Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.bar] | کيبر

Definisi : ; berkibar, berkibar-kibar, berkibaran bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (bkn bendera dll): bendera Malaysia ~ di sana sini pd hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia; mengibarkan menyebabkan berkibar, meng­gerak-gerakkan (bendera dsb) supaya ber­kibar, memasangkan (membentangkan) su­paya berkibar: kota ini bersemarak dgn hiasan, dan setiap rumah ~ bendera; beribu-ribu murid sekolah berdiri di sepanjang jalan sambil ~ bendera; kibaran gerakan berkibar; pengibaran perihal (perbuatan dsb) mengi­barkan (bendera): upacara dimulakan dgn ~ bendera oleh ketua pasukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.bar] | کيبر

Definisi : ; berkibar, berkibaran bergerak ke kiri ke kanan kerana ditiup angin dll (spt bendera): Bendera Malaysia ~ di tiap-tiap rumah. mengibarkan menaikkan (bendera dll) supaya berkibar: Pd hari itu, bendera dikibarkan di setiap rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kibar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan Bendera-bendera yang dicacak di sepanjang jalan itu kelihatan berkibar-kibar megah bagaikan menyambut kedatangan para tetamu. tuan, adakah kesalahan dalam ayat ini?

Tiada kesalahan dalam ayat itu.

Tatabahasa13.08.2011
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

3. Gemar ialah kata kerja.

4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

Tatabahasa01.09.2009

Kembali ke atas