Nama tempat 'Klang atau Kelang' ke yang betul. Contoh :- Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang atau Kelang ? | Ejaan yang betul ialah Klang. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. | Ejaan | 28.03.2008 |
Salam Sejahtera, 1. Adakah terdapat perbezaan antara perkataan Diraja dan DiRaja. 2. Bagaimana penggunaan perkataan Diraja yang sebenarnya..Contohnya Klang Bandar Diraja atau Klang Bandar DiRaja. Sekian, terima kasih | Ejaan yang betul ialah Klang Bandar Diraja. | Tatabahasa | 08.09.2014 |
1. Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Daerah Klang Zon Selatan 2.Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Daerah Klang Zon Selatan 3.Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Zon Selatan Daerah Klang Antara tiga ayat di atas , yang mana satu betul ? Terima kasih. | Ayat yang paling tepat ialah "Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Zon Selatan Daerah Klang", jika zon selatan tersebut dalam daerah Klang. | Tatabahasa | 16.06.2011 |
salam sejahtera. minta tanya, bolehkah kata sendi/ kata tugas digunakan untuk memulakan sesuatu ayat? contoh: Di Klang saya tinggal. bagi contoh ini pula, adakah ayat ini pasif atau songsang? Ayat asal: saya tinggal di Klang | Kata sendi nama boleh digunakan di pangkal ayat. Ayat "Di Klang saya tinggal" ialah ayat songsang. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
APAKAH EJAAN SEBENAR LEMBAH KELANG ATAU LEMBAH KLANG? | Ejaan yang betul ialah Lembah Klang. | Ejaan | 15.01.2010 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasih | Padanan 1 dan 2 sesuai. 3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya 4. Pusat Servis Perodua 1 Klang 5. Pusat Servis Perodua 2 Klang | Lain-lain | 24.11.2015 |
saya ingin memohon Sah Bahsa bagi papan iklan Majlis Perbandaran Klang. | Untuk perkhidmatan pengesahan iklan papan premis perniagaan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, sila teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa, pilih PBT Majlis Perbandaran Klang dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Sila rujuk panduan pendaftaran dan video penggunaan DBP Sah Bahasa untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 02.11.2021 |
Saya tidak faham kata nama khas boleh diubah seperti Amerika Syarikat (America), Penang (Pulau Pinang), Johore Johor), Klang Valley (Kuala Lumpur), Perancis (France)... perkara ini diterima pakai dalam penulisan umum. | Apa yang berlaku bukanlah perubahan pada nama khas yang tersebut tetapi penggunaan dalam dua bahasa yang berbeza seperti United States of Amerika dalam bahasa Melayu ialah Amerika Syarikat, Penang dalam bahasa Melayu ialah Pulau Pinang dan Klang Valley dalam bahasa Melayu ialah Lembah Klang. | Ejaan | 14.02.2012 |
Salam sejahtera, Soalan: Menukarkan ayat i bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Salam sejahtera, Soalan berbunyi: Menukarkan ayat di bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |