Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kol] | کول

Definisi : ; dikol 1. diperiksa (diselidiki) dgn diper­banding-bandingkan atau disesuaikan (sena­rai gaji, senarai nama, dll), diteliti; 2. ark diperhitungkan atau dicongakkan (perbelan­jaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kol] | کول

Definisi : Id kubis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kol] | کول

Definisi : ; pistol ~ bp sj pistol automatik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kol


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Influencer merujuk kepada Pempengaruh. Bagaimana pula istilah bagi Key Opinion Leader (KOL). Penjelasan bagi KOL, opinion leader (KOL) is a trusted, well-respected influencer with proven experience and expertise in a particular field. In healthcare, these thought leaders could be physicians, hospital executives, health system directors, researchers, patient advocacy group members, and more.Padanan bagi istilah Key Opinion Leaders (KOL) dalam bahasa Melayu ialah Pemimpin Pendapat Utama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.07.2024
Assalam, Saya keliru samada perkataan 'bin' iatu bagi maksud berbapakan, adakah huruf pangkal iaitu 'b' huruf kecil/besar? cth: Lt. Kol Ahmad Bin Abdullah Lt. Kol Ahmad bin Abdullah Terima kasih.Ejaan untuk 'bin' ialah huruf kecil. Ejaan untuk nama yang dikemukakan ialah Lt. Kol Ahmad bin Abdullah.Ejaan02.11.2011
Berkenaan dengan singkatan dan gelaran seperti Mej, Lt Kol, YBhg, Dr, Ts, Ir, Sr dan sebagainya. Saya berpendapat bahawa semua ini tidak perlu titik kerana kita menggunakan tatacara/peraturan penulisan mengikut UK dan bukannya U.S. Bagaimana pendapat DBP?Singkatan dan akronim merupakan kependekan perkataan, frasa, kata nama am dan kata nama khas, baik yang berbentuk teknikal mahupun bukan teknikal. Kedua-dua bentuk penulisan ini dan juga inisial bertujuan untuk memudahkan sebutan dan meringkaskan penulisan. Antara singkatan gelar, jawatan, sapaan tidak menggunakan tanda noktah. Bagi teks jawi, singkatan yang terbentuk daripada gabungan huruf yang tidak membentuk kata ditulis mengikut bunyi huruf rumi. Contoh, YAB (Yang Amat Berhormat) KSU (Ketua Setiausaha) dan AMN (Ahli Mangku Negara). Untuk keterangan lebih lanjut, saudara boleh rujuk buku Gaya Dewan halaman 95 untuk keterangan lebih lanjut.Lain-lain04.01.2023

Kembali ke atas