Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pd anggapannya (sangkanya): ~ orang tidak tahu kecurangan yg dilakukannya; 2. hendaknya, semoga, mudah-mu­dahan: barang dilanjutkan Allah Taala ~ umur Duli Yang di-Pertuan; 3. = jika (kalau) ~ = sekiranya kalau, kalau-kalau, seandai­nya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? 4. barangkali, agaknya, rasanya, rupanya: dilambaikannya tangannya, dgn segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas; Oh, karya As ~! 5. alih-­alih, rupa-rupanya: kujangka sudah banyak yg ada di sana, ~ aku yg pertama tiba; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 hendaknya; mudah-mudahan; agar: Sudilah ~ tuan datang ke pondok kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,

Peribahasa

Didukung disangka orang sakit,
     kiranya orang kekenyangan.

Bermaksud :

Menolong orang tidak pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, sukacita kiranya dapat bantu mengenai pemilihan tema untuk penganjuran kempen kesihatan antara "Budayakan Hidup Sihat" atau "Membudayakan Hidup Sihat"? Mana satu yang sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih.Slogan "Budayakan Hidup Sihat" lebih tepat kerana kata kerja 'budayakan' menjadikan ayat tersebut sebagai ayat suruhan dan ayat ayat suruhan lebih berkesan dalam  wacana ini.Tatabahasa28.03.2011
Salam. Mohon kiranya pihak tuan/puan dapat menjawab persoalan saya. 1. Apakah kriteria bagi pelantikan pewasit bagi jurnal? 2. Bagaimana dengan tempoh lantikan bagi pewasit? 3. Adakah formula tertentu digunakan bagi pembayaran kepada pewasit? (dibayar mengikut helaian artikel atau berdasarkan judul) 4. Apakah yang dimaksudkan dengan high impact factor bagi jurnal?

1. Pewasit memiliki ilmu atau kelayakan yang lebih tinggi daripada penulis makalah

2. Tempoh lantikan pewasit mengikut kerja penilaian; sekali lantik untuk satu penilaian

3. Kadar bayaran RM200 untuk setiap makalah yang dinilai

 

Lain-lain11.03.2009
1. Contoh Ayat: Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbang dan meluluskan syor di atas. Mengapa kita perlu menggunakan perkataan 'menimbang dan meluluskan' tetapi bukan 'menimbangkan dan meluluskan'? Saya perlukan penjelaskan kenapa imbuhan 'kan' untuk katakerja yang pertama (menimbang) digugurkan. 2. Sila komen ayat berikut: Dalam usaha menambahbaik amalan 5S.....Dalam usaha ke arah penambahbaikan amalan 5S....ayat yang mana lebih sesuai? Betulkan penggunaan perkataan menambahbaik tersebut? 3. Perkataan penambahbaikan dirapatkan kerana ia diapit oleh imbuhan pe dan kan...bagaimana pula dengan perkataan menambahbaik atau menambah baik? 4. Apakah perbezaan perkataan PERLAKSANAAN dan PELAKSANAAN? 5. Adakan perkataan PERLANTIKAN dan PELANTIKAN juga mempunyai maksud yang berbeza? 6. Bagaimana pula dengan perkataan PERLETAKAN JAWATAN atau PELETAKAN JAWATAN.

Jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Imbuhan 'kan' digugurkan bagi perkataan menimbang dalam ayat tersebut kerana ayat yang menerima imbuhan 'kan' ialah kata kerja transitif, iaitu memerlukan objek atau penyambut dalam ayat. Contoh ayat, Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbangkan syor di atas. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196.

2. Ayat yang betul ialah Dalam usaha menambah baik amalan 5S.....

3. Perkataan menambah baik boleh digunakan dan dieja dua perkataan kerana menerima satu imbuhan, iaitu 'me...'  pada kata dasar tambah baik, manakala perkataan penambahbaikan dieja satu perkataan kerana menerima kata kerja berapitan, iaitu 'pe...an'.

4. Perlaksanaan bermaksud hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Pelaksanaan pula ialah perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.

5. Perkataan yang tepat ialah pelantikan, iaitu kata dasar lantik menjadi melantik( perbuatan) dan pelantikan (perihal melantik), dan peletakan jawatan, iaitu orang yang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya.

 

Tatabahasa04.04.2010
Assalam. boleh kah kiranya saya menggunakan KESAHIHAN bagi menggantikan "VALIDITY" untuk kontks ayat : 'Kepentingan perlaksanaan ujina rintis (Pilot sudy) untuk mendapatkan "validity of " soalan-soalan dalam borang soal selidik ?Istilah kesahihan ialah padanan bahasa Melayu yang betul untuk "validity". Walau bagaimanapun, kami berpendapat perkataan"mendapatkan" dalam ayat tersebut kurang tepat. Perkataan yang lebih sesuai ialah "menentukan" . (...untuk menentukan kesahihan soalan-soalan...)Istilah31.05.2016
Assalamualaikum Tetuan DBP Sukacitalah kiranya saya mengetahui status judul yang disertakan : No Rujukan 452 Tahun Terima 2015 Tarikh Daftar 03/07/2015 Judul KLIK E-DAGANG UNTUK SEMUA Status PRACETAK Tarikh Status Terkini 21/12/2018 Penulis NUR ALIYAH BINTI AZIZI /Azizi Ahmad Maklumat Editor NOOR ZULAIKHA BINTI ALAN ZAMIRZA zulaikha@dbp.gov.my 03-21479448 Adakah ianya masih distatuskan sebagai 'pra-cetak' ? Harap maklum, wasalam.Salam saudara budiman,

