Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.tar] | کيتر

Definisi : ; ~ semula kitaran semula; sekitar 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan; sekitaran keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya; persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya; berkitar berkisar, berpusing, berputar (bkn roda dll), beredar (spt bumi di keliling matahari); bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet; mengitar 1. = mengitar-ngitar berkisar(­kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar­ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar­-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah; 4. = mengitari mengelilingi, mengedari: ia bangkit lagi dan berjalan ~ lantai yg dilapisi permaidani; memandu kereta ~ bandar; mengitari bergerak berkeliling (sesuatu), mengedari; mengitarkan menjadikan berkitar, memu­tarkan, mengisarkan: ~ enjin; terkitar-kitar berputar-putar, berpusing­-pusing; kitaran gerakan berkitar, kisaran; ~ hidup (Bio) beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat per­senyawaan ovum pd generasi seterusnya; ~ semula benda (spt surat khabar, botol kaca) yg diproses supaya dapat digunakan semula; perkitaran peredaran, perkisaran, perpusingan; pengitaran pemutaran, pemusingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : Mn; mengitarkan, memperkitar­kan menolakkan (menyorongkan) ke tepi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : Tr berikhtiar, berusaha (utk mendapat sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : ; ~ semula kaedah atau teknik memproses bahan spt tin, botol, kertas yg telah digunakan supaya dpt digunakan semula: ~ semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dpt digunakan kembali. berkitar berputar atau berpusing spt roda; beredar spt bumi mengelilingi matahari. mengitari berada, beredar atau bergerak di keliling sesuatu; mengelilingi: Burung helang terbang ~ kawasan itu. Pagar duri ~ kem tahanan tsb. mengitarkan membawa atau menggerakkan supaya berkitar: ~ mesin. kitaran gerakan yg berputar atau berpusing. ~ hidup ist beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan hinggalah ke peringkat matang, dst ke peringkat persenyawaan pd generasi seterusnya. perkitaran perbuatan atau hal berkitar; peredaran. pengitaran perbuatan (hal dsb) mengitari atau mengitarkan. sekitar sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Menyusun sepuluh jari atau menyusun jari sepuluh. 2. Kitar semula sampah atau kitar sampah semula.Jawapan yang betul ialah 1. Menyusun sepuluh jari, 2. Kitar semula sampahLain-lain11.05.2010
Manakah terjemahan bagi ayat berikut dianggap paling sesuai ? Recycling materials collecting point -> Tempat pemungutan bahan kitar semula jadi / Stesen pemungutan bahan kitar semula / Depot pemungutan bahan kitar semulaJawapan yang sesuai bagi terjemahan "Recycling materials collecting point" ialah "tempat pemungutan bahan kitar semula jadi"Istilah05.02.2015
jabatan saya akan mengadakan program Larian Jom ! Kitar Semula 2013. Boleh kah menggunaan perkataan Larian Jom! Kitar Semula digunakan?Nama yang betul ialah Larian Kitar Semula 2013. Perkataan "jom" ialah kata ajakan dan tidak sesuai dimasukkan dalam nama larian tersebut. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digunakan dalam iklan program tersebut untuk menggalakkan orang ramai menyertai larian tersebut. Contohnya: Jom sertai larian!Tatabahasa25.01.2013
Salam. Yang mana lebih tepat penggunaan. kitar semula atau mengitar semula. Adakah maksud perkataan mengitar boleh berdiri sendiri atau perlu mengitar-ngitar. Terima kasih.Kitar semula dan mengitar semula, kedua-duanya betul. Kata kitar semula hadir sebagai satu rangkai kata daripada padanan bahasa Inggeris recycle. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengitar sama maksud dengan mengitar-ngitar, iaitu  1. = mengitar-ngitar berkisar(­kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar-­ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar­-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah.Istilah17.03.2010
Tong kitar semula disediakan di sekolah itu. Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, ayat tersebut betul.Tatabahasa23.06.2021
Mohon betulkan ayat di bawah. 1. Membuat garisan trek padang. 2. Minyak hitam terpakai atau minyak hitam kitar semula1. Membuat garisan trek padang. 2. Minyak hitam terpakai atau minyak hitam kitar semula
Jawapan:
1. Membuat garisan trek di padang.
2. Minyak hitam kitar semula.
Tatabahasa04.09.2014
Salam, Mohon bantuan untuk terjemahkan "Recycling & Waste Solutions Department" - pendapat saya: Jabatan Kitar Semula dan Solusi Sisa PepejalJabatan Kitar Semula dan Penyelesaian Bahan Sisa PepejalMakna13.12.2018
Adakah ayat berikut betul? Jika tidak, tolong baiki. Kitar semula adalah membuat benda baru daripada benda lama.Sila semak ketepatan fakta yang digunakan dalam menerangkan konsep kitar semula dan selepas itu perbaiki penggunaan ayat. Saudara boleh merujuk www.prpm.dbp.gov.my dan rujuk juga buku tatabahasa.Makna09.02.2012
Bolehkan pihak tuan mencadangkan nama program Larian Jom ! Kitar Semula tersebut bagi tujuan hebahan dan promosiNama yang betul ialah Larian Kitar Semula 2013. Perkataan "jom" ialah kata ajakan dan tidak sesuai dimasukkan dalam nama larian tersebut. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digunakan dalam iklan program tersebut untuk menggalakkan orang ramai menyertai larian tersebut. Contohnya: Jom sertai larian!Tatabahasa25.01.2013
Bolehkah "Terdapat" digunakan sebagai perkataan yang pertama di depan ayat? Contoh: Terdapat 6 langkah dalam proses kitar semula.Ayat "Terdapat 6 langkah dalam proses kitar semula" boleh digunakan.Tatabahasa18.03.2015
1234

Kembali ke atas