apa itu koheren dan kohesi | Koheren bermaksud ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dgn ayat yg lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Kohesi bermaksud perhubungan yang erat ataupun perpaduan. | Makna | 31.05.2011 |
Apakah maksud 'koheren' dan 'kohesi'..?? Berikan contoh TQVM | Koheren bermaksud ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Kohesi ialah perhubungan yang erat atau disebut perpaduan. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Minta npenjelasan tentang maksud kohesi dan koheren | Kohesi bermaksud 1. Kekuatan tarik-menarik di antara molekul dlm sesuatu benda yg menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan; dan 2. perhubungan yang erat, atau perpaduan. Manakala koheren bermaksud 1. berhubungan, bersangkut paut; dan 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. | Makna | 26.12.2009 |
Boleh namakan teori-teori yang berkaitan kohesi dan koheren? | Tidak ada maklumat dalam pangkalan data kami yang menjurus kepada tajuk tersebut. Sila rujuk artikel yang disenaraikan yang diharapkan dapat membantu sudara mendapatkan maklumat tersebut. Kohesi dalam wacana bertulis, Radiah Yusoff, Nor Aini Ismail, Dewan Bahasa,1 February 2002 Sarana kohesi dalam pengajaran karangan, Zamri Salleh, Pelita Bahasa, 1 March 2009 Peranan kohesi dalam membina ketekstualan teks berita arab dalam talian, Mohd Azidan Abdul Jabar, Jurnal Bahasa, 1 March 2005 Wacana, penanda wacana, kohesi, koheren, Mohd. Zaini Othman, Pelita Bahasa, 1 March 2004 Analisis Tautan Ayat dari Segi Kohesi Nahuan, dan Leksikal dalam Penulisan Karangan, Abdul Jalil Othman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 August 2000 Wacana dalam teks penulisan: satu tinjauan tentang pertautanberdasarkan analisis kohesi dan koheren, Khathijah Abdul Hamid, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 | Tatabahasa | 03.07.2011 |
Bolehkah memulakan ayat dengan perkataan ' Namun ' ? Sekian, terima kasih. | Namun boleh digunakan untuk memulakan ayat. Walau bagaimanapun, ayat tersebut perlu mempunyai unsur koheren. | Tatabahasa | 06.05.2009 |
Bagaimanakah cara untuk baca perkataan 'cache'? Apakah ejaan Jawi untuk perkataan 'cache'?
Saya merujuk kepada perkataan 'cache' dalam bidang komputer dan teknologi maklumat seperti "ingatan cache", "capaian cache", "cache data", "capaian ingatan tak seragam koheren cache", yang mana kesemuanya ada di bahagian "Kamus Bahasa Melayu" dan "Istilah Bahasa Melayu" di PRPM
Adakah ianya dibaca seperti bahasa Inggeris iaitu késh dan dieja dalam Jawi seperti کيش ataupun ianya dibaca ikut cara eja Melayu iaitu cacé dan dieja dalam Jawi seperti چاچي ataupun ianya dibaca dengan cara yang lain sama sekali? | Cara untuk menyebut perkataan cache ialah "kesh". Oleh itu, ejaan Jawi untuk perkataan cache ialah کيش.
| Lain-lain | 09.07.2020 |
Pada 2 tahun lepas, pihak DBP telah memperkenalkan perkataan baru iaitu selam rinci yang asalnya daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu deep dive. Boleh tunjuk contoh penggunaan selam rinci dalam ayat? Kalau dalam English, "My manager wants me to a deep dive on our main competitor." | Selam rinci ialah istilah yang digunakan dalam bidang pendidikan. Contoh penggunaannya Tujuan selam rinci adalah untuk menyoal siasat dan mewujudkan asas bukti yang koheren mengenai kualiti sistem pendidikan. | Tatabahasa | 03.07.2024 |