Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya ingin mengetahui jika pihak DBP menerima manuskrip seperti koleksi sajak untuk diterbitkan.Untuk makluman koleksi-koleksi sajak ini hasil nukilan ayah saya dan saya ingin menghantar koleksi sajak ini.Jika ada bagaimanakah prosedur untuk menghantar karyatersebut. Sekian Terima kasih | Puan boleh menghantar karya tersebut untuk diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera. Puan boleh menghubungi Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti) melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my atau talian 03-2147 9261. | Karya | 07.07.2015 |
koleksi lagu atau koleksi lagu-lagu, mana yang betul? | Yang betul ialah koleksi lagu, kerana koleksi telah menunjukkan banyak lagu. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
Bagaimana nak hantar karya spt koleksi sajak..pantun..atau koleksi skrip pengacara berasaskan majlis.?kalau skrip boleh atau tidak diterbitkan? | Assalamualaikum Puan Norish. Berhubung pertanyaan puan seperti di atas, saya mencadangkan puan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Puan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my). Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 27.04.2018 |
Perkataan depositori samada sesuai digunakan bagi mengganti penyerahan iaitu: Pusat Penyerahan Koleksi Negeri kepada Pusat Koleksi Depositori Negeri terima kasih .... | Depositori bermaksud badan yang diamanahkan untuk menyimpan sesuatu (seperti dokumen, wang, sekuriti dan bon) untuk tujuan keselamatan. Berdasarkan penggunaan perkataan depositori dalam istilah seperti Syarikat Amanah Depositori, tidak membawa maksud penyerahan. | Tatabahasa | 09.01.2015 |
Adakah ayat ni betul? Puan izzah menyimpan koleksi barang-barang hiasannya di dalam almari kaca. koleksi barang- barang hiasannya. | Ayat yang betul : Puan Izzah menyimpan koleksi barang hiasannya di dalam almari kaca. | Tatabahasa | 01.07.2015 |
Assalam.Ingin tahu pada bahagian mana koleksi bahasa istana ? | salam puan budiman, Dimaklumkan bahawa, dalam koleksi DBP melalui Bahagian Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) carian, bahasa istana, tiada dalam koleksi, walaubagaimanapun, bagi carian melalui sistem pustaxa.dbp.gov.my judul Bahasa Diraja, ada dalam koleksi PDM, terbitan tahun 1985, oleh Profesor Emeritus Dr. Asmah Haji Omar, Bahagian Buku Bahasa, DBP juga ada membuat cetakan kedua buku Bahasa Diraja Edisi Baharu, pada tahun 2016, oleh Profesor Emeritus Dr. Asmah Haji Omar, Buku tersebut mengandungi situasi bahasa Diraja yang digunakan untuk tujuan (komunikasi, penghargaan, pengisytiharan, dan lain-lain) mengikut konteks penggunaannya. Buku tersebut juga bolehlah diperoleh di kedai buku Anjung DBP, Kuala Lumpur, atau tempahan secara dalam talian melalui http://dbpniagav2.dbp.gov.my Sekian terima kasih | Lain-lain | 21.10.2019 |
salam..adakah di dewan bahasa ini terdapat bahan manuskrip bahasa arab? banyakkah bahan tersebut ada di sini? | Terima kasih atas soalan anda. Di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, manuskrip merupakan salah satu koleksi utama. Koleksi manuskrip Melayu tulisan tangan ini telah terkumpul sejak tahun 1956 hingga 2006 yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain seperti Batak, Acheh,Arab,Campa dan Sanskrit serta merakamkan pelbagai bentuk penulisan termasuk Jawi,Batak dan Rencong. Saudara disarankan datang ke Pusat Dokumentasi Melayu untuk membuat pemilihan dan semakan. sekian, Terima kasih | Lain-lain | 30.12.2009 |
Pautan untuk koleksi soalan-soalan khidmat nasihat DBP dah hilang. Mana letaknya pautan yang terbaru? Kalau ada, tak perlulah saya tanya banyak kali dan tunggu 2 hari kan? | Medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam buat sementara waktu. Medan ini akan dibuka semula setelah selesai dikemas kini. | Lain-lain | 16.08.2011 |
yang mana betul? Emak membeli satu setengah kilogram gula di kedai. atau Emak membeli satu kilogram setengah gula di kedai. Saya mempunyai koleksi lagu-lagu P.Ramlee. atau Saya mempunyai koleksi lagu P.Ramlee. | Yang betul ialah; 1. Emak membeli satu setengah kilogram gula di kedai. 2. Saya mempunyai koleksi lagu P.Ramlee. | Tatabahasa | 19.05.2007 |
DBP approval | Tuan, mohon buat pembetulan pada iklan ini: KOLEKSI PAKAIAN VOIR CLOTHING = KOLEKSI PAKAIAN VOIR. Untuk mendapatkan sijil pengesahan bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, sila buat permohonan pengesahan bahasa dalam iklan melalui menu "e-Perkhidmatan", klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Terima kasih. | Lain-lain | 12.12.2014 |