan yang digunakan ialah YBhg.. Walau bagaimanapun Kedua-dua bentuk ejaan YBhg dan YBhg. terakam dalam pelbagai karya penulisan. Hal ini mungkin dikaitkan dengan tujuan dan jenis penulisan/penerbitan tersebut. 2. Ungkapan yang betul ialah 'memberi kesan kepada/terhadap masyarakat'. | Tatabahasa | 07.03.2011 |
CERMIN MATA BELI 1 PERCUMA 1 . | Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 26.08.2016 |
Menyemakkan Bahasa Melayu yang digunakan | Untuk makluman, pengesahan iklan perlu dibuat melalui "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan/kata laluan akan dihantar ke e-mel tuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan. Sila buat pembetulan dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. 1. Tukar "Di" kepada di (di Sini) 2. Tukar "Kelegaan Komersial" kepada Keseronokan Bekerja 3. Tukar "Konsep Menghijau" kepada Persekitaran Hijau 4. Tukar "Sales Gallery" kepada Galeri Jualan | Lain-lain | 25.02.2014 |
Untuk Disemak | 1. Sila pinda perkataan JELAJAHI kepada MENJELAJAH. 2. Singkatan ejaan pg. dan mlm. perlu dibubuh tanda titik. Untuk pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 11.05.2012 |