Apakah perbezaan klausa bebas, klausa terikat dan klausa utama...? Berikan contohnya. TQVM | Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama, manakala klausa tak bebas disebut klausa kecil. Contohnya: Kamu pandai (klausa bebas/klausa utama) kerana kamu rajin belajar (klausa tak bebas/klausa kecil). | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Apakah perbezaan klausa bebas dan klausa terikat? Berikan contohnya.TQVM | Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa terikat/klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama - Kamu pandai, manakala klausa tak bebas disebut klausa kecil - kerana kamu rajin belajar. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Tuan DBP, adakah wujudnya cerita (predikat) yang berbentuk klausa? Klausa sebegini dinamai klausa predikat oleh Tuan Asraf di dalam buku beliau Petunjuk Bahasa Melayu KBSM (1989) pada halaman ke-210. Contoh ayat yang bercerita klausa: Pelita itu sudah dikecilkan apinya. Benda (subjek) frasa nama "pelita itu" dan cerita "sudah dikecilkan apinya". Cerita berbentuk klausa kerana mempunyai benda "apinya" dan cerita "sudah dikecilkan". Keterangan tentang cerita klausa tidak ada di dalam Tatabahasa Dewan, tetapi bolehkah kita kira bahawa cerita klausa tidak wujud di dalam nahu bahasa Melayu? Keterangan Tuan Asraf waras pada saya. Pohon tuan meneliti ayat-ayat contoh yang saya berikan dalam WordPad, adakah cerita-cerita di dalam ayat contoh WordPad berbentuk klausa? | Tuan, soalan yang memerlukan penyelidikan dan kajian ini sebaiknya diajukan kepada ahli bahasa yang lebih pakar. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.12.2016 |
Tuan, tugas kata hubung pancangan relatif ialah menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. Saya ingin bertanya, apakah maksud klausa kecil dan cara mengenalnya? Terima kasih. | Klausa kecil juga dikenali sebagai klausa tak bebas, iaitu klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Sebagai contoh, rujuk ayat pancangan relatif 'Mereka menonton drama yang disukai ramai'. Mereka menonton drama (klausa bebas/klausa utama) yang (kata hubung pancangan relatif) disukai ramai (klausa tak bebas/klausa kecil). Maka, ciri utama klausa kecil ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Anda boleh merujuk Tatabahasa Dewan halaman 433-434 untuk lebih keterangan lanjut. | Tatabahasa | 22.02.2017 |
apakah perbezaan antara frasa, klausa dan ayat? | Frasa ialah kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Klausa ialah unit yg merupakan rangkaian perkataan yg mengandungi subjek dan predikat yg menjadi konstituen atau bahagian kpd ayat. Ayat pula ialah satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud. | Tatabahasa | 01.09.2009 |
Saya ada kemusykilan tentang soalan ini? Sejauh manakah klausa bebas menjadi klausa terikat? Sekian, terima kasih. | Buku Tatabahasa Dewan membahagikan klausa kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas dapat berdiri sendiri dan menjadi ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contohnya, subjek "kamu" dan predikat "pandai" jika diucapkan dengan intonasi yang sempurna akan menjadi ayat lengkap "kamu pandai". Walau bagaimanapun klausa bebas ini dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boleh juga menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih bebas, contohnya "kamu pandai kerana kamu rajin belajar". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 433. | Tatabahasa | 05.04.2013 |
Salam, apakah kata "kalimat" bermaksud klausa bebas atau klausa tidak bebas, ataupun kata ini sama makna dengan "klausa" sahaja? Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua, Kalimat bermaksud kata atau kumpulan kata yang berhubungan dan mempunyai maksud tertentu manakala klausa pula bermaksud ayat kecil yang mempunyai subjek dan predikatnya sendiri dan menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih besar. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna manakala klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Contoh ayat Kamu pandai kerana kamu rajin belajar menunjukkan bahawa “Kamu pandai” merupakan klausa bebas manakala “kerana kamu rajin belajar” merupakan klausa tak bebas. | Lain-lain | 17.11.2021 |
Jelaskan klausa dengan lebih terperinci dan apakah perbezaan antara klausa dengan frasa ? | Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Perbezaan antara klausa dengan frasa: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat, manakala frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat, dan dalam satu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 433-436. | Tatabahasa | 22.09.2024 |
Salam, harap dapat jelaskan perbandingan frasa dan klausa dalam bahasa melayu | Frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Klausa ialah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yg menjadi konstituen atau bahagian. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Frasa bahasa Melayu ialah frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi. Untuk lebih jelas, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 13.09.2013 |
Assalamualaikum..tolong bantu saya bagaimana yang dikatakan sebagai asas penamaan Frasa. Terimakasih | Frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Klausa ialah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yg menjadi konstituen atau bahagian. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu, frasa terdiri daripada frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi. Frasa nama (FN) ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama boleh menjadi subjek atau predikat. Contoh frasa nama subjek: Pemenang hadiah itu , Contoh frasa nama predikat: pelajar universiti tempatan. Ayat lengkap (FN + FN): Pemenang hadiah itu pelajar universiti tempatan. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama. Contoh: kata sendi ke , diikuti frasa nama sawah setiap pagi, ayat (FN + FS): Ibu ke sawah setiap pagi. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Frasa adjektif ialah susunan perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau sifat sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. | Tatabahasa | 25.02.2014 |