Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klitik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong jelaskan cara pengejaan klitik "kau". adakah semua klitik 'kau' dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinyaKata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima.Lain-lain23.02.2010
salam tuan, apa perbezaan antara klitik dengan sinkop.Tuan,

Dalam bidang linguistik sinkopé ditakrifkan sebagai pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk makalah/buku yang berkaitan. Manakala klitik merupakan kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima.
Tatabahasa15.02.2012
Kesilapan maklumat dalam buku teks bahasa Melayu tingkatan 1.Kesilapan penerangan sinkope.Konsep Sinkope dan klitik menjadi Kekeliruan dalam kalangan guru seterusnya penyampaikan maklumat kepada pelajar juga tidak tepat.Mohon semakan dan keluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara tersebut. Buku teks bahasa Melayu tingkatan 1 muka surat 17Untuk makluman tuan, soalan tuan telah disalurkan kepada Bahagian Buku Sekolah dan bahagian tersebut akan memberikan maklum balas dalam masa terdekat. Kami memohon maaf atas segala kesulitan.Lain-lain04.08.2024
Salam sejahtera, saya tahu tentang cara penggunaan kata ganti nama singkat kau, ku, nya dan mu bahawa kata singkatan ini tidak boleh berdiri sendiri. Bagaimana pula jika ayat ada menulis "kau dan aku?" Adakah ia patut ditulis seperti ini: "kaudan aku?"Kata klitik, iaitu kata ganti nama singkat "kau", "ku", "nya" dan "mu" tidak boleh berdiri sendiri. Bentuk klitik selalunya wujud dalam binaan ayat pasif dan ejaannya hendaklah dirangkaikan dengan kata yang wujud sebelum atau selepasnya, seperti "kutulis" dan "kaubaca". Adapun contoh ayat yang diberikan, frasa yang betul ialah "kau dan aku" kerana "dan" ialah kata sendi nama dan bukan kata kerja pasif.
Tatabahasa25.07.2023
Terima kasih untuk jawapan yang diberikan. Jawapan : ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri dan perlu dieja rapat. Ku sebagai kata klitik diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan. Penggunaan yang betul ialah "Aku dicipta, Aku berjalan dan Aku tertawa" Saya faham dengan penggunaan yang betul tentang "Aku dicipta, Aku berjalan dan Aku tertawa." Namun terdapat penggunaan tidak lazim bagi singkatan "Ku" dalam lirik lagu, puisi dan sebagainya. Jadi manakah yang betul "Ku dicipta" atau "kudicipta"; "Ku berjalan" atau "Kuberjalan"; "Ku tertawa" atau "Kutertawa". Terima kasih.Untuk makluman, dalam penulisan karya sastera mempunyai "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai “kebebasan penyair” (poetic licence). Kebebasan yang dimaksudkan ialah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Biasanya lesen ini lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu.

Ejaan yang betul ialah "kudicipta", "kutertawa", "kuberjalan".
Tatabahasa17.06.2023
Salam sejahtera. Yang manakah satukah antara ayat yang dilampirkan betul? Terima kasih.

Ejaan kata klitik "kau" dan "ku" dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Ah, tidak kusangka engkau sanggup mengkhianatiku!
2. Ah, tidak kusangka kau sanggup mengkhianatiku!

Tatabahasa03.05.2025
Cara yang betul menulis ku Tidak akanku berputus asa atau Tidak akan kuberputus asa. Andaiku toleh ke kiri atau Andai kutoleh ke kiri.Ku sebagai kata klitik diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan.

Kubuat 
Kuambil
Kudambakan
Kutitipkan

Kuberbuat (salah)
Kuperbuat (salah)
Kumengambil (salah)

Andai kutoleh ke kiri (betul)
Tidak akan aku berputus asa (betul)

Jika kata kerjanya berimbuhan awalan, ku secara automatis ditukarkan menjadi aku (penuh).
Lain-lain19.08.2021
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai perkataan kau, mu dan ku. Adakah perkataan 'kau' boleh disambung bersama kata kerja dibelakang atau di depannya seperti kaumakan dan pergikau? Bagi 'mu' dan 'ku' pula, bolehkan ia bersambung bersama perkataan selepas atau sebelumnya sebagai contoh, kumilikmu? Bagaimana pula dengan kuberikankau? Terima kasih, Wassalam.W'salam
Unsur klitik seperti 'mu', 'ku' 'kau'  tidak boleh berdiri sendiri, perlu digandingkan dengan perkataan di hadapan atau di belakangnya. Sekian, terima kasih.
Tatabahasa16.06.2016
Kata Ganti Nama "ku" dirapatkan dengan Kata Kerja Pasif. Contoh: Kuangkat, kuberi, kuselidiki, dan lain-lain. Soalan saya, bolehkah KGN "ku" dirapatkan dengan Kata Kerja Pasif yang mendapat imbuhan depan menjadi kudicipta, kuberjalan, kutertawa? Terima kasih.ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri dan perlu dieja rapat. Ku sebagai kata klitik diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan. Penggunaan yang betul ialah "Aku dicipta, Aku berjalan dan Aku tertawa"Tatabahasa14.06.2023

Kembali ke atas