apakah persamaan antara bahasa dengan bunyi salakan anjing, miawan kucing dan kicauan burung? apakah perbezaan asas antaranya? | Persamaan :kedua-duanya merupakan sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok sama ada manusia atau binatang.Perbezaan : Kedua-dua kelompok memahami sistem lambang bunyi suara masing-masing sahaja. | Lain-lain | 14.01.2004 |
1.Adakah terjemahan di bawah sesuai? a. feather: bulu pelepah b. lyrebird: burung lyre c. lark: burung lark 2. Adakah sesuai bunyi kicauan burung sewah padang ditulis sebagai "coo-coo"? Terima kasih banyak-banyak. | Terjemahkan 1. feather: bulu (pelepah) 2. lyrebird: burung lyre 3. lark: burung lark 4. Untuk soalan keempat, pihak kami tidak dapat memastikan bagaimana bunyi kicauan burung sewah. Sungguhpun demikian, dalam terjemahan bahasa Inggeris, terdapat perkataan coo yang bermaksud berkukur, mendekut dan memeram bagi merujuk kepada bunyi burung merpati. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.08.2018 |
Assalamualaikum tuan/puan, Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Kamus Dewan, berikut ialah perkataan yang sesuai bagi bunyi-bunyian haiwan: 1. Harimau mengaum 2. Anjing menyalak 3. Kucing mengiau 4. Burung berkicau 5. Ayam berkokok 6. Itik berkuek Apabila ditukarkan kepada sebuah objek (maaf jika saya tersilap istilah) seperti berikut; 1. Ngauman harimau 2. Salakan anjing 3. Ngiauan kucing 4. Kicauan burung 5. Kokokan ayam 6. "Kuekan" itik Adakah benar perkataan "kuekan" bagi itik seperti di atas? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'ber' bagi ayat seperti, "anjing bersalak"? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'me' bagi ayat seperti, "burung mengicau", "ayam mengokok" dan "itik menguek"? Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam puan, Penggunaan imbuhan yang mantap dan betul bagi bunyi-bunyian haiwan ialah harimau mengaum, anjing menyalak, kucing mengiau, burung berkicau, ayam berkokok dan itik berkuek. Ngauman harimau, salakan anjing, ngiauan kucing, kicauan burung dan kokokan ayam merupakan ayat pasif. Walau bagaimanapun, tiada perkataan kuekan, bersalak, mengicau, mengokok, menguek bagi bunyi-bunyian haiwan dalam entri kamus pihak kami dan adalah lebih baik jika pihak puan dapat menggunakan imbuhan yang telah mantap dan betul seperti yang disebutkan di atas. | Tatabahasa | 25.01.2018 |