Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[klik] | کليک

Definisi : 1 bunyi kertik spt bunyi apabila kamera dipetik, anak kunci diputarkan di dlm lubang kunci dsb: Bunyi ~ itu telah membuat dia tersentak. 2 ist perbuatan menekan butang pd peranti tetikus komputer: Terokailah alam multimedia dgn hanya sekali ~. berklik berbunyi klik: Kameranya ~ apabila dipetik. mengklik menekan butang pd peranti tetikus komputer utk memilih objek yg sedang ditunjukkan oleh kursor atau utk melakukan fungsi tertentu yg dikehendaki: Anda perlu ~ “OK” utk meneruskan pencarian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah soalan saya ini betul susunan bahasa dan adakah saya perlu meletak tanda koma selepas perkataan 'klik'? 'Klik, untuk memuat turun borang permohonan' terima kasihYa, perlu tanda koma selepas perkataan klik.Ejaan25.06.2012
bagaimana menulis nama: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak 2.Konsep 'Klik dengan Bijak'Tatabahasa11.12.2012
bagaimana menulis: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak (condong; dalam Italic) 2. internet/ Internet 3. Information and Communication Technologies (ICT)/ (condong; dalam Italic)1. Konsep 'Klik dengan Bijak'
2. Internet
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Tatabahasa11.12.2012
Apakah terjemahan yang betul untuk 'Click here', klik di sini atau klik siniKedua-duanya boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan29.11.2018
Salam DBP, "Klik di sini untuk penukaran akaun" atau "Klik di sini untuk pertukaran akaun" Penukaran atau pertukaran?Frasa yang betul ialah "Klik di sini untuk penukaran akaun".Tatabahasa15.07.2015
Mengapa Sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian dihentikan ? Saya rasa sisipan tersebut perlu diteruskan.Klik DBP tidak lagi diterbitkan dalam Berita Harian dan sebagai gantinya DBP akan menerbitkan Klik dalam laman web DBP.Lain-lain19.12.2009
how to print ths sijil that already lulusUntuk mencetak Sijil Pengesahan Bahasa DBP, (1) sila buka laman web DBP http://prpm.dbp.gov.my; (2) Klik “e-perkhidmatan”; (3) Klik “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”; (4) Ruanga “daftar masuk” akan tertera. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan dan lihat senarai permohonan. (5) Klik no.kelulusan dan sijil Pengesahan DBP akan tertera. (6) klik ikon cetak untuk mencetak Sijil Pengesahan DBP. Lain-lain05.06.2014
Nama Persatuan dalam bahasa malaysiaMohon hantar pertanyaan ini melalui www.prpm.dbp.gov.my. Kemudian klik e-Perkhidmatan, klik khidmat pengesahan bahasa DBP dan daftar masuk.Penyemakan dan penterjemahan20.12.2016
saya nak tanya macam mana hendak menggunakan data korpus??

Layari http://prpm.dbp.gov.my/, kemudian klik pada kotak KNDBP, di bawah menu utama klik pada 'konkordans' klik setuju pada lesen penggunaan konkordans dan ikutlah arahan yang diberikan seterusnya.

Konkordans bermaksud: senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan. 

Lain-lain04.09.2009
saya mahu register iklan... daripada vivo cellular sdn bhdLayari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik e-Perkhidmatan dan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan ikuti sepenuhnya arahan dalam domain tersebut.Lain-lain05.03.2015
12345678910...

Kembali ke atas