apakah makna perkataan 'kiasu' | Kiasu ialah dialek dalam bahasa Cina yang bermaksud takut kalah. | Makna | 24.10.2009 |
apakah makna KIASU? apakah perbezaan penggunaan perkataan 'ke' dan 'kepada'? apakah perbezaan penggunaan perkataan 'dari' dan 'daripada'? sekian, terima kasih. | 1. Kiasu ialah perkataan dalam dialek Hokien yang bermaksud takut kalah. 2. Kata sendi nama "ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan atau unsur mujarad. 3. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda an unsur mujarad. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Kata Sendi Nama. | Tatabahasa | 19.08.2011 |