Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.si] | کيسي

Definisi : ; kisi-kisi 1. batang-batang drpd kayu atau logam (besi dll) yg dipasang berdiri (pd tingkap dll), jeruji, terali, kekisi: penjara yg ada sekarang ini berpuluh-puluh jendelanya, dan ~nya semuanya drpd besi; 2. palang (drpd kayu dll) yg menghubungkan gandar (pusat) roda dgn lingkarannya; 3. celah (pintu dll); berkisi 1. = berkisi-kisi memakai (mem­punyai) kisi-kisi: setiap tingkap rumah itu ~; 2. = ~ kpd bertumpu (berpusat) pd. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.si] | کيسي

Definisi : ; ular ~ sj ular kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.si] | کيسي

Definisi : ; kisi-kisi, kekisi kayu, besi dsb yg dipasangkan tegak pd tingkap, tepi tangga dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kisi

Puisi
 

Ikan kisi ikan gelama,
     Pucuk pelampan bertaruk muda;
Tuan pergi janganlah lama,
     Dapat tumpang baliklah juga.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'kekisi dan tetupai? Tolong berikan contoh ayat.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kekisi" bermaksud 1. jeruji, terli, kisi-kisi 2. (kim) susunan atom, ion atau molekul dalam tiga dimensi yang tetap, seperti yang terdapat dalam hablur. Sementara "tetupai" pula bermaksud "tupai-tupai" iaitu kepingan kayu, logam dan lain-lain  untuk menyokong, menyambung atau mengukuhkan sambungan, biasanya digunakan dalam pembinaan rumah dll.Makna05.08.2014
Perkataan jejari bolehkah digunakan untuk jejari tangan?

Jejari tidak boleh digunakan untuk jejari tangan. Jejari ialah 1. jari-jari kisi-kisi pada pintu atau pada jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu



yang dipasang dari pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dari pusat bulatan ke lilitannya.




Bagi menggandakan perkataan jari yang menunjukkan banyak jari, jari-jemari boleh digunakan.

Tatabahasa10.05.2013
Assalamualaikum, Geriji dan jeriji adakan objek yang sama? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, hanya terdapat perkataan jeriji. Jeriji ialah kisi-kisi. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jeriji untuk lebih lanjut.Tatabahasa29.03.2013
1. Pepohon buluh? 2. Jejari tingkap itu sudah berpaku. (adakah ayat ini betul?)Pepohon bermakna pohon-pohon.
Ayat jejari tingkap itu sudah berpaku adalah betul.  Jejari bermasud kisi-kisi pada jendela.
Lain-lain22.07.2014

Kembali ke atas