apa maksud "mn", "ki" dan apa-apa kod lain pada awal takrif kata PRPM? | Untuk makluman, label Ar (Arab), Br (Brunei), C (Cina) dan seterusnya merupakan bentuk penanda berkaitan asal atau etimologi kata. Selain itu, kependekan ini juga menandakan singkatan umum seperti dlm (dalam), drpd (daripada), ki (kiasan), prb (peribahasa) dan sebagainya. Bidang atau pengkhususan sesuatu perkataan juga diberi bentuk kependekan seperti Ant (antropologi), Eko (ekonomi) dan Geo (geografi). Semua maklumat ini dimuatkan dalam kamus sebagai Panduan Penggunaan Kamus Dewan pada setiap edisi bercetak. | Lain-lain | 06.08.2020 |
Maksud perkataan 'puspawati'. Terima kasih. | Puspa: sl bunga; ~ hati ki kekasih, buah hati; taman ~ (sari) taman bunga, jambangan. Wati: bentuk yg menyatakan perempuan | Makna | 14.04.2009 |
Mengapa klausa menjolok mata dianggap salah penggunaanya dalam bahasa Melayu sedangkan maknanya hampir sama dengan mencolok mata? menjolok mata=a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). mencucuk mata; a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; | Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dan lain-lain supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dan sebagainya (Kamus Dewan, 2007:636). Sila baca dan fahami bahagian prelim Kamus Dewan termasuk prakata kerana Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Wujudkah perkataan 'perleceh' yang bermaksud merendah-rendahkan atau mempersia-siakan? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edsisi Keempat, leceh (lécéh) ialah; 1. meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yangg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yang ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka-muka (dengan ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, memandang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dll). | Tatabahasa | 10.09.2013 |
Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur) | Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.08.2010 |
Terima kasih kerana maklumbalas pertanyaan-pertanyaan saya sebelum ini. Apakah terjemahan bagi -one dan -ene- yang terdapat dalam nama ki ia sistematik seperti pada contoh-contoh di bawah: 6-tert-butyl-3-dimethylamino-4-methyl-1,2,4-triazin-5= (4H)-one S-allyl prop-2-ene-1-sulfinothioate Sekian. | Sila rujuk buku Istilah Tatanama Kimia sebagai panduan dalam penamaan istilah-istilah ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2015 |
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. berjalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; | Istilah | 08.04.2013 |
apa itu bangkai | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan bangkai bermaksud 1. binatang yg sudah mati: ~ kucing; 2. bk mayat manusia: ~ Hang Jebat; ~ bernyawa ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga, masyarakat dsb, mayat hidup; b) seseorang yg tidak dipedulikan dan dipandang hina oleh keluarga: akhirnya dia tidak sanggup lagi menjadi ~ bernyawa dlm keluarga mereka; 3. ki sesuatu yg telah tua dan rosak: ~ kereta; ~ gajah bolehkah ditudung oleh nyiru prb kejahatan yg besar itu tidak dapat disembunyikan; ada ~ adalah hering prb di mana ada perempuan jahat tentu ada laki-laki yg jahat pula; menjemur ~ ke atas (ke puncak) bukit prb mengaibkan diri sendiri; | Makna | 16.09.2009 |
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TK | teguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll). Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
Apakah kata kerja aktif untuk dikecapi? Perkataaan 'mengecapi' tidak terdapat dalam kamus. Sekian. | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua terdapat perkataan mengecap yang ditandai dengan ki (kiasan) yang bermaksud merasai dan menikmati. | Tatabahasa | 04.04.2015 |