Saya ingin bertanya tentang definisi istilah moden klasik,kerana kini definisi sedemikian banyak diketengahkan dalam pelbagai aspek.Terima kasih | Dalam data kami, tiada istilah moden klasik. Hanya terdapat perkataan moden dan klasik. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, moden ialah dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir. Manakala, klasik pula ialah serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kepada muzik klasik; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain: sajak-sajak yang demikianlah suatu ciptaan seni yang sempurna, berhak disebut sebagai sesuatu yang klasik; 3. (pakaian, reka bentuk) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi klasik; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal): satu contoh klasik ialah Persidangan Undang-Undang Laut. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
Mohon penerangan secara terperinci berkaitan dengan definisi bahasa klasik dan senarai contoh bahasa klasik. Terima kasih. | Bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yang serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. | Makna | 23.07.2013 |
apakah yang dikatakan dengan bahasa melayu klasik? | Bahasa Melayu klasik telah menggantikan bahasa Melayu kuno. Untuk keterangan lanjut, sila lihat lampiran. | Makna | 12.01.2008 |
mengapakah istilah 'klasik' merujuk kepada kesusasteraan Melayu klasik lebih sesuai digunakan berbanding istilah lama atau tradisional? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna klasik 1. serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kpd muzik ~; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain: sajak-sajak yg demikianlah suatu ciptaan seni yg sempurna, berhak disebut sbg sesuatu yg ~; 3. (pakaian, reka bentuk, dsb) yg mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi ~; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal): satu contoh ~ ialah Persidangan Undang-Undang Laut. Makna tradisional mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah berkaitan dgn, bersifat, atau mengikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; Oleh itu berdasarkan makna kedua-dua perkataan ini makna kesusasteraan klasik dan kesusasteraan tradisional adalah dua perkara berbeza. | Makna | 21.04.2009 |
APAKAH KESAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK | Kesannya terpulang kepada tujuan saudara menggunakan bahasa Melayu klasik itu. Adakah tujuan penggunaan itu untuk tujuan kajian... Siapakah khalayak sasaran yang akan membacanya... dari situ saudara akan dapat membuat kesimpulan kesan penggunaan bahasa Melayu klasik tersebut. Sekiranya saudara maksudkan kesannya pada zaman klasik juga, saudara perlu merujuk buku-buku yang berkaitan dengannya supaya lebih jelas. | Lain-lain | 29.07.2009 |
1) Apakah bahasa kuno , bahasa klasik dan bahasa moden ? 2) Apakah perbezaan antara bahasa kuno , bahasa klasik , dan moden ? | Bahasa kuno ialah bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; bahasa moden ialah bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; bahasa klasik boleh disandarkan maknanya kepada muzik klasik yg bersifat serius dan abadi nilainya; tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Mencari perbezaan antara ketiga-tiga bahasa tersebut adalah dgn melihat kepada makna-makna bahasa tersebut. | Makna | 18.08.2007 |
Apakah perbezaan antara Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden? | Bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yang serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Bahasa Melayu Moden ialah bahasa yang masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, misalnya bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris. | Makna | 11.06.2012 |
Tuan DBP, 1. "dalam pantun" atau "di dalam pantun barulah betul? 2. "dalam kesusasteraan klasik" atau "di dalam kesusasteraan klasik", yang manakah betul? Minta sertakan penjelasan. | Frasa yang betul ialah "dalam pantun" dan "dalam kesusasteraan klasik" kerana pantun dan kesusasteraan ialah dua perkara yang tidak ada ruang fizikal yang jelas seperti frasa "di dalam kelas" dan "di dalam kotak". | Tatabahasa | 07.05.2014 |
bolehkan kata klasik seperti sementelahan dan marcapada digunakan dalam karangan pmr/spm? kalau tidak, apakah penanda wacana yang sesuai untuk menggantikanny? | Kedua-dua perkataan ini masih boleh digunakan. Walau bagaimanapun perkataan lain yang boleh digunakan ialah 1. marcapada- dunia sekarang ini 2. sementelahan- lebih-lebih lagi,tambahan pula,apalagi. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 03.02.2009 |
kenapa bentuk sastera klasik selalunya mempunyai intro yang yang sama.... seperti contoh ayat... sebermula alkisah diceretarakan oleh orang tua dahulu kala... | Ciri-ciri permulaan atau intro seperti yang saudara maksud merupakan ciri-ciri istimewa karya Melayu klasik. Ciri-ciri itu menandakan sesebuah karya itu adalah karya klasik. Namun begitu, jika ada karya-karya baharu atau moden yang meminjam ciri-ciri tersebut, ia hanya sebagai satu gaya sahaja. | Lain-lain | 21.08.2008 |