Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ra.ki.ra] | کيرا٢

Definisi : 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ra.ki.ra] | کيرا٢

Definisi : 1 lebih kurang: Kami tiba di sana ~ pd pukul empat petang. 2 = ilmu ~ ilmu hitung-menghitung; ilmu hisab: ~ campur (tolak, darab, bahagi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,

Puisi
 

Tidak dapat dikira-kira,
     Air mata jatuh segera;
Karam di laut angin di udara,
     Karam di hati kerana cinta.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Gamak-gamak seperti menyambal.

Bermaksud :

Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Adakah perlu digunakan kata pemeri 'ialah' atau 'adalah' di hadapan perkataan 'kira-kira'? Sila rujuk ayat di bawah. Masa yang diperuntukkan adalah kira-kira dua jam. Tinggi bangunan itu ialah kira-kira 185 meter. Terima kasih.Masa yang diperuntukkan ialah kira-kira dua jam. Tinggi bangunan itu ialah kira-kira 185 meter.Tatabahasa12.06.2015
Adakah perkataan "gambar rajah" pangkal hurufnya ditulis dalam huruf besar? Yang manakah yang betul, no 1 atau no 2? 1) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (gambar rajah 4.9b) 2) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b)Ejaan yang betul ialah: Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b).
Ejaan09.05.2024
Salam sejahtera. Adakah frasa berikut betul atau salah? 1. menikmati keriangan berkelah 2. menghayati masa keriangan bersama-sama. Yang mana satukah betul? 1. Kami(subjek) tiba(kata kerja) di destinasi(frasa keterangan tempat) kira-kira pukul sembilan pagi(frasa keterangan masa) ATAU 2. Kami(subjek) tiba di destinasi(frasa kata kerja) kira-kira pukul sembilan pagi(frasa keterangan masa) Sekiranya salah, apakah frasa yang betul? Terima kasih:)1. Frasa yang betul ialah "menikmati keriangan perkelahan" dan "menghayati masa riang bersama-sama".

2. Kami (frasa nama) tiba di destinasi (frasa kerja) kira-kira pukul sembilan pagi (frasa keterangan). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, dalam tajuk Proses Penerbitan Ayat, muka surat 531 -581.
Tatabahasa15.05.2024
Salam sejahtera, 1) Tugas angkatan tentera "ialah" menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh negara. 2) Panjang sari ini "adalah" kira-kira enam meter. Pertanyaan: Adakah penggunaan "ialah" dan "adalah" dalam ayat-ayat di atas betul? Kalau tidak, sila cadangkan ayat yang gramatis. Terima Kasih.Salam sejahtera,

Ayat gramatis bagi kedua-dua ayat tersebut:

1. Tugas angkatan tentera adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh.
2. Panjang sari ini kira-kira enam meter.
Tatabahasa19.04.2016
tolong betulkan ayat ini. 1. Pegawai Pemagang Kira-Kira. 2. dijalankan.Soalan saudara tidak jelas, kedua-dua soalan yang dinomborkan bukanlah ayat yang lengkap hanya pembetulan yang dapat dibuat dalam ejaan Pemegang (bukan Pemagang).Tatabahasa19.02.2013
Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri. dari atau daripada yang lebih sesuai dalam ayat di atas?Penggunaan kata sendi "dari" dan "daripada" dalam ayat tersebut adalah betul. Tatabahasa06.11.2020
Penghurufan "poin"Saiz atau ukuran (huruf dan sebagainya) kira-kira 0.35 mmLain-lain26.11.2013
Sudah lama saya tidak pulang ke kampung, (entah-entah/lama-lama/kira-kira) dia sudah tidak tinggal di situ lagi. Bolehkah memberi maksud serta penggunaan frasa-frasa tersebut? Terima kasih!
Penggunaan yang betul ialah entah-entah. Entah-entah membawa maksud kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan.
Tatabahasa29.04.2021
Assalam, Saya sedang menggunakan Korpus DBP ( Penyelidik ) sejak pagi tadi. Namun selepas kira-kira jam 12 tengahari saya tidak dapat mengakses Korpus DBP sehingga kini..mohon jasa baik pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini kerana saya amat memerlukan maklumat dari Korpus DBP ini untuk kajian saya. Sekian, terima kasih.Aduan tuan telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem maklumat, DBP untuk tindakan selanjutnya. Kami berharap tuan boleh mengakses semula Korpus DBP dengan kadar yang segera.Lain-lain10.03.2015
Adakah kata sendi "pada" mesti wujud dalam ayat berikut? Agama Kristian bermula kira-kira PADA 2 000 tahun yang lampau. Terima kasih.Tidak perlu kata sendi nama 'pada' dalam ayat tersebut.Tatabahasa19.05.2011
12345678910...

Kembali ke atas