1.ke kiri dan kanan atau ke kiri dan ke kanan ? 2.di luar dan dalam atau di luar dan di dalam ? | Jawapan yang betul ialah ke kiri dan ke kanan, di luar dan di dalam. | Lain-lain | 04.05.2010 |
Yang manakah betul? 1. Saya membelok ke kiri. 2. Saya belok ke kiri | Ayat yang gramatis ialah saya membelok ke kiri. | Tatabahasa | 24.07.2012 |
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita. | 1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul? 2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan. 3. Ya. 4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari. 5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah. 6. Kedua-dua ibu bapa. 7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-... sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008. 8. Kedua-duanya betul. 9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. | Lain-lain | 20.12.2008 |
1. Bagaimana ejaan sebenar singkatan/gelaran Yang Berbahagia? YBhg / Y.Bhg. / YBhg. / Ybhg. / YBHG. Sekian. Nota: "Sekiranya saudara ingin .... klik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri." <-- Tuan, tiada menu Carian Kata pada sebelah kiri. | Ejaan yang betul ialah YBhg. | Ejaan | 10.11.2011 |
1. memberi dorongan / memberikan dorongan 2. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada kita/ Membaca mendatangkan banyak faedah kepada kita. 3. Apabila tiba di / ke lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. 4. Kita harus sentiasa berjaga-jaga demi menjaga keselamatan kita/ keselamatan kita. | Berikut ialah jawapan yang betul: 1. Memberikan dorongan tetapi perlu ditambah kepada siapa. 2. Kedua-duanya betul. 3. Apabila tiba di lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas (telah tiba, gunakan "di"). 4. Kita harus berjaga-jaga demi keselamatan kita. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
1. Dalam menulis minit mesyuarat rasmi, bahagian TINDAKAN ditulis disebelah kanan atau kiri? 2. Tolong emelkan kpd saya contoh minit mesyuarat yang terkini | Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Contoh minit mesyuarat akan dihantar dalam tempoh terdekat. | Lain-lain | 18.01.2010 |
A'kum dan salam sejahtera, saya inginkan definisi bagi perkataan-perkataan berikut: 1. "lasykar" 2. "askar-lasykar" 3. "askar-laskar" 4. "bintara" 5. "bentara" kerjasama dan tindakan susulan didahului dengan ribuan terima kasih... | 1. lasykar bermaksud askar dalam Kamus Dewan Edisi Keempat 2. "askar-lasykar" 3. "askar-laskar" - tiada dalam data
Bintara: Id pegawai rendah (tentera). Bentara: 1. sl pesuruh raja (yg menyampaikan titah atau membawa alat kerajaan); ~ dewan pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm dewan; ~ kanan bentara yg berdiri di kanan raja; ~ kiri bentara yg berdiri di kiri raja; ~ mahkamah pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm mahkamah; 2. Id pegawai tidak bertauliah (tentera). | Lain-lain | 24.07.2009 |
Assalamualaiikum! 1. Dalam penulisan minit mesyuarat, TINDAKAN patut ditulis di bahagian mana (ada yang tulius di kiri / kanan di bawah pernyataan dan ada yang tulis di dalam petak sebelah kanan . mana satukah yang betul? 2. Pohon diberikan contoh format penulisan minit mesyuarat yang betul | 1. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh institusi atau organisasi masing-masing. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. 2. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 12.05.2010 |
1.adakah papan tanda perniagaan boleh menggunakan selain daripada bahasa melayu? 2.apakah syarat-syarat penggunaan papan tanda perniagaan? | Puan Ashura, i. Visual iklan hendaklah dalam bahasa Melayu sama ada dengan sendirinya atau bersama-sama bahasa lain. ii. Perkataan dan huruf dalam bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dari segi warnanya di suatu kedudukan yang lebih jelas dan bersaiz lebih besar. iii. Kedudukan bahasa Melayu hendaklah di sebelah atas kiri atau tengah. Untuk keterangan lanjut tentang syarat-syarat permohonan iklan papan tanda sila hubungi Jabatan Pelesenan, Dewan Bandaraya kuala Lumpur, no. tel. 03-26176000. | Lain-lain | 01.06.2010 |
Bagaimana hendak membuat nota kaki? | Nota yang dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga | Ejaan | 09.08.2006 |