Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kios] | کيوس

Definisi : pondok kecil tempat menjual rokok, surat khabar, dll: buku-buku dan majalah-majalah dapat dibeli di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kios


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa khabar, Mengapakah perkataan kiosk digugurkan k terakhirnya dalam ejaan bahasa melayu iaitu kios? Adakah DBP mempunyai sebab menggunakan ejaan tersebut dalam kamus dewan? Setahu saya, ejaan perkataan asing sebolehnya dikekalkan seperti perkataan standard (bukannya standar atau standad). Mohon penjelasan.Untuk makluman tuan, kata asing yang diserap dalam Bahasa Melayu disesuaikan bentuk ejaannya mengikut ejaan Bahasa Melayu, seperti kios (asalnya kiosk) dan stok (stock).Lain-lain02.10.2017
Mohon menyemak ejaan sign board kios di dalam pusat pembeli belah IOI City Mall Putrajaya

Ejaan yang digunakan pada visual papan iklan adalah betul.

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktihkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Lain-lain31.10.2022
Memerlukan peengesahan bahasa dari pihak DBP untuk permohonon lesen iklan papan tanda dari DBKL: "KIOS MAKANAN RINGAN"Untuk pengesahan iklan, tuan/puan boleh merujuk di laman web ini iklan/">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/
Terima kasih
Lain-lain22.03.2017
adakah perkataan kiosk (food kiosk) ada dalam istilah bahasa melayu?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan kiosk ialah kios, iaitu pondok kecil tempat menjual rokok, surat khabar, makanan dan lain-lain.Lain-lain29.05.2010
Info Kiosk diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia (digunakan di paparan info digital di cawangan)Info kiosk boleh diterjemahkan sebagai kios maklumat atau pondok maklumat.Istilah22.09.2011
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, bagaimanakah 'photo booth' diujarkan dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Salam sejahtera,

Photo booth dicadangkan diterjemakan dalam bahasa Melayu sebagai Kios Foto.
Penyemakan dan penterjemahan29.07.2015
Saya ingin pengesahan bahasa di dalam banner kiosk saya bagi tujuan kelulusan Majlis Prebandaran.Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya KIOS MAKANAN DAN MINUMAN dan betulkan ejaan jawi   کيوس . Nama premis perniagaan perlulah sama dengan nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jika ingin menggunakan nama yang lain, sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan maksud yang baik.  

Lain-lain11.10.2021
Perkataan jawi untuk 1) KEDAI LOGAM 2) KIOSK MAKAN DAN MINUMAN

Konteks yang sebenar ialah KEDAI BARANGAN LOGAM. Tulisan jawinya seperti yang berikut: کداي بارڠن لوݢم

Ejaan jawi bagi KIOS MAKANAN DAN MINUMAN ialah

کيوس ماکنن دان مينومن

 

   

 

Ejaan15.08.2019
Assalamualaikum tuan. Pengunaan 'majlis' yang merujuk kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya, adakah perlu huruf besar? Contohnya "anda tidak dibenarkan berniaga tanpa kebenaran Majlis" Yang kedua, Kiosk Taman Medan adalah nama khas jadi adakah ejaan kiosk itu boleh diterima sebagai betul kerana kios itu digabungkan dengan kata nama khas Taman Medan?Jika menulis majlis sahaja sewajarnya dieja dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun ada cara untuk kita menulisnya dengan huruf besar, iaitu dengan memaklumkan dalam ayat pertama ... Majlis Bandaraya Petaling Jaya (selepas ini disebut sebagai Majlis) ... maka selepasnya hanya dieja dengan Majlis dan penggunaan ini haruslah tekal dalam keseluruhan wacana. Jika telah didaftarkan sebagai Kiosk Taman Medan, maka ejaan tersebut diterima.
Ejaan24.07.2012
Apakah penggunaan perkataan yang betul untuk digunakan sebagai tanda pagar atau untuk siaran media sosial dan 'photo booth'? Saya telah divaksin. Saya telah divaksinasi. Saya telah mendapat vaksin. Apakah terjemahan yang betul untuk 'photo booth'? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya telah divaksinasi" atau "Saya telah mendapat vaksin". Cadangan terjemahan yang sesuai bagi photo booth ialah reruai foto atau kios fotoMakna06.07.2021

Kembali ke atas