Asalamulaikum Kad Temu Janji Kes Kecemasan Surat Pencen Kad Majikan No Giliran Kad Rawatan Pesakit Borang Ujian Klinikal Ujian Klinikal perkataan diatas nama Am atau nama khas | Saudara Norliza, Perkataan di atas merupakan kata nama am. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang perkara ini. | Tatabahasa | 03.08.2009 |
Salam Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'Clinical Trial'. Adakah 'ujian klinikal' ataupun 'kajian klinikal'. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Padanan istilah bahasa Melayu bagi Clinical Trial ialah Percubaan Klinikal | Istilah | 03.01.2012 |
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih. | 1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim. 2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif. 3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2016 |
Salam. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang betul ke dalam Bahasa Melayu untuk perkataan CLINICAL PRACTICE REKOD? Bolehkah diterjemahkan sebagai REKOD PRAKTIS KLINIKAL atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Terima Kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi CLINICAL PRACTICE RECORD ialah REKOD LATIHAN KLINIKAL | Makna | 04.07.2017 |
Saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang terma "Double-Dummy" yang digunakan dalam penyelidikan klinikal. Klien saya sering merujuk istilah "Double Blind" sebagai "Rabun Dua Pihak" dalam dokumen borang persetujuan termaklum (Informed Consent Form) peserta penyelidikan. Namun, terma Double Dummy belum pernah digunakan sebelum ini oleh klien saya dan saya juga tidak mendapat hasil carian di PRPM. Menurut carian di Google, Double-Dummy merujuk kepada "A technique for retaining the blinding of a clinical trial, where the two treatments cannot be made identical." Apakah istilah yang sesuai bagi terma ini menurut pihak DBP? Terima kasih. | Padanan istilah yang tepat bagi “double blind” ialah “gelap ganda” (Perubatan). “Double dummy” pula merupakan ujian klinikal yang kerap digunakan dalam penyelidikan, khususnya untuk membandingkan dua jenis ubat atau dua kaedah rawatan yang berbeza. Kami mencadangkan "double dummy" diterjemahkan sebagai kaedah atau teknik “cubaan berganda”, “uji kaji dedua”, atau “banding rambang”, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan yang sesuai bagi istilah tersebut. | Istilah | 04.11.2020 |
Mohon untuk semakan nama-nama kursus berikut untuk program Sijil Veterinar Malaysia: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan Industri | Ejaan yang betul dan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikiut ialah: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English - Komunikasi Bahasa Inggeris 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan Industri | Tatabahasa | 28.10.2020 |
Apakah istilah "clinical latency" dalam bahasa melayu? | Kami mencadangkan clinical latency diterjemahkan kepada pendaman klinikal. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.07.2019 |
Bolehkah saya cadangkan supaya kata "tolerability" diterjemahkan sebagai "kebolehtoleransian" Kata ini banyak ditemui dalam protokol penyelidikan klinikal untuk menguji "tolerability of a drug" | Cadangan terjemahan bagi perkataan tolerability ialah kebolehtoleransian boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. | Makna | 15.02.2020 |
1)apakah terjemahan istilah "over couch" dan "under couch" bagi jenis mesin fluoroskopi di hospital? 2) apakah terjemahan istilah "phantom" iaitu sejenis patung yang digunakan sebagai pengganti manusia ketika uji kaji klinikal dijalankan. | Untuk makluman puan, perkataan "over couch" dan "under couch" tiada dalam pangkalan data kami. Dalam pangkalan data kami hanya terdapat perkataan "couch" yang membawa maksud kerusi katil. Mengikut pangkalan data kami, padanan untuk "Phantom" ialah "Fantom" yang membawa maksud bahan yang dibina menyerupai bentuk sesuatu organ dan boleh memberi imej organ tersebut bila dimasukkan bahan radioaktif ke dalamnya.
| Penyemakan dan penterjemahan | 24.10.2017 |
Ejaan yang manakah paling tepat untuk digunakan? a. medicolegal b. medico legal c. medikolegal d. mediko legal Contoh ayat - Mesyuarat tersebut melibatkan pegawai-pegawai dari Cawangan Medico Legal. - Aduan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti klinikal, medicolegal, pengurusan, teknikal dan aduan integriti. Terima kasih (",) | Padanan bagi istilah medicolegal dalam bahasa Melayu ialah medikolegal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 22.06.2024 |