Salam Sejahtera: Tuan: Soalan 1: Mengapakah perkataan "guris" tidak terdapat dalam kamus? Soalan 2: Bagaimanakah membezakan penggunaan antara "kian" dan ", "makin". Terima Kasih | 1. Perkataan guris tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana ejaan yang betul ialah gores. Sila lihat Kamus Dewan di bawah entri gores. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kian mempunyai 2 maksud, iaitu 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas, manakala makin pula bermaksud 1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kian dan makin ialah perkara yang sama dan boleh bertukar ganti. | Istilah | 25.08.2009 |
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran. | (Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.) Soalan: 1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh. Jawapan: 1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh. Soalan: 2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini. Jawapan: 2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini. Soalan: 3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. Jawapan: 3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. Soalan: 4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran. Jawapan: 4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.
| Tatabahasa | 17.03.2013 |
Salam Mohon tanya sama ada ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan/penjelasan) 1.Orang ramai membeli belah di pasaraya. 2.Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. 3.Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. 4.Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. Izani Hj. Daud. | 1. Orang ramai membeli belah di pasaraya. - ejaan yang betul ialah membeli-belah dan pasar raya 2. Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. - ayat tergantung, ramai orang ______ di Pasar Tani 3. Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. - betul 4. Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. - betul | Tatabahasa | 02.08.2011 |
Apakah perbezaan antara dua peribahasa berikut: 1. Kusut di hujung bawa ke pangkal 2. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan Terima kasih | Peribahasa kusut di hujung bawa ke pangkal bermaksud pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan pula bermaksud kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula. | Makna | 26.08.2015 |
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita. | 1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul? 2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan. 3. Ya. 4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari. 5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah. 6. Kedua-dua ibu bapa. 7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-... sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008. 8. Kedua-duanya betul. 9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. | Lain-lain | 20.12.2008 |
Semakin dunia teknologi berkembang pesat dan ciptaan alat berteknologi tinggi bertambah, ramai orang kian menggunakan pelbagai alat komunikasi bergerak (mobile devices) seperti iPod Touch, iPhone, dan MacBook Air. Syarikat Apple telah menyediakan gedung muat turun yang menjual pelbagai perisian untuk alat-alat yang disebutkan di atas. Malangnya dan dukacitanya, tidak ada satu pun pihak yang menghasilkan Kamus bahasa Melayu untuk iPhone dan iPod Touch. Malah versi kamus untuk sistem komputer Macintosh juga tidak ada di pasaran. Saya mohon pertimbangan DBP untuk menghasilkan kamus Melayu untuk alat iPod/iPhone dengan segera kerana jumlah kamus untuk bahasa-bahasa lain semakin banyak ditawarkan untuk iPod dan iPhone tetapi tidak kamus Melayu. Saya yakin tawaran kamus Melayu untuk iPhone bukan sahaja memartabatkan bahasa Melayu secara hebat tetapi satu kaedah DBP juga boleh meraih keuntungan yang besar dengan jumlah muat turunnya sehari mencecah 1 juta setiap hari. | Salam Sejahtera Hairudin Bin Djorimi, Soalan : Semakin dunia teknologi berkembang pesat dan ciptaan alat berteknologi tinggi bertambah, ramai orang kian menggunakan pelbagai alat komunikasi bergerak (mobile devices) seperti iPod Touch, iPhone, dan MacBook Air. Syarikat Apple telah menyediakan gedung muat turun yang menjual pelbagai perisian untuk alat-alat yang disebutkan di atas. Malangnya dan dukacitanya, tidak ada satu pun pihak yang menghasilkan Kamus bahasa Melayu untuk iPhone dan iPod Touch. Malah versi kamus untuk sistem komputer Macintosh juga tidak ada di pasaran. Saya mohon pertimbangan DBP untuk menghasilkan kamus Melayu untuk alat iPod/iPhone dengan segera kerana jumlah kamus untuk bahasa-bahasa lain semakin banyak ditawarkan untuk iPod dan iPhone tetapi tidak kamus Melayu. Saya yakin tawaran kamus Melayu untuk iPhone bukan sahaja memartabatkan bahasa Melayu secara hebat tetapi satu kaedah DBP juga boleh meraih keuntungan yang besar dengan jumlah muat turunnya sehari mencecah 1 juta setiap hari Jawapan : Terima kasih atas cadangan yang diberi, kami akan membawa cadangan ini kepada pihak pengurusan DBP. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang menjalankan tugas, Abdul Razak Mohammad | Lain-lain | 09.07.2009 |
Tuan, berpandukan maksud ketiga perkataan "maka" dalam Kamus Dewan, "maka" bermaksud "bahawa". Jadi, soalan saya, bolehkah perkataan "maka" digunakan sebagai kata komplemen dalam ayat majmuk pancangan komplemen? Contoh ayat: 1. Orang itu menafikan maka dia mencuri dompet itu. Dalam ayat ini, "maka" bermaksud "bahawa". Namun begitu, ayat ini menimbulkan kekeliruan pengguna bahasa. Pengguna bahasa akan keliru sama ada ayat ini bermaksud "Orang itu menafikan bahawa dia mencuri dompet itu", atau "Orang itu menafikan lalu dia mencuri dompet itu." Hal ini kerana selain bermaksud "bahawa", perkataan "maka" juga bermaksud "lalu, dan". Contoh-contoh ayat lain: 2. Lee Kian mendengar maka ada satu peraduan menyanyi yang akan diselenggarakan pada Isnin hadapan. 3. Cikgu Rabiatul mengatakan maka sesiapa yang bising tidak dibenarkan balik. 4. Kerajaan menegaskan maka walau dalam apa jua keadaan pun, rakyat Malaysia mesti bersatu. 5. Encik Wong berasa maka di sebalik lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang menyokongnya. Sebagai peringatan kepada tuan, semua perkataan "maka" dalam ayat 2,3,4 dan 5 bermaksud "bahawa" dan memikul tugas yang sama dengan kata hubung komplemen. | Kata “maka” tidak boleh berfungsi sebagai kata komplemen. Maksud ketiga bagi “maka” yang bermaksud “bahawa” hanya dalam maksud seperti ayat contoh yang dirakamkan dalam kamus. Sebagai peringatan, terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu <i style="mso-bidi-font-style: normal;">untuki> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">bahawai>, sila rujuk Tatabahasa Dewan. 1"> | Tatabahasa | 07.12.2014 |
Salah sejahtera. Adakah kita perlu meletakkan tanda koma (,) sebelum kata hubung 'tetapi', 'dan' serta 'jadi'? | Tanda koma (,) digunakan sebelum kata hubung gabungan "tetapi" yang membawa maksud "pertentangan fakta" dalam ayat majmuk. contoh: Kerajaan berusaha hendak membendunng pengaruh kebudayaan barat yang negatif, tetapi anak-anak muda pula kian tergila-gila mengikutinya. Tanda koma sebelum "dan"bergfungsi sebagai kata hubung setara untuk memisahkan ayat-ayat atau klausa yang fakta-faktanya berurutan yang membawa maksud "serentak", "bersama" atau "berurutan". Contoh: Mohd baru sahaja kematian kedua-dua ibu bapanya, dan menjadi anak yatim piatu. Kata Jadi boleh digunakan di awal ayat, tapi perlu meletakkan koma selepas perkataan "Jadi" Contoh, Jadi, tegaslah bahawa setiap ahli keluarga khususnya ibu bapa tidak harus bersifat materialistik semata-mata. 1"> | Tatabahasa | 16.01.2019 |