Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ra.an] | کيراءن

Definisi : hasil mengira, hitung­an, perhitungan: segala ukuran dibuat mengikut ~ inci; barang-barang yg tersimpan di dalamnya menurut ~ saya lebih banyak drpd yg terdapat di Muzium Negara; ~ kasar hitungan kasar (tidak terperinci); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ra.an] | کيراءن

Definisi : pertimbangan, perhitungan, taksiran: menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan; belakang ~ bp nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (per­hitungan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ra.an] | کيراءن

Definisi : 1 hasil mengira; cara mengira mengikut kaedah tertentu; hitungan: Ukuran itu dibuat mengikut ~ kaki. 2 taksiran (bkn baik buruknya); pertimbangan: Pd ~nya, anak itu sudah cukup besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah untuk menterjemah "foot traffic" bagi kiraan pelanggan yang masuk ke kedai? Bolehkah diterjemah sebagai kiraan pelanggan sahaja?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud 'traffic' ialah trafik yang bermaksud lalu lintas (kereta, kapal terbang, dan lain-lainl). Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'foot traffic' ialah trafik pelangganMakna09.07.2020
Salam tuan, saya ingin tahu yang mana tepat bagi satu jam suku atau satu suku jam Terima kasih.Frasa yang betul ialah "satu suku jam", iaitu jumlah kiraan dan diikuti dengan unit.Tatabahasa18.06.2017
Salam sejahtera, Saya kini sedang belajar sejarah bahasa Melayu di universiti saya. Saya agak keliru dengan pengunaan tarikh Masihi berbanding dengan abad. Contohnya, sebuah batu bersurat dijumpai di Kuala Berang yang bertarikh 1303 Masihi. Abad ini juga dikenali sebagai abad ke-14. Setahu saya, seabad mengandungi 100 tahun. Mengikut kiraan, bukankah abad itu sepatutnya dikenali sebagai abad ke-13? Saya berharap tuan/puan dapat menyelesaikan kemusykilan saya. Sekian terima kasih. Yang benar, Brian KumarKiraan abad bermula dari tahun 1 - 100 = abad pertama, 101 - 200 = abad ke-2, 201 - 300 = abad ke-3 dan begitulah seterusnya hingga tahun 1301 - 1400 = abad ke-14.Lain-lain11.11.2010
apakah perbezaan antara perkataan kolej tiga belas dan kolej ketiga belas. manakah antara kedua-dua ini dianggap sebagai kata nama?Kolej Ketiga Belas ialah nama kolej tersebut. Manakalah kolej ke tiga belas atau kolej ke-13 ialah kolej mengikut kiraan sebelas kolej yang ke-12. Untuk makluman juga, dicadangkan agar kolej yang ke tiga belas tidak dieja tetapi menggunakan angka. Kolej ke-13. Harap maklum.Tatabahasa10.07.2008
asal usul perkataan kira dan maksud perkataan kiraPerkataan 'kira' berasal daripada kata Melayu asli, iaitu 'kira-kira'. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kira bermaksud 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka; 2. fikir, rasa, anggap; 3. taksiran, hitung; 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran; dan 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah merujuk Kamus Dewan Edisi Kempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna05.01.2007
Salam 1Malaysia, saya memohon bantuan membina ayat yang paling sesuai untuk pernyataan dibawah: Berikutnya, min kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah M=25.81 dan M=21.32 masing-masing. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, min kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing- masing M=100.85 dan M=92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid. terima kasihBerikutnya, minimum kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 25.81 dan 21.32. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, minimum kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 100.85 dan 92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid.Tatabahasa14.02.2015
Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain.1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Tatabahasa30.04.2009
Assalamualaikum. Boleh saya tahu adakah betul jika hari ini Ahad, 26.3.2023, dan saya merujuk kepada Isnin, 27.3.2023 (esok) sebagai minggu depan/hadapan? Adakah jarak masa yang dekat antara Ahad dan Isnin menjadikan frasa "minggu depan" membawa maksud minggu seterusnya (3.4.2023 - 9.4.2023)? Terima kasih.Apabila merujuk mingguan, setiap tujuh hari genap seminggu dan tujuh hari berikutnya ialah minggu seterusnya. Dalam konteks kiraan mingguan ini, hari terakhir minggu pertama dan hari pertama minggu seterusnya ialah minggu yang berbeza, walaupun selang masa hanya 24 jam.Lain-lain27.03.2023
Frasa 1 atau 2 di bawah merupakan frasa yang betul? 1) dua setengah jam 2) dua jam setengah Menurut laman web DBP, frasa yang betul ialah frasa 1. Namun demikian, guru Bahasa Melayu saya mengatakan bahawa frasa 2 yang betul. Saya berharap agar kekeliruan ini yang wujud dalam diri saya dapat dihapuskan selama-lamanya.Frasa yang betul ialah dua setengah jam, iaitu kiraan/nombor (dua setengah) dahulu, barulah diikuti unit (jam).Tatabahasa05.01.2015
Dalam pengurusan akademik di sekolah, terdapat istilah Headcount, Take Off Value (TOV), Expected Target Result (ETR), Operational Target Increment (OTI) dan Actual Result (AR) seperti penerangan di pautan berikut: https://skrajabahar.wordpress.com/2017/11/12/penting-sangat-ke-tov-etr-dan-oti-tu/ Soalan saya, pakah istilah bahasa melayu paling tepat untuk menggantikan istilah istilah berikut 1. Headcount 2. Take Off Value 3. Expected Target Result 4. Operational Target Increment 5. Actual ResultKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. Headcount : kiraan kepala 

2. Take Off Value : nilai pengasingan

3. Expected Target Result : keputusan/hasil sasaran jangkaan

4. Operational Target Increment : kenaikan sasaran operasi

5. Actual Result : keputusan/hasil sebenar

Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. 
Istilah21.02.2021
12

Kembali ke atas