Berhubung soalan saudara, Editor Bahagian Buku Umum, Puan Zulaikha binti Alan Zamirza, telah menjawab e-mel tersebut kepada pihak tuan. sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Zulikha selanjutnya.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.

Lain-lain16.02.2020
Assalamualaikum Tuan Uzair Sukacitalah kiranya jika saya dapat mengetahui status Panduan Asas E-Dagang seperti yang telah diserahkan kepada pihak tuan. Sehingga hari ini kami masih belum mendapat sebarang khabar mengenai perkara diatas. Perhatian dan kerjasama tuan amatlah kami hargai. Wasalam. Bil No Rujukan Tahun Terima Tarikh Daftar Judul Status Tarikh Status Terkini Penulis Maklumat Editor 1 452 2015 03/07/2015 PANDUAN ASAS E-DAGANG PEMBINAAN 03/07/2015 NUR ALIYAH BINTI AZIZI MOHD 'UDZAIR BIN DEPANAIK udzair@dbp.gov.my 03-21479741 Untuk makluman, saya adalah penulis bersama dengan Puan Nur Aliyah Azizi. Harpa maklum. Terima kasihW'salam.

Dengan hormatnya pertanyaan tuan dirujuk. Saya berikan nombor telefon En Uzair 03-2147 9741 bagi tuan  berhubung terus dengannya bagi bertanyaakan tentang perkembangan mansukrip tuan. Sekian, terima kasih.
Lain-lain17.10.2016
Assalamualaikum. Saya ingin tahu kiranya ada jabatan yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan tulisan jawi dimana mereka mempunyai format-format atau peraturan-peraturan tertentu untuk penerbitan didalam tulisan jawi. Diharap tuan dapat menasihati saya dalam hal ini. Terima kasih.

DBP ada menerbitkan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu yang menyentuh tentang ejaan Jawi dalam Bab Tiga "Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Di dalamnya terkandung latar belakang, tulisan, penulisan, pelambangan, pengejaan kata dasar/ kata serapan (Arab/Inggeris), kekecualian, penulisan kata terbitan/ kata sendi/ kata ganti, partikel, gabungan kata, akronim dan singkatan. Selain itu, DBP juga menerbitkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2 jilid).

Saudara juga digalakkan menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang hal ini.

Ejaan25.02.2009
As salamualaikom & selamat ptg, kalau tak keberatan dpt kiranya pihak tuan reply mana ejaan yg betul:- 1.Ulu Klang 2.Ulu Kelang 3.Hulu Kelang. Teima kasihSaudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.myLain-lain09.10.2013
saya bertanyakan mengenai loghat(bahasa dialek) nak dapatkan rujukan, dapatlah kiranya pihak tuan membantuTerima kasih kerana menggunakan perkhidmatan khidmat nasihat bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika saudara memerlukan maklumat berkaitan bahan (loghat ) - dialek, saudara boleh mengunjungi laman web DBP (www.dbp.gov.my) dan terus ke perkhidmatan menu utama dan saudara boleh klik pada katalog awam dalam talian serta mendapatkan maklumat berkaitan bahan yang diperlukan. Terdapat banyak paparan berkaitan loghat atau dialek yang diperlukan. Terima kasih sekali lagi kerana menggunakan KNB DBP.Lain-lain08.11.2006
AlhamduLILLAH, Berbanyak terima kasih ... maafkan saya menggunakan Bahasa Melayu yang longgar ... begitulah kiranya saya menhayati bahasa ibunda ini online ... Bertanya lagi ... apakah boleh kita terjemahkan LEADING sebagai MERAJU Jadinya LEADING LEARNING - MERAJU PEMBELAJARAN Apa pula bunyinya jikalau saya terjemahkan begini: Learning engagement - Keterlibatan pembelajaran Learning disengagement - Ketidakterlibatan pembelajaran Sekali lagi memohon maklumbalas dan berbanyak terima kasih hjhmisna * saya telah kemukakan persoalan di atas melalui emel ... mungkin di sini sepatutnya saya panjangkan ... terima kasihUntuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Perkataan "meraju" tidak ada dalam bahasa Melayu. Perkataan meneraju pembelajaran, keterlibatan pembelajaran dan ketidakterlibatan/ketakterlibatan pembelajaran adalah betul dan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep dan konteks penggunaan.Istilah30.11.2012
1234

Kembali ke atas