1.adakah pihak dewan bahasa masih membuat penterjemahan buku (buku ilmiah khususnya)? 2.sekiranya saya ingin ke dokumentasi melayu untuk mencari buku2 berkaitan linguistik, adakah saya perlu mendaftar dahulu dengan pusat tersebut? 3. sekiranya dbp masih aktif menterjemah buku2 ilmiah khususnya, bolehkah pihak tuan memberikan senarai penterjemah yang masih aktif menterjemah buku2 | 1. Untuk makluman puan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lagi melakukan kerja-kerja penterjemahan. Fungsi penterjemahan telah diambil alih oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) yang lahir daripada Bahagian Penterjemahan di DBP suatu ketika dahulu. 2. Untuk menggunakan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) di DBP, semua pelawat mesti mendaftar terlebih dahulu di kaunter PDM tingkat 3 Menara DBP. Pelajar IPT perlu membawa surat dari IPT untuk menggunakan PDM DBP. 3. Sila rujuk ITNMB. | Lain-lain | 21.01.2009 |
Adakah ayat ini betul? sekiranya tidak, dipohon cadangan ayat. Kejayaan pembangunan KIIS ini banyak bergantung kepada kerjasama daripada semua pihak yang terlibat khususnya dalam membekalkan maklumat dan data yang tepat dan cepat. | Kejayaan pembangunan KIIS ini bergantung pada kerjasama daripada semua pihak yang terlibat khususnya dalam membekalkan maklumat dan data yang tepat dan cepat. | Tatabahasa | 27.07.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan, Saya sering juga menggunakan khidmat nasihat DBP khususnya dalam mencari perkataan-perkatan terkini dalam bahasa melayu. Namun saya keliru dengan perkataan yang dahulunya rapat tetapi kini perlu dijarakkan. Namun, apabila saya mencari istilah seperti 'hakmilik' dan 'sepertimana' dengan menaip di ruangan carian kata, kedua-dua versi iaitu jarak dan rapat terpapar keluar. Pada Pandangan saya ini sangat mengelirukan, sepatutnya hanya versi yang terkini (jarak) sahaja yang sepatutnya terpapar keluar. Ini pastinya akan mengelirukan user. Terima Kasih | "Hakmilik" dalam bentuk istilah khususnya istilah undang-undang dieja sebagai satu perkataan seperti successors in title padanannya pengganti hakmilik dan historic title padanannya hakmilik sejarah, tetapi dalam bentuk rangkai kata umum hak milik dieja sebagai dua perkataan, contohnya; hak milik tanah mestilah dicatatkan di dalam buku pendaftaran. Walau bagaimanapun "seperti mana" sewajarnya dieja dengan dua perkataan. | Ejaan | 09.04.2009 |
Assalamualaikum w.t.b dan salam 1Malaysia tuan/puan. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang bahasa khususnya bahasa Melayu dan khuatir ilmu bahasa yang pernah dipelajari di peringkat STPM dahulu hilang begitu sahaja. Saya dan seorang lagi rakan sebaya serta dibimbing oleh para guru bahasa Melayu yang berpengalaman luas dan bidang pendidikan dan bahasa Melayu mula mengambil tindakan dengan mula menubuhkan sebuah pusat bahasa Melayu yang dinamakan sebagai "Klinik Bahasa Melayu". Kami baru sahaja menubuhkannya pada bulan ini (Mac). Soalan pertama, pihak DBP ada atau tidak mengeluarkan sijil pengiktirafan atau sijil kebenaran untuk kami mengajar bahasa Melayu supaya ia selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh DBP. Kami sedia untuk mengambil peperiksaan untuk menguji tahap ilmu bahasa Melayu kami supaya kami yang bertindak sebagai "doktor" bahasa Melayu tidak tersalah "mengubati" pengguna bahasa Melayu. Fokus kami adalah untuk membantu pengguna bahasa Melayu agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul khususnya bagi para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dan kami begitu ghairah untuk mengambil peperiksaan khas sekiranya pihak DBP mahu mengadakannya. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan, DBP belum pernah memberikan pengiktirafan atau pengakreditasian program bahasa yang dilaksanakan oleh pihak luar. Dalam membantu DBP melaksanakan pelbagai program kebahasaan, DBP mempunyai sekumpulan pegawai yang diiktiraf untuk membantu DBP, iaitu Munsyi Dewan. Kumpulan ini dipilih setelah melalui ujian pemilihan yang disyaratkan oleh DBP. Untuk maklumat lanjut tentang program Munsyi Dewan, bolehlah hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah Murad di talian 03-21479222 atau e-mel aisah@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus anjuran DBP pula, boleh hubungi Ketua Akademi DBP, Dr. Amran Joned di talian 03-21479779 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 22.03.2015 |
