Adakah perkataan 'pada masa kini' dan 'kini' boleh digunakan dalam karangan..?? Adakah pada masa kini adalah lewah dan perlu digantikan dengan 'Kini' sahaja..?? | Frasa "pada masa kini" boleh digunakan sama seperti frasa "pada masa hadapan". | Tatabahasa | 30.05.2011 |
1. Isu bagi frasa masa ini atau masa kini. Kesemua maklum balas kepada soalan-soalan dalam khidmat nasihat membenarkan penggunaan frasa masa kini sedangkan kini sudah membawa maksud masa ini. 2. Apakah ejaan yang betul bagi asabiyah? 3. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan e-mel tuan/puan sebelum ini adalah berkaitan. Adakah frasa "adalah berkaitan" gramatis?, atau apakah cadangan ayat yang lebih tepat bagi maksud yang sama? | 1. Untuk makluman, kini dan masa kini membawa maksud yang sama. Sungguhpun begitu, penggunaannya berbeza mengikut konteks ayat. Contoh: a. Kini telah wujud bentuk penjajahan baharu b. Pada masa kini, tidak semua percaya terhadap berita yang dipaparkan di laman social. 2. Ejaan yang betul ialah asabiyah 3. Contoh penggunaan ayat yang betul: Dengan segala hormatnya, perbincangan melalui telefon antara pegawai kami, Puan Khairunnisa binti Ismail dengan pegawai tuan, Puan Zainun binti Abdullah pada 21 September 2017 berkenaan hal tersebut di atas dirujuk. | Lain-lain | 09.03.2018 |
Lanjutan pertanyaan saya tentang frasa "masa kini" dahulu. Dalam ayat ini, misalnya, "Remaja masa kini kurang menghormati orang tua", ada pendapat mengatakan bahawa 'masa kini' tidak tepat kerana 'kini' sudah terangkum makna 'masa'. Benarkah pendapat itu? Jika benar, apakah pilihan lain yang tidak jauh bezanya untuk menggantikan frasa tersebut? | Perkataan masa dan kini membawa maksud yang berbeza, masa bermaksud waktu atau ketika, manakala kini bermaksud sekarang ini, waktu ini. Justeru, frasa "masa kini" adalah betul dan tidak mempunyai unsur lewah dari segi maksudnya. | Tatabahasa | 09.10.2007 |
saya ingin bertanya mengenai penggunaan frasa 'pada masa kini' dan 'pada masa ini'. adakah penggunaan 'pada' tidak boleh digunakan sekiranya menggunakan kata 'kini'.sebaliknya hanya 'pada masa ini'. manakala 'kini' digunakan untuk 'masa kini' tanpa ada kata 'pada'. apa perbezaan antara 'pada masa kini', 'pada masa ini' dan 'masa ini'. bolehkah 'masa ini' berfungsi sebagai kata pangkal ayat?gramatis ke penggunaannya? | Yang lebih gramatis ialah "pada masa kini". | Tatabahasa | 04.10.2007 |
MASA KINI / MASA INI/ KINI SEMASA KE SEMASA / MASA KE SEMASA HAL INI / INI | Ungkapan yang betul ialah masa kini dan dari masa ke masa atau semasa ke semasa. | Tatabahasa | 11.12.2007 |
Salam... saya dah cuba buat carian di laman web pihak tuan tapi tak jumpa cara ejaan yg tepat... utk perkataan berikut sama ada dieja rapat atau jarak: 1.dikemas kini /dikemaskini? 2.mengemas kini / mengemaskini? 3.pengemaskinian? ( wujud ke ayat tu). Terima kasih | Ejaan yang betul ialah dikemas kini, mengemas kini dan pengemaskinian. Perkataan kemas kini apabila menerima imbuhan pada awal atau akhir perkataan sahaja, ejaannya dua perkataan dan apabila menerima imbuhan pada awal dan akhirnya seperti pe-...-an dalam pengemaskinian baharulah dieja satu perkataan. | Ejaan | 22.11.2012 |
PENGGUNAAN HINGGA KE MASA KINI ATAU HINGGA KINI | Jawapan yang betul ialah hingga kini. | Lain-lain | 10.08.2010 |
Apakah penggunaan yang betul sama ada sehingga kini atau hingga kini. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); maka penggunaan yang betul ialah sehingga kini | Tatabahasa | 27.12.2016 |
Salam, A. inginkan pengesahan ejaan berikut sama ada ditulis rapat atau jarak. 1.mengemaskini, 2.kemas kini, 3 mengubahsuai. B. Apa beza maksud 'pernyataan' dan 'penyataan'. Bila ia sesuai digunakan (terutama dalam soalan). Cthnya... 'dari pernyataan/penyataan berikut, nyatakan manakah yang benar?' | 1.mengemaskini = mengemas kini 2.kemas kini= kemas kini 3 mengubahsuai= mengubah suai Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Penyataan pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain). | Tatabahasa | 31.10.2012 |
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran adalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan. | Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan mempunyai bumbung atau sebaliknya. Kami mencadangkan bagi kawasan mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung. | Makna | 09.05.2019 |