Minta npenjelasan tentang maksud kohesi dan koheren | Kohesi bermaksud 1. Kekuatan tarik-menarik di antara molekul dlm sesuatu benda yg menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan; dan 2. perhubungan yang erat, atau perpaduan. Manakala koheren bermaksud 1. berhubungan, bersangkut paut; dan 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. | Makna | 26.12.2009 |
Penggunaan kata kohesi dalam akbar-akhbar di Sabah sahaja.Boleh jelaskan dan beri contoh.Terima kasih. | Makna perkataan kohesi ialah bertautan atau bergabungan ataupun hubungan yang erat (perpaduan). Dalam soalan saudara, maksud kohesi tidak jelas. Mohon berikan contoh untuk dijadikan panduan jawapan. | Makna | 10.01.2008 |
Boleh namakan teori-teori yang berkaitan kohesi dan koheren? | Tidak ada maklumat dalam pangkalan data kami yang menjurus kepada tajuk tersebut. Sila rujuk artikel yang disenaraikan yang diharapkan dapat membantu sudara mendapatkan maklumat tersebut. Kohesi dalam wacana bertulis, Radiah Yusoff, Nor Aini Ismail, Dewan Bahasa,1 February 2002 Sarana kohesi dalam pengajaran karangan, Zamri Salleh, Pelita Bahasa, 1 March 2009 Peranan kohesi dalam membina ketekstualan teks berita arab dalam talian, Mohd Azidan Abdul Jabar, Jurnal Bahasa, 1 March 2005 Wacana, penanda wacana, kohesi, koheren, Mohd. Zaini Othman, Pelita Bahasa, 1 March 2004 Analisis Tautan Ayat dari Segi Kohesi Nahuan, dan Leksikal dalam Penulisan Karangan, Abdul Jalil Othman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 August 2000 Wacana dalam teks penulisan: satu tinjauan tentang pertautanberdasarkan analisis kohesi dan koheren, Khathijah Abdul Hamid, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 | Tatabahasa | 03.07.2011 |
Apakah maksud 'koheren' dan 'kohesi'..?? Berikan contoh TQVM | Koheren bermaksud ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Kohesi ialah perhubungan yang erat atau disebut perpaduan. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
apa itu koheren dan kohesi | Koheren bermaksud ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dgn ayat yg lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Kohesi bermaksud perhubungan yang erat ataupun perpaduan. | Makna | 31.05.2011 |
assalamualaikum .. boleh menyatakan ciri-ciri penulisan surat berkesan dari segi penjelasan dan ketelitian .. tolong jelaskan | Ciri-ciri penulisan surat yang berkesan ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai.Yang paling utama, hendaklah menggunakan format surat yang tepat iaitu surat rasmi ataupun surat tak rasmi. Saudara, boleh merujuk buku-buku yang berkaitan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 18.02.2013 |
Apakah maksud diksi? Apakah maksud mengempang ? | Diksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai, dll; pemerengganan yang baik. Makna mengempang menurut Kamus Dewan; menggalangkan atau melintangkan sesuatu (misalnya dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: | Makna | 02.03.2009 |
Apakah ciri-ciri dan kepentingan mengaplikasikan wacana dalam penulisan karangan? | Wacana ialah sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. Ciri wacana ialah kohesi dan koheran. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan karangan. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkan seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Amat penting untuk penulis menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525. | Tatabahasa | 12.03.2014 |
bolehkah penanda wacana tambahan pula digunakan di hadapan ayat? ataupun lebih sesuai digunakan di tengah ayat? | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog dsb. yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Ciri wacana ialah kohesi dan koheran. Penanda wacana wujud adalah untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Cth. penada penghubung, penanda rujukan,penggantian,leksikaldan elipsis atau pengguguran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 523. . | Tatabahasa | 18.01.2009 |
Ciri-ciri penulisan karangan yang berkualiti berfokuskan kepada pemilihan kata(diksi) 1/ Definisi diksi 2/ Ciri-ciri penulisan 3/ Contoh penulisan | Diksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai, dll; pemerengganan yang baik. Contoh penulisan : berbentuk naratif, deskriptif, hujahan, laporan, dll. | Makna | 13.01.2008 |