Apa terjemahan untuk istilah-istilah berikut? 1. Royal flush 2. Straight flush 3. Four of a kind 4. Full house 5. Flush 6. Straight 7. Three of a kind 8. Two pair 9.One pair 10. High card Terima kasih | 1. royal flush - sama bunga tertinggi (terup) 2. straight flush - sama bunga jujukan (terup) 3. four of a kind - empat jenis senilai (terup) 4. full house - set penuh (terup) 5. flush - sama bunga (terup) 6. straight - jujukan (terup) 7. three of a kind - tiga jenis senilai (terup) 8. two pair - dua pasang (terup) 9.one pair - sepasang (terup) 10. high card - kad utama (terup) | Istilah | 01.07.2022 |
Apakah terjemahan bagi istilah 'in-kind payment' dalam bahasa melayu? | Istilah bahasa Melayu untuk "in-kind payment" ialah bayaran bukan wang | Istilah | 06.08.2014 |
Mohon terjemah istilah berikut :- 1. In its own right 2. Wealth 3. In Kind 4. Adjusted | wealth - kekayaan; in kind - dalam bentuk benda/barang; adjusted- disesuaikan; diselaraskan. Ungkapan in its own right membawa maksud pun. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, halaman 1352. | Lain-lain | 06.03.2008 |
Apakah padanan yang bersesuaian untuk "Yours Fondly" "Kind regards" Terima kasih | Maksud kedua-dua perkataan ini tiada dalam data kami. Melalui carian di internet ada yang menterjemahkan Yours Fondly dan Kind regards kepada sayang kamu dan salam sejahtera. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.09.2017 |
We would like to apply pesticide advertisement in the form of website for the products of which the artworks are attached for your kind endorsement. Kindly let us know the amendment if any. Appreciate your early reply. Thank you for your kind cooperation. | Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 25.10.2017 |
Mohon semakan terjemahan Well, gee, that sure is a kind thing to say. Itu ialah sesuatu yang baik untuk diperkatakan. | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Sesuatu yang baik untuk diperkatakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |
untuk mendapatkan nasihat menterjemahkan ayat berikut dalam Bahasa Melayu. Specialize in Marketing and Servicing all kind of water filter products inii adalah untuk tujuan papan iklan. sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan ayat tersebut diterjemahkan sebagai "Pakar bidang pemasaran dan penyelenggaraan semua produk penapis air" | Penyemakan dan penterjemahan | 03.08.2020 |
Perkataan PUNDAK dalam Bahasa Indonesia adakah ia bermaksud PUNCAK dalam Bahasa Melayu, Malaysia.Thanks for your kind assistance. | Pundak (bahasa Jawa) maknanya dalam bahasa Melayu ialah bahu atau diri seseorang manakala puncak pula bermakna bahagian yang tertinggi atau paras yang paling atas. | Makna | 30.04.2005 |
#3 Apakah maksud sesuai untuk perkataan cosplay dalam ayat ini. We've turned Southeast Asian identity into a kind of cosplay - Terima kasih. | Sila huraikan makna cosplay untuk carian padanan perkataan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 11.08.2020 |
Salam, saya perlukan bantuan dalam tukarkan ayat dalam bahasa inggeris ke bahasa melayu. sila rujuk bawah : DEALING IN ALL KIND OF SCRAP METALS FERROUS & NON-FERROUS METAL | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Tuan hendaklah menterjemahkannya terlebih dahulu dan kemukakan kepada kami terjemahan tersebut agar dapat menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam teks tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.07.2018 |