apakah padanan jawi untuk perkataan KLIA,MRSM,SMK, SJK(t) / sjk(c),SAM,SMP,RISDA,MARA,UIA,ADUN,UPSI | Padanan ejaan Jawi bagi singkatan (yang dilafazkan huruf demi huruf), ditulis dengan menggunakan sebutan atau nama huruf dalam abjad Rumi yang ditulis Jawi dan dibubuh tanda titik selepas setiap huruf tersebut: KLIA - کي.ּּاؠل.اءي.أي. MRSM- عيم.ار.ايس.عيم. SMK- ايس.عيم.کي. SJK(t)- (.تي). ايس.جيه.کي SJK(c)- (.سي). ايس.جيه.کي SAM-ايس.أي.عيم. SMP-.ڨي. ايس.عيم UIA- يو.اءي.أي. UPSI- يو.ڨي.ايس.أي. Padanan ejaan Jawi bagi akronim nama khas atau akronim kata umum dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (yang dilafaz sebagai kata) boleh ditulis lengkap sebagai kata: RISDA-ريسدا MARA- مارا ADUN-ادون | Ejaan | 18.02.2022 |
Tuan Adakah perkataan Udara Diraja Malaysia diambil kira sbg kata nama khas tak hidup berdasarkan ayat di bawah? Ayat: Sebuah kapal terbang penumpang Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA. | Ayat yang gramatis ialah Sebuah kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA. Kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia bukan kapal terbang penumpang. | Tatabahasa | 03.05.2017 |
Syarikat kami menjalankan aktiviti Pengurup Wang di KLIA, bolehkah pihak kami ingin meletakkan bahasa Cina di papan tanda syarikat? | Salam sejahtera, Tuan, Penggunaan bahasa Cina pada papan iklan dibolehkan tetapi perlu ada padanan dalam bahasa Melayu. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2019 |
Kami sedang membuat notis bagi ulat tiket di KLIA. Dalam bahasa inggeris adalah "No solicitation is allowed within the terminal". Apakah penterjemahan solicitation bagi konteks ini? Adakah "sebarang penjualan secara haram/tidak sah adalah tidak dibenarkan?" Saya juga boleh dihubungi di norawaina@malaysiaairports.com.my. Terima kasih. | Kami mencadangkan supaya ayat tersebut ditambah perkataan tiket untuk menerangkan secara khusus mengenai penjualan tiket haram. "sebarang penjualan tiket secara haram/tidak sah tidak dibenarkan" | Lain-lain | 22.09.2022 |
Terdapat satu tempat di tepi landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dinamakan sebagai "Anjung Spotter", iaitu sebuah anjung untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. "Spotter" tersebut sepatutnya apa di dalam bahasa Melayu? Adakah sepatutnya "Anjung Pengesan Kapal Terbang"? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah spotter ialah pengesan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 18.10.2022 |
Kastam Diraja Malaysia, WPKL akan mengadakan majis perisytiharan perpisahan di antara KDRM, KLIA dan KDRM, WPKL. Mohon pandangan pihak tuan mengenai penggunaan istilah pengisytiharan dan perisytiharan, apakah perbezaan dan dalam keadaan bila ianya sesuai digunakan.Kerjasama dan tindakan segera dari pihak tuan amat saya hargai.Terima kasih. | Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: contohnya; mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisyitiharan kemerdekaan; manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman. Melihat kepada maksud kedua-dua perkataan tersebut dan contoh yang diberi, maka istilah yang paling sesuai ialah perisytiharan. | Istilah | 12.03.2009 |
adakah perlu tanda koma, atau noktah selepas dialog, contohnya; 1. “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?”, soalan suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). | Dalam dialog, “tanda koma”, “noktah” atau “tanda seru” perlu diletakkan sebelum tanda petik, bergantung kepada jenis dialog sama ada ayat tanya atau sebaliknya. Contohnya, “Awak sudah makan?” tanya Ahmad kepada Aminah. Walau bagaimanapun, tanda-tanda tersebut tidak perlu diletakkan selepas tanda petik. Contohnya, “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?” soal suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). | Tatabahasa | 03.02.2022 |
I’m from IRIS Global Blue TRS Malaysia Sdn Bhd (IGB) and I’m currently submitting application for licensing of our booth counters in KLIA and KLIA2. IGB is the sole company appointed by Royal Malaysian Customs Department (RMCD) to operate GST Refund in Malaysia. Thus, we work closely with Malaysian Customs. During the application for our booth counter licensing, I was asked to check with DBP on our signage wordings. These wordings were jointly approved by IGB and RMCD where the company name and “GST Refunds” wordings were used/displayed. As this GST Refund services are provided to all eligible foreigners on behalf of the government and in line with universal wordings either VAT Refunds or GST Refunds depending on the naming of a particular country, in this case for Malaysia is GST Refunds. Sample pic attached It seems that we may need DBP consent or endorsement to our signage wordings. Please advise what do we need to do for this case. Regards | Assalamualaikum... Untuk pengesahan paparan iklan sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan dalam bahasa Melayu. Sekian terima kasih | Lain-lain | 12.04.2017 |
"Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia Dalam Jangkauan "Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Bisnes Pintar Saya sedang membuat penerjamaan dari Eng to BM untuk iklan syarikat saya di KLIA. Boleh tolong semak atau bagi idea sikit tak? Jeff Wong jeffwong_604@yahoo.com | "Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia mencapai Jangkauan "Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Perniagaan Pintar | Makna | 30.03.2020 |
Saya telah membaca novel Pelari Muda Edisi Pelajar (2014). Saya dapati ada kekeliruan dari segi latar masa. Novel ini menceritakan tentang Sukan SEA yang ke-14 di Bangkok (berlaku sekitar tahun 1985) tetapi dalam bab akhir menceritakan tentang kontijen Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Bukankah nampak ketara perbezaan latar masa di situ? KLIA mula beroperasi pada tahun 1998. Lagi pun jalan cerita dalam novel ini menunjukkan tahun-tahun 1980-an. | Salam. Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Pihak kami akan berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kekeliruan dari segi latar masa dalam novel tersebut sebelum pihak kami mengambil tindakan selanjutnya. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 06.01.2015 |