Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
asal usul perkataan kira dan maksud perkataan kiraPerkataan 'kira' berasal daripada kata Melayu asli, iaitu 'kira-kira'. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kira bermaksud 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka; 2. fikir, rasa, anggap; 3. taksiran, hitung; 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran; dan 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah merujuk Kamus Dewan Edisi Kempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna05.01.2007
tolong betulkan ayat ini. 1. Pegawai Pemagang Kira-Kira. 2. dijalankan.Soalan saudara tidak jelas, kedua-dua soalan yang dinomborkan bukanlah ayat yang lengkap hanya pembetulan yang dapat dibuat dalam ejaan Pemegang (bukan Pemagang).Tatabahasa19.02.2013
Salam sejahtera, 1) Tugas angkatan tentera "ialah" menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh negara. 2) Panjang sari ini "adalah" kira-kira enam meter. Pertanyaan: Adakah penggunaan "ialah" dan "adalah" dalam ayat-ayat di atas betul? Kalau tidak, sila cadangkan ayat yang gramatis. Terima Kasih.Salam sejahtera,

Ayat gramatis bagi kedua-dua ayat tersebut:

1. Tugas angkatan tentera adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh.
2. Panjang sari ini kira-kira enam meter.
Tatabahasa19.04.2016
yang mana satu betul? 1. mengambilkira/mengambil kira 2. ambil kira/ ambilkira 3. tingkahlaku/tingkah laku 4. selok-belok/selok belok 5. vandalisme/vandalisma 6. bersangkut-paut/bersangkut pautEjaan yang betul ialah (1) mengambil kira; (2) ambil kira; (3) tingkah laku; (4) selok-belok; (5) vandalisme; (6) bersangkut paut.Ejaan22.08.2014
Tuan, Saya keliru dengan penggunaan Pada dan Di. Petikan contoh-contoh dari akhbar yang mencatatkan frasa berikut: 1. Pada majlis tersebut, 2. Kira-kira 3,000 orang hadir pada majlis itu. 3. Pada peringkat akar umbi. Bolehkah gunakan Di dalam kesemua contoh di atas.kata sendi di boleh digunakan dalam kesemua contoh ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun masyarakat cenderung menggunakan kata pada dalam ayat-ayat tersebut yang dianggap lebih sesuai kerana kata sendi di pada kebiasaannya digunakan untuk menunjukkan tempat.Tatabahasa21.10.2007
Apakah maksud ayam pedaging?Adakah sama maksud dengan ayam daging? Yang manakah betul 1) Saya menternak ayam pedaging? 2) Saya menternak ayam daging?Ayam Pedaging ialah ayam yang dipelihara untuk menghasilkan daging. Tempoh pemeliharaannya lebih kurang enam minggu supaya berat badannya mencapai kira-kira 2 kg. Biasanya ayam ini terdiri daripada baka kacukan yang boleh memberi hasil pertumbuhan yang tinggi apabila diberi makanan yang diformulasi khusus.

Yang betul Ayam Pegaging.
Makna07.05.2015
apakah perbezaan antara "setengah " dengan "separuh"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah.Istilah04.08.2010
Bermula pada tahun 1985, apabila sebuah puisi saya terbit dalam sebuah akhbar, saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif. 1) Adakah susunan ayat 'saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif' membawa apa-apa maksud dan difahami maksudnya? 2) Apakah maksud perkataan 'BERKREATIF' dan boleh digunakan dengan menggantikan sebagai "BERKARYA"? 3) Sekiranya saya mahu gantikan ayat di atas íaitu 'saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif', apakah ayat yang lebih sesuai untuk menggantikannya?Ayat "saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif" tidak tepat.  Ayat ini boleh dibaiki seperti :  "saya berkira-kira sudah 30 tahun saya berkarya/menulis."Karya31.05.2016
Salam, Apakah maksud kredit?dari segi bahasa penggunaan.Kredit bermaksud 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); dan 3. butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) yang dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira.Lain-lain19.11.2009
Assalamualaikum Apakah yang membezakan kampung dan perkampungan. Penduduk perkampungan itu @ penduduk kampung itu. Yang mana betul.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, perkampungan 1. mengenai (berkaitan dengan) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan.

Manakala kampung pula bermaksud  kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dari Kuala Lumpur;  2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu;

Berdasarkan takrif tersebut, kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama. Frasa penduduk kampung dan penduduk perkampungan itu boleh digunakan.
Tatabahasa16.10.2013
12345

Kembali ke atas