untuk makluman kami di Kementerian dan JKM khususnya memang mengguna pakai Orang Kurang (OKU). Namun, pihak media telah membuat penyelarasan menggunakan Orang Kelainan Upaya. Justeru, pihak kami memohon nasihat daripada tuan adakah perlu kami mengeluarkan kenyataan Media berhubung perkara ini atau dari pihak DBP? | Terima kasih atas makluman yang puan berikan. Berdasarkan semakan kami akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian mengguna istilah yang betul, iaitu Orang Kurang Upaya (OKU), tetapi akhbar Kosmo dan Harian Metro menggunakan istilah Orang Kelainan Upaya (OKU). rasanya tidak perlulah kenyataan Media dikeluarkan oleh pihak puan, sebaliknya DBP akan mengeluarkan surat teguran epada pihak akhbar berkenaan. Kami juga akan menyebarkan maklumat berkenaan melalui medium lain seperti jawatankuasa dengan pihak media. | Istilah | 27.06.2014 |
Apa bezanya "menjarah" dengan "merampas'? Adakah "menjarah" khususnya merujuk kepada merampas harta orang dalam peperangan? | Menjarah sama maksudnya dengan merampas dan tidak dikhususkan kepada rampasan perang, melainkan sebagai contoh perbuatan merampas tersebut. | Makna | 28.10.2011 |
Pejabat ini sentiasa berkomunikasi dengan pihak luar khususnya kontraktor dan juruperunding bagi melaksanakan projek. Malangnya sesetengah kontraktor ingkar menggunakan bahasa kebangsaan dalam surat rasmi mereka kepada Jabatan. Apakah tindakan yang boleh diambil dan wujudkah sebarang peruntukan untuk mewajibkan mereka menggunakan bahasa kebangsaan dalam setiap surat menyurat? | Dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti: - Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;
- Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;
- Digunakan dalam semua rekod kerajaan;
- Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan
- Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.
Sebagai Bahasa kebangsaan yang digunakan dalam semua rekod kerajaan, sewajarnyalah semua urusan dengan pejabat kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan. Walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk mengatasi sikap pelanggan seperti yang saudara hadapi, pemakaian Akta Bahasa Kebangsaan adalah kepada semua warganegara Malaysia. | Lain-lain | 30.09.2010 |
bagaimanakah bahasa asing mempengaruhi perkembagan bahasa melayu, khususnya di sekolah-sekolah di malaysia? | Bahasa Melayu seperti bahasa moden yang lain tidak terlepas menerima pengaruh daripada bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu dututurkan oleh ratusan juta manusia daripada pelbagai etnik dan bangsa sudah pasti pesat berkembang dan dalam proses tersebut sedikit sebanyak turut dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain. Soalan saudara sebenarnya terlalu luas untuk dibincangkan dalam wahana yang sebegini dan memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak. Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk makalah atau buku yang berkaitan dengan tajuk tersebut. | Lain-lain | 28.11.2009 |
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)? | Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara: a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber. Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama). | Tatabahasa | 03.09.2014 |
CONTOH KAJIAN CARA DESKRIPTIF TENTANG PENGARUH BAHASA ASING KHUSUSNYA BAHASA INGGERIS TERHADAP BAHASA MELAYU KINI | Puan Hadibah, Untuk mendapatkan contoh kajian, puan bolehlah mengunjungi perpustakaan atau pusat sumber di tempat puan. | Lain-lain | 25.05.2010 |