| Salam tuan, Jika kilometer dibaca satu setengah kilometer atau sebagainya. Bagaimana pula dengan ringgit? Adakah dibaca dengan satu setengah ringgit @ satu ringgit setengah? Harap tuan dapat rungkaikan kemusykilan saya. | Yang betul ialah satu ringgit setengah. | Lain-lain | 03.08.2010 |
| salam sejahtera tuan, mana yang betul : satu setengah jam atau satu jam setengah / satu setengah kilometer atau satu kilometer setengah. Lebih bermakna bagi saya jika tuan dapat sertakan alasannya. terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah: Penulisan angka - 1 ½ jam Penulisan frasa - satu jam setengah Penulisan angka - 1 ½ km Penulisan frasa - satu kilometer setengah Analogi yang diberikan ialah penulisan ringgit, iaitu: Penulisan angka - RM1.50 Penulisan frasa - satu ringgit lima puluh sen | Istilah | 25.07.2009 |
| Setahu saya, partikal '-kah' harus diletakkan di belakang penjodoh bilangan dalam ayat tanya, misalnya, 'Berapa batangkah pen yang kamu ada?' Namun, dalam ayat seperti ini, 'Berapa kilometer...' partikal '-kah' harus diletakkan di belakang 'berapa' atau 'kilometer'? | Berapa kilometerkah/berapa kilometer .......? | Tatabahasa | 07.07.2010 |
| Salam sejahtera. Di sini ada satu soalan tentang penggunaan perkataan Inggeris "kilometer" dan "kilometre". Setahu saya, kilometer ialah ejaan America manakala kilometre ialah ejaan British. Jadi, yang manakah di antara mereka digunakan dalam bahasa inggeris di malaysia? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak DBP yang sudi memberi penjelasan. | Salam sejahtera, Tuan, Betul seperti yang tuan maklumkan. Di Malaysia, kita merujuk British dalam amalan penggunaan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, lebih baik pihak tuan dapatkan penjelasan daripada pihak lain kerana kami (DBP) hanya berautori dalam penggunaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.06.2017 |
| Apakah singkatan yang betul untuk Doktor (Dr.)- ada noktah atau tidak? Juga Profesor, kampung, kilometer, dan lain-lain. | Singkatan yang betul ialah Dr. (Doktor); Prof. (Profesor); kpg. (kampung); km (kilometer); dan dll. (dan lain-lain). | Tatabahasa | 03.09.2014 |
| Bagaimanakah untuk menggunakan partikel -kah dalam ayat-ayat berikut: Manakah yang betul.... 1. Berapakah kilometer jarak rumah ke sekolah? atau Berapa kilometerkah jarak rumah ke sekolah? 2. Berapakah buah rumah yang terbakar? atau Berapa buah rumahkah yang terbakar? Setahu saya, partikel -kah hendaklah diletakkan pada akhir penjodoh bilangan... Benar atau tidak. Mengikut ajaran Arwah Pak Asraf (Cendekiwan Bahasa Melayu) Yang betul ialah - Satu jam setengah tetapi mengikut DBP pula : Satu setengah jam Manakah yang betul. Terima kasih | 1. Berapa kilometerkah/berapa kilometer jarak rumah ke sekolah? 2. Berapa buah rumahkah/berapa buah rumah yang terbakar? Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. Penggunaan yang betul ialah: Penulisan angka - 1 ½ jam Penulisan frasa - satu jam setengah Analogi yang diberikan ialah penulisan ringgit, iaitu: Penulisan angka - RM1.50 Penulisan frasa - satu ringgit lima puluh sen | Tatabahasa | 07.07.2010 |
| 1. Ejaan bagi kilometer, kilogram, sentimeter dan sepuluh ringgit perlu dieja secara penuh atau singkatan? 2. Bagi nombor perlu dieja dengan perkataan atau angka? terima kasih... | 1. Boleh dieja penuh ataupun menggunakan singkatan. 2. Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. | Ejaan | 22.05.2009 |
| sistem ejaan singkatan, seperti 5 kilometer, ditulis sebagai 5km atau 5 km (ditulis rapat atau jarak). 75kg atau 70 kg | Ditulis jarak 5 km 10 kg | Ejaan | 08.08.2012 |
| Minta pihak tuan jelaskan manakah penggunaan yang tepat untuk ayat berikut. Kami telah berjalan lebih dari/daripada dua kilometer setengah. Mana yang lebih tepat dari atau daripada untuk ayat di atas. Terima kasih. | Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Ayat yang betul ialah: Kami telah berjalan lebih dari dua kilometer setengah. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
| Salam sejahtera, tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang ayat ini; Jeremy berbasikal ke sekolah sejauh lima kilometer pada setiap hari. Adakah ayat ini mengandungi kesalahan bahasa ? Sekian, teima kasih. | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 26.06.2024 |