Ayat yang manakah yang betul? a. Saya ingin menanyakan beberapa soalan khusus. atau b. Saya ingin bertanyakan beberapa soalan khusus. | Yang betul ialah, "Saya ingin bertanyakan beberapa soalan khusus" kerana bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, meminta keterangan mengenai sesuatu | Tatabahasa | 18.12.2007 |
di manakah saya boleh merujuk perkataan yang dieja menggunakan ejaan lama seperti nama tempat. Contohnya Cherok, machang, alma, bubok | Untuk makluman puan, tidak ada satu garis panduan khusus atau rujukan khusus oleh masyarakat dahulu untuk menamai tempat dengan menggunakan sitem ejaan lama. Contohnya, Cherok, Machang, Bubok, dan sebagainya. Kemudian, nama tempat tersebut diwartakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, kini DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua untuk rujukan dan panduan untuk masyarakat atau pihak berkuasa tempatan untuk menamai sesuatu tempat atau daerah. | Lain-lain | 19.03.2009 |
Bagaimana nak beakan kata majmuk istilah khusus dengan rangkaian bebas? contoh 'ular sawa'.Syukran maassalaamah Tuan. | Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk ialah kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Tidak ada pembahagian kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk rangkaian bebas kerana dalam bentuk penulisan umum kata tersebut berfungsi sebagai kata majmuk, manakala dalam penulisan ilmiah yang khusus kepada bidang tertentu kata tersebut dianggap sebagai istilah. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
trangkan kata mjmuk y terdri drpd istilah khusus? | Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
Apakah padanan bagi 'spirit medium' dalam bahasa Melayu? | Untuk mendapatkan makna khusus dari segi istilah adalah bergantung kepada laras atau bidang yang bersesuaian. Sila nyatakan konteks atau bidang khusus perkataan tersebut untuk pihak kami membuat rujukan bagi mendapatkan padanan yang bersesuaian. | Lain-lain | 27.10.2010 |
apakah persepsi majikan tentang cara penulisan surat rasmi? | Majikan seharusnya menetapkan panduan khusus untuk menulis surat rasmi kerana surat rasmi menggambarkan imej dan citra majikan tersebut. Surat rasmi mempunyai format khusus, penggunaan bahasa yang betul, mengandungi rujukan dan tarikh, pengolahan idea yang tepat dan santun. | Lain-lain | 12.01.2008 |
Apakah terjemahan untuk " Special Purpose Vehicle Company" dalam bahasa Melayu. Terima Kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk Special Purpose Vehicle dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan istilah bahasa Melayu untuk special purpose, iaitu kegunaan khusus, kegunaan khas dan tujuan khas. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Special Purpose Vehicle Company ialah Syarikat Kenderaan Kegunaan Khas atau Syarikat Kenderaan Kegunaan Khusus. | Istilah | 10.01.2012 |
SAYA INGIN MENGETAHUI SAMA ADA PENULISAN MONOGRAF ADA MEMPUNYAI FORMAT YANG TERTENTU YANG PERLU DIIKUTI. SEKIAN, TERIMA KASIH. | Tidak ada maklumat yang diperlukan dalam sumber rujukan kami. Lazimnya untuk penulisan khusus dan tidak melibatkan peperiksaan tidak ada format khusus yang perlu diikuti. Walau bagaimanpun untuk maklumat lanjut, sila rujuk contoh monograf di Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 15.04.2011 |
Saya ingin tahu sama ada istilah Bahasa Melayu khusus untuk istilah 'Rickrolling'. Rickrolling is an Internet meme[1][2] involving the music video for the 1987 Rick Astley song "Never Gonna Give You Up". The meme is a bait and switch; a person provides a hyperlink seemingly relevant to the topic at hand, but actually leads to Astley's video. Berdasarkan penerangan Wikipedia di atas, apakah padanan paling sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah tersebut? Atau kekalkan sahaja istilah 'Rickrolling'? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rickrolling". Kami akan mengemukakan istilah ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 01.04.2013 |
Bolehkah tuan berikan makna Wacana Bahasa Melayu dan terdapatkah buku khusus yang membahaskan Wacana BM? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wacana ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen). Saudara boleh merujuk Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau Jabatan Linguistik/Jabatan Pengajian Melayu untuk mengetahui tentang buku-buku khusus yang membicarakan wacana bahasa Melayu. | Makna | 16.01.2008 |