Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj katak, katak puru, kangkung, Bufo bufo; berenang ~ cara berenang; laksana ~ dapat bunga sekuntum prb tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yg baik; laksana ~ ditimpa kemarau prb sangat gelisah (berkeluh-kesah); spt ~ kena air tahi prb orang hina yg berlagak sombong; tertonggeng bagai ~ dlm lubang prb orang miskin yg mendapat kesusahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodok I

Puisi
 

Anak kodok tepi perigi,
     Buah rambai dalam baldi;
Biar buruk rupa diri,
     Asalkan pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kodok dapat bunga sekuntum.

Bermaksud :

Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah peristilahan melayu membezakan rabbit dan hare (mungkin rabbit itu arnab dan hare itu kelinci) sepertimana katak yakni frog dibezakan dengan kodok yakni toad atau rama - rama yakni moth dibezakan dengan kupu-kupu yakni butterfly? Selain itu, adakah bahasa melayu membezakan antara crocodile dan alligator? (saya tahu crocodile itu buaya, mungkin alligator mempunyai nama lain dalam bahasa melayu standard atau dialek atau bahasa rumpun yang lain).Rabbit diberikan padanan arnab, iaitu nama sejenis binatang pengunggis, suka memakan sayuran;  <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Lepus cuniculusi>. <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Harei> pula diberikan padanan kelinci, iaitu sejenis binatang yang mengunggis, sejenis arnab, nama saintifiknya <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Oryctolagus cuniculusi>.  <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Crocodilei> diberikan padanan buaya, iaitu daripada   subkeluarga <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Crocodylinaei>. <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Alligatori> dalam bahasa Melayu diberikan padanan alligator, iaitu daripada keluarga <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Alligatoridaei>. Sila buat kajian lanjut jika anda berminat. Istilah20.10.2018
Sumpel, Cangkang II, Kecut III, Kuping I (alat pancaindra utk mendengar), Kopok II, Cetek, Adem, Langka, Encok, Melek, Dandan I, Rojak, Jengkol, Sambal, Kontol, Kutil, Kodok, Bebek, Cindil, Samper, Umpet, Copet, Culik, Warung, Begal, Colong, Kebut II, Keteter, Rombongan, Gotong, Beres, Apik, Luwes, Kelilipan, Tengik, Ciut II, lirih, Mandek, Sangar, Tempe, Kolak, Gendut, Bongsor, Cebol, Becek, Beser, Gosong II, Bacin, Langu, Itil, Goblok, Kuntul II, Gabah I, Bekatul, Salin, Pesek, Keluyuran, Kalis, Badut, Kemaruk, Dupak, Jejer, Rongsok, Rongsokan, Lumrah, Kepincut, Bakal, Rembuk, Pundak, Congor, Colot, Rajungan, Yuyu, Ujar, Jebol, Lalap I, Enteng (Asli Bahasa Jawa, Berasal dari Bahasa Jawa [Jw] )Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak DBP akan membuat penelitian bagi setiap kata tersebut.Lain-lain25.04.2023

Kembali ke atas