Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.las] | کيلس

Definisi : 1. lingkaran rotan (utk mengikat kaki binatang, mengikat pengayuh pd keliti, dll); 2. sj penyambung yg membolehkan bahagian sesuatu yg dilekatkan (disambungkan) pada­nya berputar dgn bebas; 3. Kl gulung kain sarung pd pinggang: Muda mengeluarkan rokok daun dr ~ kainnya; 4. (Kej) daya yg menghasilkan gerakan berputar yg diukur dlm unit newton-meter, biasanya digunakan dlm motor, bagi menunjukkan kebolehannya memiuh berbanding dgn motor-motor lain; mengilas 1. mengenakan atau memasang kilas (gelang-gelang rotan), mengeratkan ikatan tali dgn mengumpil; 2. Kl menggulung kain di pinggang (ketika memakainya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.las] | کيلس

Definisi : Mn kilat; sekilas = ~ mata = ~ pandang sekelip mata, selayang pandang, sesaat, seketika: lamunannya yg ~ itu terganggu oleh suara orang memanggil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.las] | کيلس

Definisi : berkaitan dgn pukulan dlm permainan mis badminton dan tenis, yg bahagian bela­kang tangan dlm kedudukan menghala ke pemain lawan: pukulan ~; servis ~; mengilas memulas atau memiuh (tangan): anggota polis yg menangkap pencuri itu ~ tangannya ke belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.las] | کيلس

Definisi : ; mengilas memutarkan atau memiuh (tangan): Polis itu ~ tangan pemuda yg ditahannya itu ke belakang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ki.las] | کيلس

Definisi : ist daya (kuasa) putar yg menyebabkan sesuatu berputar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ki.las] | کيلس

Definisi : ; sekilas (dlm) masa yg sangat singkat; seketika; sekejap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kilas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon bertanya, jikalau deep-fry adalah goreng celur, dan stir-fry pula goreng kilas, apakah pula istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk pan-fry? Sekian, terima kasihTiada maklumat pan fry dalam pangkalan data kami. Adakah pan fry juga merujuk kaedah memasak atau kuantiti yang dimasak menggunakan peralatan tersebut. Jika kaedah memasak, terangkan kepada kami kaedah pan fry tersebut,Istilah17.09.2017
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya apakah perkataan bahasa melayu untuk perkataan-perkataan yang berikut: 1) screenshot 2) torque 3) fuel consumption Thanks HanaIstilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. Torque pula bermaksud tork atau kilas. Fuel consumption ialah penggunaan minyakMakna28.03.2017
Salam saya menghadapi masalah dalam menterjemahkan istilah-istilah Inggeris berikut ke dalam bahasa Melayu. Saya memohon bantuan pihak tuan. 1) the racket, held in a forehand grip, is taken back with a cocked wrist, 2) Forehand Clear Smash Drop Shot, 3) Backhand Drive Net Shot, 3) Underarm Lift Net Shot, 4) Forehand Overhead Clear, 5) The Backhand Net Lunge, 6) The Net Kill, 7) The Drop Shots. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah tersebut digunapakai dalam sukan Badminton.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk frasa yang diberikan. Walau bagaimanapun, berikut saya senaraikan istilah yang terdapat dalam Glosari Sukan Badminton terbitan DBP.
1. racket - raket
2. forehand grip - genggam depan
3. forehand smash - smesy depan
4. drop shot - syot junam
5. drive - pukul kencang
6. backhand - kilas
7. net shot - syot jaring
8. underarm - aras siku
9. forehand - depan
10. overhead backhand clear - pukul tedas kepala
11. overhead backhand - pukul kilas kepala
12. net - jaring
13. lunge - gerak maju
14. kill service (to) - mematikan servis
Istilah09.10.2012

Kembali ke atas