Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : bring st to /so’s ~, the ~ of so./, (act.) memberitahukan sst kpd sso, memberitahu sso ttg sst, membawa sst ke pengetahuan sso; (pass.) sst diberitahukan kpd sso, sso diberitahu ttg sst: the matter was brought to the ~ of the Dean, (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. knowing, pengetahuan: a ~ of music, pengetahuan ttg muzik; to speak from o’s own ~, bercakap drpd pengetahuan sendiri; without so’s ~, tanpa pengetahuan sso; have ~ of, mengetahui: to have no ~ of t (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata knowledge


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Mohon beri pendapat terjemahan berikut. Conceptual knowledge is characterized most clearly as knowledge that is rich in relationships. Pengetahuan konseptual mempunyai satu ciri yang jelas iaitu kaya dengan perhubungan. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan untuk "Conceptual knowledge is characterized most clearly as knowledge that is rich in relationships" ialah  Pengetahuan konseptual dicirikan dengan jelas sebagai pengetahuan yang kaya dengan perhubungan.Penyemakan dan penterjemahan11.10.2016
Salam Admin. Saya ingin mengemukakan beberapa soalan tentang penggunaan kata yang betul dalam penulisan tesis. 1. Apakah perbezaan antara ilmu dan pengetahuan? Bolehkah disamaertikan? 2. Penggunaan istilah bahasa Inggeris dalam BM: a. pedagogical content knowledge, b. technological pedagogical content knowledge, c. tacit knowledge Sekian, terima kasih.1. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, ilmu dan pengetahuan membawa maksud yang sama.

2. Untuk soalan kedua, tidak ada dalam pangkalan data DBPI. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan terjemahan seperti di bawah:

A. Pedagogical content knowledge - Pengetahuan kandungan pedagogi
B. Technological pedagogical content knowledge - Pengetahuan kandungan pedagogi teknologi
c. Tacit knowledge - Pengetahuan tersirat, Pengetahuan tidak formal atau Pengetahuan tasit
Penyemakan dan penterjemahan31.07.2017
terjermahan "indigenous knowledge" dalam bahasa MelayuTerjemahan yang sesuai ialah pengetahuan peribumi yang sebenarnya merujuk kepada kepercayaan, nilai dan amalan sesuatu masyarakat peribumiPenyemakan dan penterjemahan18.09.2007
Saya pelajar peringkat ijazah sarjana di UKM dalam proses menyiapkan tesis saya. Persoalan saya berkaitan dengan pengistilahan yang saya gunakan untuk digunakan dalam penulisan malah dalam kertas kerja yang bakal saya bentangkan di persidangan mahupun yang diterbitkan di dalam jurnal. Saya juga ingin memetik (quote) penjelasan tentang istilah ini di dalam kajian saya, agar sekiranya terdapat rujukan yang akan datang boleh menggunakan istilah yang sama. Bahasa Inggeris /Bahasa Malaysia Technological Pedagogical Content Knowledge/ Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan* Technological Pedagogical Knowledge/Pengetahuan Teknologi Pedagogi Technological Content Knowledge/Pengetahuan Teknologi Kandungan Pedagogical Content Knowledge/Pengetahuan Pedagogi Kandungan* Technological Knowledge/Pengetahuan Teknologi Pedagogical Knowledge/Pengetahuan Pedagogi Content Knowledge/Pengetahuan Kandungan Untuk pengetahuan pihak tuan, saya pernah terjumpa beberapa artikel yang diterbitkan dalan jurnal dan yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah bahasa sendiri yang menggunakan istilah bertanda *. Sekiranya dapat disahkan istilah ini dan dimuat naik ke dalam portal PRPM atau DBP lebih baik. Terima kasihUntuk makluman puan,  semua istilah yang dikemukakan belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, puan boleh menggunakan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dibincangkan dan disahkan.Istilah10.09.2012
Maaf dan jika tajuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam satu ayat, adakah tajuk Bahasa Inggeris tersebut perlu diitalikkan? Contoh: “Knowledge Session: Aplikasi sunah dalam kehidupan seharian.”

Sekiranya perkataan dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan tidak perlu diitalikkan. Maksud session dalam bahasa Melayu ialah sidang, sesi atau penggal. Manakala knowledge bermaksud pengetahuan. Maka terjemahan yang sesuai bagi Knowledge Session ialah Sesi Pengetahuan.

Makna12.02.2020
"salam dbp, selain daripada acara ilmu tersirat apakah perkataan bahasa malaysia yang boleh digunakan bagi perkataan ini " Tacit Knowledge Event""Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "tacit knowledge event" dalam pangkalan data kami. Sealain "tersirat", terdapat beberapa padanan bahasa Melayu yang lain untuk "tacit", iaitu termaklum, tasit, diam, pendam dan senyap. Perkataan lain untuk "event" ialah peristiwa, kejadian dan kegiatan. Oleh itu, pemilihan perkataan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaan.Istilah12.12.2013
Mohon untuk mendapatkan terjemahan dalam bahasa melayu perkataan/ayat dibawah sebagai penggunaan untuk terjemahan corporate brochure kami. "Knowledge sharing is power"Tidak ada terjemahan khusus untuk frasa seperti ini. Terjemahan frasa ini bergantung pada konsep frasa tersebut. Secara umum knowledge sharing bermaksud perkongsian pengetahuan dan power boleh bermaksud kuasa atau tenaga. Sila berikan konsep frasa tersebut sekiranya puan memerlukan cadangan daripada pihak kami.Lain-lain18.06.2012
Tuan, Apa terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut: 1. Social Exchange Theory; 2. Rational Action Theory ; 3. Knowledge-Based Theory of the Firm; 4. Social Cognitive Theory; 5. Social Capital Theory; dan 6. Resource Based View of the Firm Terima kaih.Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. Social Exchange Theory  - Teori Pertukaran Sosial
2. Rational Action Theory  - Teori Tindakan Rasional
3. Knowledge-Based Theory of the Firm - Teori Berasaskan Pengetahuan  Firma tersebut
4. Social Cognitive Theory - Teori Kognitif Sosial 
5. Social Capital Theory - Teori Modal Sosial 
6. Resource Based View of the Firm  - Pandangan Berasaskan Sumber Firma tersebut
Istilah30.09.2013
Terjemahan yang paling sesuai untuk ayat english ini: Perpustakaan Kuala Lumpur : Your Knowledge Sanctuary In The City

Bagi penterjemahan, lebih-lebih lagi slogan/tema mohon tuan dapat memberikan konsep yang ingin disampaikan. Perkataan ‘sanctuary’ boleh diterjemahkan sebagai 1. tempat suci; 2. tempat perlindungan 3. kawasan perlindungan. Pada pendapat kami, ketiga-tiga maksud daripada terjemahan langsung ini tidak sesuai untuk perpustakaan negara.

Antara cadangan terjemahan yang kami boleh cadangkan berdasarkan konsep yang kami agak adalah seperti yang berikut:

  1. Perpustakaan Kuala Lumpur: Gedung Ilmu Bandar Raya
  2. Perpustakaan Kuala Lumpur: Pusat Ilmu Bandar Raya
Penyemakan dan penterjemahan09.02.2015
Boleh saya mendapatkan terjemahan bagi perenggan berikut? "By 2030, ensure that all learners acquire the knowledge and skills needed to promote sustainable development, including, among others, through education for sustainable development and sustainable lifestyles, human rights, gender equality, promotion of a culture of peace and non-violence, global citizenship and appreciation of cultural diversity and of culture’s contribution to sustainable development."Untuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan.Penyemakan dan penterjemahan03.02.2017
12

Kembali ke atas