a)Adik berenang di kolam renang. b)Adik berenang di dalam kolam renang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Adakah Ibu Kavita ialah Kata nama khas hidup manusia? Terima kasih. | 1. Adik berenang di dalam kolam renang. 2. Ibu Kavita merupakan kata nama khas hidup. | Tatabahasa | 14.01.2013 |
Salam sejahtera, 1. Kanak-kanak tidak dibenarkan berenang di kolam renang dewasa. 2. Kolam orang dewasa berbahaya kepada kanak-kanak. (kerana) Gabungkan kedua-dua ayat dengan kata hubung yang diberikan. Sekian, terima kasih. | Kanak-kanak tidak dibenarkan berenang di kolam renang orang dewasa kerana berbahaya. | Tatabahasa | 01.06.2016 |
Tuan, yang manakah sebenarnya betul? 1)Pelbagai jenis sayur-sayuran atau pelbagai jenis sayur? 2)Kanak-kanak itu berenang-renang di kolam renang atau kanak-kanak itu berenang di kolam renang? Terima kasih | 1. pelbagai jenis sayur 2. Kedua-dua ayat adalah betul. Berenang-renang bermaksud berenang ke sana sini. Berenang bermaksud melakukan perbuatan berenang. | Tatabahasa | 20.04.2011 |
1) Mereka ke kolam renang untuk berenang. 2) Ali sedang berenang pada waktu petang. Adakah ayat-ayat di atas betul? Terima kasih. | Kedua-dua ayat ini adalah betul. | Tatabahasa | 09.03.2016 |
sepupu dan kakak berenang di kolam renang. Ayat ini betul tak kalau permulaan ayat guna sepupu dan kakak | Ayat tersebut betul dari segi tatabahasanya. | Tatabahasa | 19.03.2015 |
1. Adik ______ kesejukan selepas mandi agak lama di dalam kolam renang. A. menggigil B. menggeletar Apakah perbezaan antara menggigil dengan menggeletar? | Buku Kamus Pelajar memberikan makna perkataan menggigil sebagai bergoncang badannya kerana kesejukan, ketakutan; menggeletar: Contoh ayat : Malam itu dia menggigil kesejukan; manakala perkataan menggeletar diberikan maksud bergerak-gerak anggota badannya kerana kesejukan atau ketakutan; terketar-ketar; mengigil. Contoh ayat: Apabila mendengar kata-kata pegawai polis itu, maka penyeludup itu pun terperanjat, menggeletar badannya kerana takut. | Makna | 23.06.2014 |
KEDAI JUALAN AKSESORI KOLAM AIR | KEDAI AKSESORI KOLAM RENANG | Lain-lain | 21.12.2010 |
Salam, Saya ingin bertanya padanan bahasa Melayu yang paling sesuai untuk ungkapan bahasa Inggeris berikut, "Open Water Race". Untuk makluman, ungkapan tersebut merujuk pertandingan renang yang diadakan di tempat selain kolam renang. Contohnya laut, tasik, sungai dll. Mengikut PRPM, open water swimming competition diterjemahkan sebagai pertandingan renang sejadi. Adakah perkara ini betul, kerana saya musykil akan kesahihannya. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, terdapat istilah "open water swimming competition" dalam bidang Sukan dan padanan bahasa Melayu untuk istilah ini ialah pertandingan renang sejadi. Huraian untuk istilah ini ialah: Kejohanan renang yang diadakan di luar kolam renang seperti laut, sungai, selat, tasik dan sebagainya. Oleh itu, istilah tersebut boleh digunakan. | Istilah | 24.09.2013 |
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah. | Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan. | Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher / papan putih 2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak 3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda / kolam ikan 4. peti ais / tanda harga / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak 5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya 7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring / hutan kubah 8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup muka / sut hazmat | Tatabahasa | 14.07.2020 |