Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cahaya gemerlap (spt cahaya lampu, permata, dll), cahaya yg bersinar (berkilap): ~ bintang yg menerangi langit; berkilau, berkilau-kilauan, kilau-kilauan, kilau-kemilau, kilau-mengilau bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap: laut yg ~ oleh sinaran cahaya matahari; sinar permatanya gemerlap berkilau-kilauan; bintang di langit kilau-mengilau; kilauan kilau: kesibukan bandar itu sudahlah pasti dgn ~ lampu neon yg berbagai-bagai warna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cahaya yg bersinar; cahaya yg bergemerlap, spt cahaya lampu. berkilau, berkilauan mengeluarkan cahaya yg bersinar atau yg bergemerlapan; membalikkan sinar; bersinar-sinar. kilauan, kilau-kemilau cahaya yg berkilau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilau (kata nama)
Bersinonim dengan cahaya, gemerlap, berkilap, cahaya yang memantul, sinar;,
Kata Terbitan : berkilauan, mengilaukan, berkilau-kilau,

Puisi
 

Jatuh ke laut menjadi pulau,
     Pulau delapan menjadi sembilan;
Di dalam kilat adanya kilau,
     Awan hitam mengandung hujan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kilat di dalam kilau,
     kabus di dalam hujan.

Bermaksud :

Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ASSALAMUALAIKUM.SAYA INGIN BERTANYA TENTANG NOVEL ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN KARYA ALI JUSOH,2007.MEMANG BENAR CERITA TERSEBUT BENAR TETAPI ADAKAH ADIK MAT ,IAITU MAT KILAU ADIK KEPADA ADIK YAK,IAITU TOK GAJAH?BUKANKAH MAT KILAU ANAK TOK GAJAH ,DAN TOK GAJAH BERSAMA DATO BAHAMAN SERTA MAT KILAU TELAH BERJUANG UNTUK PAHANG.BENARKAH WATAK ZAKI HAMIDON,MARIA,ABON,SERI BANUM,PRABASNA,ABANG MUSA,DERAMAN,TAMBI SAN,AH WEE,AMAT DAN LAIN-LAIN.DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MENULIS BUKU ATAU SYARAT -SYARATNYA.SAYA HARAP PIHAK ANDA DAPAT MEMBALAS PERTANYAAN SAYA INI.TERIMA KASIH.

Waalaikumusalam wbk. Bagi menjawab soalan sdr tentang watak-watak dan perwatakan dalam novel Dendam dan Perjuangan karya Ali Jusoh, sdr bolehlah menghubungi penulisnya sendiri di talian 09-6663312 (rumah) atau 019-9490727 (t/bimbit). Alamat rumah beliau ialah No. 4, Taman Teratai, To Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Mudah-mudahan beliau dapat menjelaskan sendiri tentang segala kemusykilan sdr.

Berhubung dengan minat dan syarat-syarat menulis buku, sdr. boleh mendapatkan atau membeli buku-buku yang dijual di pasaran yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit.  Antara buku terbitan DBP ialah Panduan Menulis Puisi karya Rahman Shaari, Panduan Menulis Cerpen karya Othman Puteh dan Panduan Menulis Novel karya Shahnon Ahmad. 

Sekian, selamat berjaya dan wassalam.  

      

 

Lain-lain02.12.2009

Kembali ke atas