Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kl


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syarikat saya bercadang untuk mengadakan promosi untuk satu produk baru yang di adakan dengan kerjasama antara KL Monorail dan bas KL HOP ON HOP OFF, jadi kami sedang mencari 1) Soalan saya, adakah ayat di bawah sesuai digunakan? Ronda-ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket sahaja-RM20 2) Apakah makna atau maksud penuh bagi perkataan ronda-ronda? 3) Adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bersesuaian dengan perkataan ronda-ronda tersebut.

1) Ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket bernilai RM20.

 

2) makna ronda-ronda

Ronda:- = meronda 1.berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; 

3) i-Bersiar-siar

    ii-  Jalan-jalan

 
Lain-lain16.12.2008
Adakah nama KL Sentral boleh digunakan dalam buku penerbitan sekolah? atau adakah perlu dieja dengan penuh iaitu Kuala Lumpur Sentral? Terima kasih.Untuk penggunaan nama tersebut kali pertama, dicadangkan ditulis Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) dan sekiranya nama tersebut diulang, KL Sentral boleh digunakan.Lain-lain02.01.2024
bila anda di sini, anda tidak perlu pusing ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. betulkah ayat ini?Apabila anda berada di sini, anda tidak perlu merayau-rayau ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini.Tatabahasa25.06.2008
Assalamualaikum tuan… Saya ingin bertanya, adakah singkatan atau kependekan yang bersifat huruf ringkas seperti KL, DBP, AMN dan lain-lain boleh diiktiraf sebagai perkataan?

Singkatan atau kependekan huruf ringkas seperti KL, DBP, AMN boleh dianggap sebagai perkataan.

Lain-lain05.06.2025
Sha Saerah Sulaiman Salam..sy mencari buku tatatertib penjawat awam.tak silap terbitan dbpSila hadir ke reruai DBP di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 di Dewan Tun Hussein Onn. Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 bermula 28 April 2017 hingga 7 Mei 2017. Terima kasih.Lain-lain03.05.2017
Ramo Omran Aug 31st, 10:14am ingin btemu sdr Mat Daud (Dr) Sastra. asal Kelantan bekas pelajar Jogjakarta . kenalan semasa d Temerluh 1975 dan KL 1980an. hilang hubungan. Ramo Omran Aug 31st, 10:14am Omar Mohamad Sg Besi KLUntuk makluman tuan, pegawai berkenaan telah bersara daripada perkhidmatan. Maklumat berkaitan beliau tidak ada dalam sumber rujukan kami.Lain-lain31.08.2015
Assalamualaikum,saya asrab khan dari kl ingin menyertai kembara bahasa 2013.sebelum ini saya ada menyertai tahun 2000.sebelum ini saya ada mohon menyertai tetapi tidak ada sebarang jawapan. saya benar-benar berminat menyertai program kembara bahasa 2013Untuk makluman tuan urus setia Kembara Bahasa 2012 ialah Bhg. Promosi dan Pengiktirafan, DBP. Urus setia pada tahun hadapan akan diputuskan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, apabila hebahan mengenainya disiarkan segeralah tuan hubungi urus setia Kembara bahasa.Lain-lain05.12.2012
Farah Raina Jaafar Iklan papan tanda di KL "1BULAN AKSES TANPA HAD PERCUMA!" 13:34 Farah Raina Jaafar Farah Raina Assalammualaikum, kalu mcm ni, apa tindakan yg perlu di lakukan? Antara saya dah tidak tahu bahasa malaysia atau bahasa yg di gunakan tidak betul?Puan boleh mengemukakan aduan ini dengan mengambil gambar dan menghantarnya kepada Encik Mulia Nasution melalui e-mel mulia@dbp.gov.my atau memberi maklumat terperinci melalui talian 03-21479114. Terima kasih.Lain-lain27.11.2016
DBKL bercadang untuk mengadakan majlis sumbangan kepada komuniti KL yg libatkan persatuan penduduk dan surau yang akan disempurnakan oleh YB Menteri wilayah Persekutuan.. selain tajuk berikut untuk latar pentas MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KOMUNITI KUALA LUMPUR mohon cadangan tajuk lain yang bersesuaian. terima kasihTajuk yang dinyatakan di atas bersesuaian. Walau bagaimanapun, sekiranya sumbangan yang dinyatakan merupakan satu penghargaan terhadap sumbangan, jasa seseorang atau sesuatu pihak tajuk seperti MAJLIS APRESIASI KOMUNITI KUALA LUMPUR boleh digunakan.  Lain-lain15.10.2021
Jika saya ingin memohon pekerjaan di cawangan DBP KL , apakah kelayakan utama yang diperlukan ?

Terima kasih di atas minat yang ditunjukkan untuk berkhidmat dengan DBP. Untuk makluman sdr, semua jawatan kosong (sekiranya ada) akan disiarkan di laman web DBP dan juga akan diiklankan melalui akhbar utama. Semua butiran/syarat yang diperlukan termasuklah tarikh tutup permohonan dinyatakan dengan jelas di dalam iklan tersebut. Sila rujuk laman web DBP atau iklan yang disiarkan dari masa ke masa. Seperkara lagi, dimaklumkan juga bahawa sdr boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa untuk sebarang jawatan di DBP dan sekiranya ada kekosongan jawatan, permohonan sdr akan dipertimbangkan. Tempoh sah permohonan adalah selama setahun dari tarikh permohonan diterima oleh DBP.sila hubungi unit pengambilan, bahagian pengurusan personel (up. Pn Fairuz)

Lain-lain01.03.2009
12345678

Kembali ke atas